Showing posts with label Keperluan vitamin. Show all posts
Showing posts with label Keperluan vitamin. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Promosi gempak ESP kembali lagi!

Assalamualaikum.


Promosi istimewa ESP - Energizing Soya Protein kembali lagi. Beli 2 canister ESP anda layak mendapat diskaun 10%. Kalau nak lebih jimat lagi, boleh kongsi dengan kawan2 beli 6 canister ESP terus, boleh dapat percuma 1 canister.


Bukan itu saja, anda juga layak mendapat keahlian secara percuma dan juga cash bonus pada bulan depan. Suka tak? Mestilah suka!

Apa yang buat Sheila suka sangat ESP ni, ESP ni memang killer Shaklee product. Bila ada promosi macam ni, memang ramai la yang akan teruja dan tak lepaskan peluang grab banyak2 buat stok.


Khasiat ESP ni bukan saja untuk ibu hamil, tengah pantang atau menyusu, tapi untuk semua golongan wanita, lelaki, tua atau muda yang nak cantik/hensem, sihat dan bertenaga.

Anda yang baru nak mencuba ESP ni, bulan September ni memang sesuai sangat lah. Boleh je order dengan Sheila, email sheilamutalib@yahoo.com , whatsapp 0137704101. Atau boleh tinggalkan email atau no telefon korang  di ruang comment. Sheila akan cuba hubungi anda secepatnya dan membantu anda mendapatkan khasiat ESP ni.

Selamat berESP!


SIHAT DAN JIMAT DENGAN SHAKLEE!



 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Saturday, November 2, 2013

Do we need vitamin and mineral supplements?

Perlu ke kita ambil vitamin?

Topik ni saya pernah tulis sebelum ni.. dan kali ni saya nak share penulisan dari seorang doktor pula.. Perlu ke? Baca dulu, lepas tu fikir-fikir kan la ya..


Do we need vitamin and mineral supplements? – Dr. Rizin H Kusop




To you, the answer is YES. To your ancestors who lived half a million years ago, the answer is NO.

Let me explain.

Vitamins and minerals are very important in maintaining basic function of various biological reactions in your body. These reactions determine your very own health and sickness.

Your ancestors who roamed the earth hundreds of thousand years ago lived as hunter-gatherers. That means they get their foods fresh from the wild and eat it almost immediately and often raw. There were no farming and no herding. Their foods were always fresh and full of nutrients, vitamins and minerals. They do not need supplements.

Your foods, on the other hand, come from supermarkets. They are highly processed. They are harvested probably weeks or even months ago. They are grown on the same soil year after year. They are sprayed with toxic pesticides and other chemicals. If they are animals, they are fed with various antibiotics, bad hormones and unhealthy feeds and grown in crammed and diseased filled cages. On top of that, your food probably reached to you overcooked and overdressed.

With that kind of food you are eating, what makes you think that you are getting enough vitamins and minerals? Minerals comes from soil. Planting the same crops year after year on the same patch of land will deplete the rare minerals. The chemical fertilizers often provide only Nitrogen, Phosphorus and Potassium. What about Boron, Selenium, Chromium, Magnesium and so on? These minerals are needed for vitamins to be synthesized. Even the most popular vitamin C needs at least one mineral for it to be synthesized in plants – phosphorus.

On top of that, up to 70-90 percent of these vitamins are lost or deactivated during processing, packaging, storage and transportation. Vitamin C in an average sized orange from organic farm (often they are not) in China at the time of harvesting is around 70 – 100 mg. By the time it gets to you, it ends up with as little as only 20 mg of vitamin C. That is not even enough to neutralize the toxic preservatives and pesticides on the skin of the orange which you have ingested.

You need vitamins and minerals supplements not because you are not getting them from your foods, but because your foods are not getting them from the soil (or have lost them before the foods got to you). To make matters worse, you probably are not eating variety enough to increase your chances of getting various vitamins and minerals. The last one week, you may have eaten only refined rice, refined wheat, refined sugar, refined salt, some farmed lettuce and cucumber and some farmed chicken or beef. No matter how hard you look, there are hardly any sufficient vitamins and minerals there.

So, if you think you can get all the vitamins and minerals you need from your modern foodstuffs, think again!



Hmm.. macam mana sekarang? Korang rasa perlu ke ambil vitamin? Kalau korang mampu dapatkan kehidupan yang fresh macam nenek moyang kita, memang sangat-sangat TAK PERLU lah korang ambil vitamin..

MAMPU KE???




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Saturday, September 14, 2013

Perkongsian ikhlas dari seorang ibu

Jangan pandang ringan pengambilan vitamin dan check up anda setiap bulan.. memang semua ni qada' dan qadar dari-Nya.. Tapi sebagai manusia kita perlu berusaha untuk mencegah dan merawatnya...

Waallahualam...
*****************************




Salam, disini sy nak share something. Mungkin boleh dijadikan iktibar kepada bakal mommies yg sedang preggy baby 1st.

Since dapat tau mengandung, excited nya macam biasalah.. Beli susu, beli jus delima, kurma, kismis & etc.. Biasalah, ibu muda.. Lepas kawen terus dpt rezki pulak tu.. Masuk bulan kedua, sy perasan sy alah pada susu. Setiap kali minum susu, sy pening... Begitulah ubat2 klinik.. Mesti kepala berpusing2.. Jadi.. Sy stop TANPA ikhtiar lain.. Walhal terdapat pelbagai vitamin di pasaran yg mungkin sy boleh makan, tapi sikap malas dan ambil ringan sy.. Sy fikir.. Orang dulu2 punnn tak makan vitamin. Sihat jugak anak mereka.

Kesilapan kedua sy, sy tak suka ke klinik kerajaan. Semua sedia maklum, majoriti nurse KK kebanyakannya mesti garang dan bermulut lepas..dan disebabkan sentiasa ramai ibu mengandung, terpsaksa tunggu hingga berjam.. Sy nekad untuk checkup di swasta.. Walaupun scan setiap bulan dan doktor ada detect yg berkemungkinan baby sy IUGR/SGA, tapi memandangkan sy di Klinik Swasta.. Tak ada rujukan pakar dilakukan. Sehingga lah ke trimester terakhir, sy pergi ke hospital, kerana kurang gerakan baby & ada lelehan keluar dari faraj.. Doktor check tiada bukaan tetapi ketuban kurang.. Terus refer specialist. Pakar nasihat, yg baby sy sgt berisiko krn ketuban semakin kering dan baby sy dah lemah disebabkan terlalu kecil. Dengan rasa bersalah sebab tak makan vitamin, tak minum susu.. Sy merelakan diri di induce. Sakitnya....Allah je yg tahu..

Terus terang sy katakan, melahirkan baby kecil..adalah sangat mudah. Dengan sekali teran je.. Bayi sy selamat keluar dan terus menagis

Namun, tak habis disitu.. Bayi sy ditahan di wad kerana terlalu kecil & jaundice.. Hanya air mata menemani melihatkan bayi kecik tu, dipenuhi wayar dan dicucuk sana dan sini.. Lebih memilukan, sy balik kerumah tanpa baby disisi.. Sy menyesal kerana tak makan vitamin, dan mengamalkan makanan sihat, yg menanggung sakit adalah bayi sy.. Betul, org dulu2 tak makan ubat.. Sihat jugak. Mmg diakui, anak sy sihat, cuma terlalu kecil ketika dilahirkan, dan terpaksa ditahan diwad tanpa saya, setiap hari dicucuk untuk ambil darah, tidur dalam inkubator di bawah lampu biru tanpa baju..Sy menyesal..

InsyaAllah, jika Allah memberi rezeki anak kedua, sy takkan sesekali mensia2kan peluang tersebut dan menyeksa bayi sy lagi.

Itulah perkongsian ikhlas dari sy. Harap dijadikan ikhtibar.

Sekarang bayi sy sudah 2 bulan dengan berat 4kg. Alhamdulillah, sihat tubuh badan, dan sgt cerdik orangnya.. 



                                              *****************************


Kita perlu ambil pengajaran dari luahan ibu ni.. Memang kadang-kadang kita rasa terbeban.. Yelah, kena makan vitamin itu la, ini lah.. lepas tu, check up setiap bulan lagi.. semakin hampir nak bersalin lagi kerap pula kena buat check up.. Kenapa perlu kita buat semua ni? Untuk kesihatan ibu dan baby la.. So, cuba berusaha beri yang terbaik untuk anak kita.. Itu harta kita dari Allah.. Kita perlu menjaganya dari dalam kandungan lagi...






 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Sunday, July 21, 2013

20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen /Vitamin

Hmm..perlu ke ambil supplement atau vitamin atau nutrisi tambahan??

Bagi saya perlu.. sebabnya pemakanan zaman sekarang tak macam orang dulu-dulu.. yelah, tanam sayur belakang rumah, bagi baja organik.. memang lah sangat-sangat fresh.. dan yang penting kita kena tahu, walaupun kita dah ambil supplement atau vitamin ni, kita masih perlu makan makanan seimbang, buat senaman, dan amalkan cara hidup sihat.. contoh paling senang; 'walaupun kita dah pergi tuisyen, kita masih perlu pergi sekolah setiap hari...'


20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen /Vitamin

1. Makanan tak seimbang - ini yang selalu kita amalkan..

2. Masalah penghadaman - Penghadaman yang tak efisien boleh menghadkan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya kalau mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat..ni akan menyebabkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu pun boleh menjejaskan penyerapan vitamin kesan dari kunyahan yang kurang efisien.

3. Kopi, Teh Panas & Rempah - Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. dan kesannya kurang rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.

4. Alkohol - Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.

5. Merokok - Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun..

6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus - Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Jika kita ambil julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

7. Diet Yoyo - Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin..Diet yang paling top ialah diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K..Diet vegetarian pula diet yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain yang boleh beri kesan kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.

8. Makanan terlebih masak - Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E..

9. Makanan diproses (dalam tin) - Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.

10. Fast food - Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut..

11. Antibiotik - Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan, boleh juga menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.

12. Alahan Makanan - Ada sesetengah orang yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium.

13. Kehilangan nutrien dalam tanaman - Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah seperti penggunaan baja yang bukan organik dan racun serangga..

14. Kemalangan atau penyakit - Sebagai contoh; luka terbakar boleh menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel..

15. Tekanan atau stress - Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.

16. Sindrom pra haid - Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.

17. Remaja - Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.

18. Wanita hamil - Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.

19. Pil perancang - Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.

20. Warga emas - Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan..

Ok..setelah membentang 20 sebab-sebab ni, rasa-rasanya perlu tak kita ambil vitamin ni? Tepuk dada tanya selera.. haha.. bermadah pula ye.. dan kalau-kalau korang merasakan perlu dan nak ambil vitamin ni, boleh pm atau whatsapp saya.. in shaa Allah saya cuba bantu dan consult.. yang penting KITA SIHAT!!!


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua