Showing posts with label Kekal bertenaga. Show all posts
Showing posts with label Kekal bertenaga. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Bertenaga dengan Performance Drink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Sihat? Saya doakan korang yang tengah membaca post ni sihat-sihat belaka.. Hari ni saya agak keletihan.. Kepenatan seharian berjalan mengikut boss mencari bunga-bunga di Cameron Highland.. Sebelum ni pernah juga ikut, tapi tak lah penat macam hari ni.. Tapi kali ni, memang tak larat.. Yelah, saya kan ibu mengandung.. Tu yang letih..

Actually masa pergi yang dulu, saya belum hamil lagi.. Tengah breastfeeding lagi rasanya.. Tapi still lagi bertenaga.. Malam pun Alhamdulillah larat lagi nak bangun menyusukan Nia dan tandem nursing sekali.. Nak mengumpul stok EBM masa tu..

Rahsia saya?

Ni yang nak kongsi kat sini.. Masa tu saya ambil air kuat.. hihi.. Air kuat yang saya ambil ni bagus untuk kesihatan tau.. Yang best, air kuat ni tak bergas.. Saya memang kurang minum air bergas ni,.. Tulah sebabnya saya pilih air kuat ni..

Air kuat yang saya maksudkan ni tak lain dan tak bukan Performance Drink!




MANFAAT Performance Drink


1. Meningkatkan daya ketahanan badan
  • memberikan tenaga pada otot dan sel dengan cepat
  • menggantikan air yang hilang semasa latihan fizikal.

2. Membekalkan tenaga dan daya ketahan fizikal
  • membantu mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh
  • mengimbangi metabolism air dalam tubuh
  • mengandungi Potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride
  • dirumus khas untuk membekalkan tenaga fizikal dan terus aktif sepanjang hari

3. Mencegah penyahhidratan
  • kurang rasa haus / mencegah penyahhidratan
  • kulit akan selalu rasa lembab dan nampak muda

4. Mengekalkan paras gula
  • memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot
  • mempercepatkan persembuhan akibat kecederaan otot

Rasanya sedap macam minum air bikarbonat perisa oren.. Boleh minum macam tu saja atau campur dengan minuman lain.. Tapi saya minum kosong je.. Ok, kurang manis! Sihat! Dan kekal bertenaga!

Kalau korang terasa nak mencuba Performance Drink ni, boleh contact saya.. atau direct order pada link kat bawah ni ye.. 






 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Friday, May 3, 2013

10 amalan terbaik untuk kekal bertenaga

Ingin merasa kurang penat, hidup lebih ceria dan bertenaga - amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

1. Sentiasa makan sarapan pagi
Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

2. Makan sedikit tetapi lebih kerap
Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat anda merasa letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

3. Bersenam
Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

4. Beri sel anda makan
Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

5. Makan makanan tinggi tenaga
Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.

6. Minum air
Minum air dengan kerap..Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga..

7. Minum jus
Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

8. Kurangkan penggambilan kafein
Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.

9. Vitamin
Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry..lebih mudah sekarang, dah ada set family wellness.. memang dah lengkap vitamin untuk diri kita..

10. Galian/Mineral
Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda..



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Friday, April 5, 2013

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Cinta



Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup

Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:

  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

Sumber: http://e-kesihatan.blogspot.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua