Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

Alhamdulillah! Inilah hasilnya setelah saya konsisten

Assalamualaikum...

KONSISTEN!

Ya... Walau apa pun yang kita buat kita memang perlu konsisten. Macam salah seorang pengguna tegar Shaklee ni. Dia telah konsisten mengamalkan ESP dan Vitamin C. Dan hasilnya memang superb!

*****




MY SHAKLEE EFFECT #2

Shaklee Effect kali ini saya ingin kongsikan kesan dan manfaat yang saya dapat setelah menggunakan ESP Shaklee dan Vitamin C Sustained Release. Sebenarnya saya sendiri tidak perasan sehinggalah satu hari saya menggali-gali gambar lama bersama anak pertama. Konon-konon ingin membuat ‪#‎throwback‬.

Tahun 2011 (Sebelum)Umur saya waktu ini 29 tahun. Mempunyai seorang anak. Muka saya nampak masih keanak-anakkan tetapi kulit wajah yang gelap dan kusam menjadikan ia kurang menarik. Nampak biasa-biasa sahaja kan! Saya gemar aktiviti outdoor. Jadi, muka saya mudah terbakar.


Tahun 2014 (Selepas)Umur saya kini 32 tahun. Mempunyai 3 orang anak. Kalau dilihat pada gambar tersebut, nampak perbezaan yang ketara. Muka saya nampak dah semakin matang tetapi kulit wajah nampak berbeza. Cerah, bersih dan tidak perlu memakai make up yang tebal. Jerawat tak usah cerita. Dah segan nak singgah! Sun Burn pun tiada.

Hihi...
Alhamdulillah. Inilah hasilnya setelah saya konsisten dengan ESP SHAKLEE dan VITAMIN C sejak tahun 2012. Selain untuk mendapatkan kesihatan yang baik, saya mendapat BONUS KULIT CANTIK!
*****

Kesimpulannya, kalau kita benar-benar nak merasa BONUS KULIT CANTIK seperti Tauke Kedai Vitamin Tanjung Karang ni, kita perlu konsisten. Konsisten mengambil ESP dan Vitamin C. 


SPECIAL UNTUK KORANG YANG TENGAH BACA





Sheila bukak HARGA SPECIAL UNTUK SORANG SAJE ... Satu set kecantikan ESP dan Vitamin C. Kalau korang nak, boleh contact terus ke Sheila. By email sheilamutalib@yahoo.com. By whatsapp 0137704101. OK!

Saturday, October 18, 2014

Petua merawat Batuk dan Selsema

Assalamualaikum...

Hati ibu mana yang tak risau kalau anak-anak kena batuk atau selsema... Termasuklah saya.. Baru-baru ni Dania kena selsema.. Pelik juga.. Dia tak ada pun minum ais.. Mungkin faktor cuaca yang sedang teruk berjerebu ni punca Dania kena selsema...

Jadi saya pun teruslah menggoogle petua-petua untuk merawat selsema Dania...


Petua merawat Batuk dan Selsema

Hasil dari menggoogle, ada beberapa petua yang saya dapat untuk merawat batuk dan selsema.


1. Bawang Putih

Bawang putih memang dah serasi kalau bercerita tentang kesihatan.. Khasiatnya banyak.. Dan untuk merawat batuk dan selsema ada 2 cara yang boleh diamalkan menggunakan bawang putih..

- Minyak bawang putih
Caranya dengan memanggang atau sangai bawang putih dengan kulitnya sekali sehingga masak atau kulitnya berwarna kehitaman. Kemudian lenyekkan pada minyak masak. Sapukan di dada anak ketika batuk dan selesema.

- Stoking bawang putih (Garlic socks)
Cara ni mudah saja, hanya meletak bawang putih pada stoking anak. Untuk stoking yang pertama, digalakkan menggunakan stoking jenis berlubang besar seperti jenis kait atau yang berlubang-lubang. Kemudian ambil sehelai lagi stoking dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tetapi tidak perlu lumat.Untuk bayi ambil separuh bawang putih sahaja untuk mengelakkan kaki anak terlalu kepanasan.. Tujuan menggunakan dua helai stoking berlapis adalah untuk mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan kepanasan bawang putih..

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.. Untuk anak yang lebih besar, boleh guna sehelai stoking sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai anti virus .


2. Bawang merah

Jangan tak tau, bawang merah pun boleh membantu merawat batuk dan selsema.. Cuma potong bawang merah kepada dua bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama tiga hari berturut-turut. Bawang akan menyerap semua virus-virus di udara. Jangan guna bawang yang sudah terdedah tersebut dalam sebarang masakan pula.. Bawang tu dah ada kuman tau... Nanti dapat penyakit lain pula...


3. Meal shakes

Dan ini petua moden yang ibu-ibu zaman sekarang amalkan.. Beri anak-anak mereka Mealshakes.. Ia bukan saja merawat batuk dan selsema, tapi menguatkan lagi sistem imun badan anak-anak kita.. Jadi secara tak langsung anak-anak pun jarang kena penyakit lain..

Apa kata ibu-ibu yang dah berikan #Mealshakes pada anak mereka?

Mealshakes Shaklee memang best!

Mealshakes Shaklee memang best!

Mealshakes Shaklee memang best!

Jadi, korang macam mana? Kenalah dapatkan Meal Shakes ni segera.. Lebih-lebih lagi tengah promo Mealshakes ni, memang untung sangat untuk korang berikan Meal Shakes ni pada anak-anak korang.. Meal Shakes ni bukan untuk anak-anak saja tau, korang pun boleh minum.. Khasiatnya korang boleh baca kat sini..

Nak beli Meal Shakes sekarang? Klik saja kat bawah ni...





*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Thursday, July 17, 2014

Tips mudah kempiskan perut

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. hari ni dah masuk Ramadhan ke-19.. Maknanya tinggal 10 hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya.. Persiapan macam mana? Harapnya korang tak lah membazir ye.. Tu amalan syaitan tu.. Tak baik!!!...

Hmmm... Ada tak yang pening nak cari baju raya? Kot payah sangat nak cari saiz sebabnya dah terlebih ke depan yang tang tu tu.. Kalau ada, meh sini habiskan baca post saya ni.. Coz saya ada petua nak kempiskan perut.. Tapi ini bukan magic, try hari  ni esok terus kempis.. Hihi.. Still kena ambil masa gak..

So, ni tips untuk korang yang nak mengempiskan perut ye ~

Tips mudah kempiskan perut

Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda ke depan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.


Berpusing-pusing pita ukur nak mengukur perut!

1. Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau

2. Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

3. Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

4. Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!



Extra TIPS untuk korang!!!

Orang moden kata, kalau nak kempiskan perut ambil OmegaGuard Shaklee.. Tapi tak tau la betul ke tak.. Korang tengok la sendiri testimoni ni...
" Ini adalah testimoni hubby (suami) saya sendiri sebelum dan selepas mengkomsumsi OMEGA GUARD Shaklee. Sejak berkahwin beliau mengalami masalah perut buncit tahap ke -2. Dalam hanya 3 bulan selepas pengambilan Omega Guard secara konsisten dan sedikit bersenam...hubby dapat mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu semula...Ohhh...saya HAPPY..."


Meh korang cuba try test dulu...






*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Sunday, February 9, 2014

Tips mudah menjaga kuku kaki

Assalam pembaca semua,

Apa aktiviti siang tadi? Al-maklum hari hujung minggu, mesti beraktiviti dengan keluarga kan.. Seronok kan..

Hari ni aktiviti saya memotong kuku Dania.. Kuku tangan dan kuku kaki.. Selalunya potong hari Jumaat, tapi Jumaat hari tu keterlupaan.. Tu yang potong hari ni..

Haa.. Dah terlanjur cerita pasal potong kuku ni.. Kuku kaki ni sangat jarang kita jaga.. Yelah, bukan orang tengok sangat pun kaki kita.. Kita kan pakai kasut.. Haa.. ni lah silap kita.. walaupun orang tak nampak kuku kaki kita, kita masih perlu lagi jaga kuku kaki kita supaya kuku kaki kita cantik dan sihat..

Biasanya kuku kaki kita boleh rosak disebabkan oleh kekeringan, pemakaian kasut yang tak bersesuaian dan juga memakai stokin yang kotor.. Antara masalah kuku kaki yang sering dihadapi ialah cagu.. Jadi, untuk mengelakkan dari masalah kuku kaki ni, jom kita cuba beberapa tips ni...




Tips menjaga kuku kaki

1. Rendam kaki di dalam air herba 'Comfrey' untuk kuku cagu

Cagu ni kalau dah terkena, memang sakit dan nak sembuh mengambil masa yang agak lama. Penyebab cagu ini terjadi kerana pemakaian kasut yang tidak sesuai, kecederaan kaki, jangkitan atau disebabkan genetik. Tapi korang jangan risau! Korang boleh gunakan akar herba 'Comfrey' untuk mengubatinya. 

Isi satu bekas kecil lain dengan 1/2 gelen air suam, dan 1/2 auns akar herba 'Comfrey'. Rendam kaki korang selama 20 minit, dan kemudian gunakan tisu atau kapas di bawah kuku untuk memastikan ia tak mencengkam kulit..

Mana nak dapat akar herba 'Comfrey' ni?.. Korang boleh mendapatkan akar herba 'Comfrey' di kedai-kedai kesihatan yang berdekatan dengan rumah korang.. Tapi kalau masih tak baik juga, mungkin korang perlu jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya..

2. Rendam kuku jari kaki yang rapuh di dalam minyak bijan
Minyak bijan ni berfungsi untuk mengukuhkan dan melindungi kuku kaki kita.. Caranya panaskan minyak bijan sedikit atau tambahkan sedikit minyak zaitun dan rendam kaki korang selama 10 minit..

3. Hilangkan kotoran pengilat kuku kaki dengan ubat pembersih gigi palsu
Petua ni khusus untuk orang yang gemar mengkalerkan kuku kaki.. Kalau pengilat kuku tu mencacatkan kuku kaki korang, cuba letakkan satu tablet pembersih gigi palsu dalam satu bekas dengan air suam dan rendam kuku kaki korang. Cecair ini akan membantu untuk membuang kotoran , dan jika kotoran tu masih tak hilang, korang boleh menyental menggunakan berus..

4. Potong kuku kaki secara lurus
Salah satu cara untuk mengelakkan kuku kaki cagu, jangkitan kuku dan kuku tumbuh bengkok dan menyakitkan adalah dengan memastikan korang memotong kuku kaki secara lurus. Apabila kuku dipotong lurus, bahagian tepi kuku jari kaki sama sekali tidak akan mempunyai peluang untuk mencengkam ke dalam kulit. 

5. Amalkan asid lemak Omega-6 dan biotin untuk kuku kaki yang sihat
Asid lemak omega-6 sangat bermanfaat untuk kekuatan kuku jari kaki.. Biotin pula penting dalam mencerna asid lemak dan membantu pertumbuhan sel.. Cara mudah saya nak dapatkan kedua-dua vitamin ni ialah dari Omega Guard dan B Complex.. 



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Wednesday, February 5, 2014

Nak cantik dengan Kunyit

Assalam pembaca semua...

Hari ni saya nak share tentang khasiat KUNYIT..  Ha, selalunya bila tengok kunyit je mesti kita akan terfikir pasal makanan.. nak goreng letak kunyit, nak masak lemak letak kunyit.. dan macam-macam lagi la kalau ada kuniy ni.. Tapi korang tahu tak,  kunyit bagus untuk penjagaan kulit wajah kita..





Jom kita baca lagi, apa lagi khasiat kunyit untuk kecantikan


Membuat kulit bersinar

Kunyit dapat membuatkan kulit kita tampak lebih bersinar dan licin dari dalam kulit. 

Menghaluskan kulit
Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus dan mulus.

Menghilangkan kerutan/garis halus di wajah
Masalah ini juga sering kali yang menjadi perhatian dari banyak wanita iaitu masalah penuaan. Yang terutama adalah kerutan di wajah. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan manfaat kunyit yang akn dapat menyamarkan tanda-tanda penuaaan. Kulit anda akan kelihatan lebih tegang dan muda. 

Mengatasi masalah jeragat/bintik hitam
Kunyit juga dapat membantu menghilangkan jeragat/bintik hitam di wajah dengan khasiatnya yang berkesan. 




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Monday, December 2, 2013

4 Cara Diet Ketika Di Pejabat

Waa.. dah masuk bulan Disember ye.. Macam mana semangat kerja? Makin bersemangat atau dah hilang semangat?? Opss...Harap-harap tak hilang lah ye.. Walaupun dah hujung tahun kita kena tetap bersemangat ye.. 

Ok.. straight to the point.. hari ni saya nak share tips yang ada kaitan dengan aktiviti kita kat pejabat.. Tadaaa... 4 Cara Berdiet Ketika Di Pejabat...

Sesuai sangat topik ni dengan hari ni.. Hari Isnin, biasalah kan mesti banyak kerja yang perlu di settlekan.. dah semestinyalah korang akan terpaksa mengadap komputer berjam-jam.. Ada yang sampai naik krem tengkok. pinggang dan jari ni.. Yelah, khusyuk sangat buat kerja.. Sampaikan ada yang nak makan, nak kencing pun tak sempat.. Betul, tak?

Ha, mesti ada dia antara korang tengah berdiet kan.. Rasa-rasanya, boleh ke nak berdiet kalau waktu makan kite tak teratur? Susah kan.. Tapi korang  jangan sedih, jom cuba 4 tips yang saya nak bagi ni.. insyaa Allah. ada hasilnya..


1. Minum banyak air


Air ni memang wajib ye.. Kalau nak berdiet memang sangat digalakkan minum air masak yang banyak.. Nak senang, letakkan botol air putih atas meja kita..Letak sebelah komputer kita, biar kita sentiasa nampak air dan minum.. Pastikan juga kita minum air putih yang mencukupi setiap hari..

Teman setia saya!


2. Jaga waktu makan


Waktu makan juga perlu konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari. Ataupun dalam lingkungan 30 minit sebelum hingga 30 selepas jam 1 petang..

Pilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori tau!

Kalau boleh, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi terpaksa kita UBAH jika nak "maintain" langsing.

So lepas ni kenalah kosongkan meja daripada sebarang jenis makanan ye..


3. Bergerak sekali-sekala

Jangan jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk korang tidak bergerak. Mata  pun tahu letih tau.

Jadi, sekali sekala kita perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh kita lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa..


# Ni yang saya suka.. oleh kerana kerja di nursery, memang kelebihan kat saya untuk mencuci mata menengok-nengok bunga-bungaan.. memang rasa fresh..


4. Cari kawan yang ada matlamat serupa

Biasanya kalau buat seorang diri, kita takkan bertahan lama. Semangat mesti cepat je down. Lebih-lebih lagi kalau ramai yang memperlekehkan usaha murni kita ni..

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan kita. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat..

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila dia kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan dia. Begitu jugalah sebaliknya..




So, jom praktikkan 4 tips ni.. Kalau masih rasa payah nak berdiet ni, boleh top up dengan suplement Shaklee.. Diet sihat dengan vitamin semulajadi.. 

Dapatkannya dari saya...



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com

 Fanpage to SheLoveVitamin

Monday, November 25, 2013

Apakah yang badan kita cuba untuk beritahu?

Ada something yang menarik saya baca hari ni di yahoo.. dan nak kongsikan pada korang semua..


Tanda-tanda penyakit melalui tubuh

Apakah saiz coli yang anda pakai? Bagaimana dengan deria bau anda? Adakah anda masih boleh memakai jeans semasa zaman kolej anda? 

Jawapan kepada semua soalan di atas, termasuk petunjuk badan lain yang unik, boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang berpotensi untuk dialami pada masa masa depan. Menurut kajian, para saintis telah menemui banyak sifat fizikal yang menunjukkan tanda-tanda awal seperti Alzheimer, kencing manis dan kanser. 





Ukuran jari
Wanita yang mempunyai indeks jari lebih pendek daripada jari cincin mereka mungkin mempunyai dua kali ganda terdedah kepada osteoartritis di lutut, menurut satu kajian pada tahun 2008. Manakala bagi lelaki yang mempunyai masalah ini, mereka lebih cenderung untuk mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah. 

Cara elakkan: Kukuhkan otot di sekitar lutut anda. Ketika duduk, luruskan setiap kaki selari ke lantai sebanyak 10 kali dan pegang setiap rep selama 5 hingga 10 saat. 

Ketinggian
Wanita yang lebih tinggi lebih daripada 5 kaki 2 inci boleh kehilangan mutasi gen yang membantu mereka mencapai ulang tahun ke-100 mereka, menurut satu kajian. 


Cara elakkan
: Berhenti merokok dan kurangkan alkohol dan daging makan. 

Ukuran kaki
Jika kaki anda berada di pihak yang gempal, anda mungkin perlu untuk menjaga hati anda lebih baik. Dalam satu kajian, penyelidik British mendapati bahawa wanita dengan kaki di antara 20 dan 29 inci cenderung untuk mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada empat enzim yang menunjukkan penyakit hati. Faktor-faktor seperti pemakanan kanak-kanak bukan sahaja boleh mempengaruhi corak pertumbuhan, tetapi juga pembangunan hati dan pertumbuhan menjadi dewasa, tambah mereka lagi. 

Cara elakkan: Hindari pendedahan kepada toksin yang hati anda perlu proses, yang akan memastikan ia sihat lebih lama. Pakai topeng dan sarung tangan semasa pembersihan atau bekerja dengan mana-mana jenis bahan kimia yang bahaya serta hadkan pengambilan alkohol. 

Deria bau
Orang tua yang tidak dapat mengenal pasti bau pisang, lemon, kayu manis, atau barang-barang yang lain adalah lima kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit Parkinson dalam tempoh 4 tahun, menurut satu kajian pada tahun 2008 di Parameswara Neurologi. Para penyelidik percaya bahawa kawasan otak yang bertanggungjawab untuk berfungsi untuk mencium bau boleh menjadi salah satu yang pertama terjejas oleh Parkinson penyakit di antara 2 dan 7 tahun sebelum diagnosis. 

Cara elakkan: Ambil makanan tambahan minyak ikan. Omega-3 asid lemak boleh meningkatkan rintangan otak anda untuk MPTP, sebatian toksik yang bertanggungjawab Parkinson.

Ukuran lengan
Mengalami masa yang sukar untuk mencapai ke atas kabinet dapur anda? Wanita yang mempunyai lengan pendek adalah 1 ½ kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit Alzheimer daripada mereka yang dapat mencapai. Ujilah dengan menyebarkan tangan anda selari dengan lantai dan seseorang ukur dari hujung jari ke hujung jari. Ukuran yang kurang adalah kurang daripada 60 inci. 

Cara elakkan: Satu kajian selama 5 tahun mendapati bahawa orang dewasa yang menghabiskan masa yang paling terlibat dalam aktiviti riadah lebih daripada 2 kali mampu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer berbanding mereka yang kurang menghabiskan masa beriadah. 

Saiz coli
Wanita yang memakai saiz coli D atau lebih besar pada usia 20 adalah 1.5 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat diabetes berbanding mereka yang memakai A atau lebih kecil, walaupun selepas penyelidik mengambil kira untuk obesiti, pemakanan, merokok, dan sejarah keluarga. Mereka turut mengatakan bahawa tisu lemak dalam payudara wanita adalah sensitif dan mempengaruhi rintangan insulin, yang boleh membawa kepada diabetes

Cara elakkan: Gabungkan selang tinggi intensiti dalam rutin senaman anda. Dalam satu kajian, orang dewasa yang melakukan enam 'sprint' 30 saat pada basikal senaman (4 minit berehat di antara) meningkatkan keupayaan badan untuk memetabolismekan gula darah dengan hampir 25% selepas enam sesi - cukup untuk mengurangkan risiko diabetes


Jenis darah
Orang yang mempunyai jenis darah A, B, atau AB adalah 44 % lebih cenderung untuk menghidap kanser pankreas daripada orang-orang dengan jenis O, menurut satu kajian. Ini mungkin menunjukkan bahawa gen yang menentukan jenis darah juga boleh membawa risiko genetik untuk kanser pankreas. 

Cara elakkan: Ambil D vitamin tambahan. Orang dewasa yang mengambil 300 IU atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser pankreas mereka sehingga 44 %, berbanding dengan mereka yang mengambil kurang daripada 150 IU setiap hari dalam satu kajian 2006.



Check diri sendiri dulu!

  1. Ukuran jari: saya tak pasti, macam mana nak check ukuran jari saya.
  2. Ketinggian: Alamak, saya ni kategori kurang tinggi...
  3. Ukuran kaki: Hmm.. kaki saya agak gempal.. Dah, pergi consume DTX cepat..
  4. Deria bau: InsyaAllah saya tak ada parkinson sebab dah amalkan Omega Guard.. hehe..
  5. Ukuran lengan: Ye ke? saya kategori comel, memang tak sampai la..
  6. Saiz coli: InsyaAllah saya tak ada diabetis..
  7. Jenis darah: Saya ni darah 'ketua kampung bak kata Nabil'... Darah jenis O...




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


Saturday, July 27, 2013

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W

Hari ni saya kongsikan makanan kegemaran Nabi.. Semuanya ada khasiat dan manfaat tersendiri..

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahu'alam

Monday, May 20, 2013

Kesihatan yang optimum

Hari ni saya nk berkongsi petua sihat dari blog kesihatan.biz.. saya suka baca info-info kesihatan dari sana.. banyak yang boleh kita praktikkan, macam petua kesihatan ni..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengikut Dr. Abdul Aziz, pakar fisiologi saraf, ada 4 perkara penting untuk mendapatkan kesihatan optimum – pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.

Pemakanan – semua orang tahu yang kita kena makan makanan seimbang agar kita mendapat nutrien yang diperlukan. Sekiranya nutrien yang diperolehi dari makanan tidak mencukupi, Dr. Abdul Aziz menyarankan kita mengambil pemakanan tambahan atau suplemen. Kita tahu yang kekurangan nutrien yang diperlukan tubuh akan mengundang pelbagai penyakit. Namun, kerana sibuk bekerja, ramai di antara kita kata tak pa lah. Kita ingin percayai yang kita akan OK, tak akan dapat penyakit kritikal macam orang lain.
Dulu saya berkeberatan untuk mengambil suplemen walaupun saya tahu saya tidak mendapat cukup nutrien dari makanan seharian. Pada masa itu perkara lain lebih bernilai dari menjaga kesihatan. Namun apabila keutamaan saya sudah berubah, mengambil suplemen tidak lagi menjadi beban kepada saya.

Bersenam? Sama juga, tiada rahsia – semua orang tahu bersenam tu perlu untuk menjamin kesihatan kita. Semua orang percaya senaman tu baik untuk kesihatan. Senaman boleh mengekalkan kesihatan jantung, organ tubuh kita yang terpenting. Tapi kenapa kita tidak mempunyai komitmen untuk bersenam. Mari kita renungkan bersama kenapa kita MALAS bersenam. Tanya KENAPA sekurang-kurangnya 5 kali dan lihat apa yang timbul. Kemudian buatlah keputusan, nak bersenam atau tidak. Jika sudi, kongsilah dengan para pembaca apa yang diperolehi dari muhasabah tersebut.

Yang ketiga kata Dr. Abdul Aziz ialah rehat yang cukup. Ini pun semua orang tahu – bukan rahsia. Kita kena tidur secukupnya, tapi kadang-kadang (lebih ke arah selalu), siaran TV seperti Liga Perdana Inggeris lebih penting dari tidur. Melayari Internet lebih penting dari tidur. Tidur boleh MEMULIHKAN OTAK. Saya pun kadang-kadang terfikir, mana lagi penting – memulihkan otak atau terujakan diri dengan siaran langsung Liga Perdana Inggeris.

Perkara keempat – sikap mental. Kata Dr. Abdul Aziz lagi, ada kaitan antara tindakbalas tubuh kita dengan fikiran kita. Kalau kita mengambil sesuatu sebagai masalah, kita akan stres. Stres akan membawa kepada tekanan darah tinggi. Saudara/ri tentu pernah dengar cerita atau pernah sendiri alami, seseorang yang sihat akan demam bila beberapa orang rakan mengatakan beliau nampak demam dan beliau percaya dengan kata-kata rakan-rakan tersebut.
Hanya sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Friday, May 3, 2013

10 amalan terbaik untuk kekal bertenaga

Ingin merasa kurang penat, hidup lebih ceria dan bertenaga - amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

1. Sentiasa makan sarapan pagi
Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

2. Makan sedikit tetapi lebih kerap
Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat anda merasa letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

3. Bersenam
Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

4. Beri sel anda makan
Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

5. Makan makanan tinggi tenaga
Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.

6. Minum air
Minum air dengan kerap..Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga..

7. Minum jus
Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

8. Kurangkan penggambilan kafein
Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.

9. Vitamin
Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry..lebih mudah sekarang, dah ada set family wellness.. memang dah lengkap vitamin untuk diri kita..

10. Galian/Mineral
Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda..



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Saturday, April 20, 2013

Adakah makanan kesihatan atau vitamin memberi manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

  • Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
  • Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
  • Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  • Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
  • Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.


Source: www.kesihatan.biz


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Wednesday, April 17, 2013

Jangan minum air banyak-banyak

Pernah tak korang dengar petua ni, "Jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda" dan lagi satu" kita perlu meminum 8 gelas sehari"..

Bagi saya yang pertama memang tak betul..yelah, takkan kita minum seteguk dua je..memang tercekik la bila makan.. yang kedua pula rasanyatak mencukupi..yelah, kalau kita dah minum 8 gelas pada waktu pagi, jadinya tengah hari,petang dan malam  tak perlulah minum air lagi..betul tak..lepas tu seharian rasa haus je..

credit photo: www.flexmedia.co.id


Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Jadi berapa banyak kita perlu minum air?

Berapa banyak air perlu kita minum bergantung pada aktiviti yang kita buat dan juga cuaca..Lebih banyak kita kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum...mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga..

Tetapi jangan pula meminum air terlalu banyak. Kenapa ya? Memanglah tak boleh minum air terlalu banyak dan kemudiannya korang menahan untuk buang air kecil..ini boleh menyebabkan keracunan air..Peringatan: Lebih banyak kita meminum air, lebih banyak elektrolit yang perlu kita ganti. Di mana kita boleh mendapatkan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus..

Haa..mesti korang dah terfikir nak beli 100 plus banyak-banyak untuk buat stok elektrolit..tak perlu pun..ni ada petua mudah dan jimat..masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman korang..Nah,sekarang korang dah mendapat bekalan elektrolit yang cukup..jimat dan mudah kan...



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua