Showing posts with label Set suami isteri. Show all posts
Showing posts with label Set suami isteri. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Ketahui waktu subur wanita

Baru-baru ni saya dapat mesej dari seorang suami / kaum adam.. dia dah 5 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan anak.. dia beritahu saya, dia dan isteri kerap bersama dan hampir setiap hari.. tapi masih tak melekat.. saya cadangkan dia dan isteri bersama pada waktu subur isteri.. In syaa Allah, peluang untuk hamil lebih tinggi..So, macam mana kita nak tahu waktu subur isteri?

credit

Cara atau ciri-ciri yang boleh menunjukkan kesuburan wanita:

1. Pengiraan mengikut kitaran haid:

Kitaan haid adalah kiraan dari hari first keluar haid hinggalah haid yang seterusnya.. Sekiranya kitaran haid sama dan konsisten, ia di anggap kitaran haid normal.. kiraan setiap wanita adalah tak sama.. ada yang 26, 28 atau 30 hari.. anggaran waktu subur pula biasanya 12 hingga 16 hari ke belakang.. contoh kiraan waktu subur untuk kitaran 30 hari; 30-16 = 14 dan 30-12 = 18.. jadi dalam tempoh 14-18 hari ini, kemungkinan adalah waktu subur kita dan proses ovulasi / pembebasan telur semakin hampir.. sekiranya pasangan nak mendapat zuriat, mereka perlu melakukan hubungan seks sebelum ovulasi ini berlaku..

2. Cecair faraj:

Cara ini adalah cara paling mudah untuk kenalpasti waktu subur kita.. kebiasaannya cecair faraj ini akan dihasilkan sepanjang kitaran haid dan berubah-ubah dari segi kuantiti dan teksturnya.. ia berubah mengikut tahap peningkatan estrogen.. bila waktu subur kita semakin hampir, cecair faraj ni akan menjadi semakin jernih dan lebih banyak dari biasa yang kadang-kadang sampai buat kita tak selesa.. tapi jangan risau.. cecair faraj ni akan berkurang dan kering selepas proses ovulasi berlaku..

3. Suhu badan:

Suhu badan ni perlu di ambil sebaik sahaja kita bangun tidur (sebelum meninggalkan katil).. kita perlu catat suhu badan setiap hari dan lebih bagus kalau kita plot pada graf.. Jika kita mendapati suhu badan kita naik mendadak dari 0.4-1.0 degree, kemungkinan besar kita baru melalui proses ovulasi.. ini kerana apabila telur dilepaskan, tahap progesteron meningkat dan menyebabkan suhu badan juga naik.. Jadi hubungan seks perlu dilakukan sebelum waktu peak suhu ini..

4. Kedudukan pangkal rahim:

Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim.. Kita perlu melakukan sendiri pada setiap hari dengan cara bercangkung dan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina.. Sebelum waktu subur, biasanya pangkal rahim lebih hampir ke bawah dan mudah di sentuh, akan rasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung), laluan  agak tertutup.. Pada waktu subur pula, pangkal rahim agak tinggi dan sukar si sentuh, agak lembut (seperti menyentuh bibir), rasa lembap dan agak terbuka..

5. Pemeriksaan urin dan darah: 

Kaedah ini paling mudah.. caranya kita menggunakan alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah.. kita boleh buat ujian ovulasi menggunakan air kencing.. sample darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku.. Ujian darah ni perlu dilakukan di makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini..


Salah faham hubungan seks dan waktu subur

Ramai di antara kita yang salah faham dengan waktu subur.. mereka menganggap waktu subur adalah waktu ketika proses ovulasi sedang berlaku.. dan mereka pun melakukan seks pada hari tersebut.. walhal, tahap kesuburan paling tinggi untuk hamil adalah dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi atau 1 hari selepas ovulasi..


Nutrisi tambahan untuk tingkatkan peluang kehamilan di waktu subur

Bila kita dah tahu waktu subur, perlu ke kita ambil vitamin lagi? kan peluang hamil lebih tinggi kalau buat hubungan seks pada waktu subur..

Ya.. memang betul peluang untuk hamil tu tinggi.. tapi kita perlu pastikan juga sperma dan telur yang dihasilkan berkualiti dan sihat.. persekitaran dan persediaan diri juga perlu.. pastikan badan sihat, bertenaga (nak bertarung kan..hehe)...

Jadi kita perlulah mengambil vitamin atau nutrisi tambahan.. dan dalam Shaklee ada beberapa vitamin yang sesuai untuk tingkatkan kejantanan dan kewanitaan masing-masing dengan mengamalkan set suami isteri dan set kesuburan..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Sunday, July 7, 2013

10 Tips Kehamilan

Sukar untuk hamil???

Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeki dari Allah Taala untuk bakal ibu dan ayah.
Mungkin tips-tips ini boleh membantu. Tak salah kita mencuba..

1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga70 peratus risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung..

2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.

3. Elakkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjayaberenang ke ovum.

4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.

6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya,anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.

7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.

8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!

9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.

10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Selain itu, boleh mencuba set kesuburan, yang lengkap dengan vitamin untuk suami dan isteri.. mungkin ada kekurangan nutrisi dalam badan suami atau isteri yang menghalang atau mengurangkan peluang kehamilan..


Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa.. kerana semua yang lahir ke dunia ini atas kehendak-Nya...

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Thursday, June 13, 2013

Sehangat Asmara : Isteri suka suami makin sayang...

Dah masuk hari Khamis da..psstt..psssttt.... MJ..hehe... Kali ni saya nak cerita pasal Alfalfa.. Alfalfa ni antara vitamin Shaklee yang menjadi favourite saya.. bukan setakat milk booster, yang best Alfalfa ni macam Perapat tau, dengan nama lain 'Kacip Fatimah Shaklee'.. saya gelarkan Alfalfa ni vitamin Sehangat Asmara..



Kelebihan dan khasiat Alfalfa

Alfalfa ni raja segala tumbuhanAlfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 

Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
Haaa tu dia... antara 1001 fungsi Alfalfa yang saya kongsikan dari Kak Cery..Kalau ada yang nak rasa nikmatnya, boleh la order laju-laju dari saya.. memang sangat-sangat saya recommended.. Alfalfa ni vitamin signature Shaklee lagi...

Untuk lagi terbaik, bolehlah dapatkan Set Suami Isteri.. Add on Vita E untuk en.suami..Kesannya??? Memang mengancam...

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Tuesday, April 16, 2013

Tingkatkan peluang kehamilan dengan Shaklee



VITAMIN YANG DICADANGKAN

Untuk isteri:
Vitalea,  Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Complex.

Untuk Suami:
Vitalea, B Complex, Vita C dan Vit E Complex.


Vitalea
Vitalea ialah Mulitivitamin dan Multimineral Shaklee..ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum. Bila badan dah sihat barulah ia dapat berfungsi dengan baik.

B Complex
Vitamin ni adalah sangat penting untuk wanita yang hamil dan yang merancang untuk hamil. B Complex Shaklee mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.

Vita  C
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa dengan ovum.

 Alfalfa
Alfalfa sangat penting untuk kesihatan dalaman wanita. Ia telah terbukti dapat mengatasi masalah keputihan, masalah period yang tidak teratur dan PMS..selain itu, alfalfa juga dikatan dapat membantu mengatasi “sakit ketika bersama” dan sangatmembantu dalam hubungan suami isteri.

Vit E Complex
Vit E pula penting untuk membantu pengeluaran sperma dan hormone sex serta mencegah kerosakkan sel sperma. Selain itu, Vit E turut dikenali sebagai vitamin cinta kerana boleh meningkatkan keinginan untuk bersama.

ESP
Esp merupakan soya protein yang mempunyai pelbagai khasiat. Ia juga dapat membantu menguatkan rahim dan membantu pembentukan sel. Protein yang bermutu dan bersih membentuk sel yang sihat yang mudah menyerap vitamin di samping membantu pembinaan tubuh.


GLA Complex
Vitamin ni sangat penting untuk kesuburan wanita. Ia membantu wanita untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini penting untuk membantu sperma berenang ke tiub fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke-5 selepas bersama.




Untuk harga set kesuburan, anda boleh nyatakan set pilihan dan email sheilamutalib@yahoo.com... Jangan risau sekiranya menghadapi kekangan kewangan, saya masih ada option untuk bantu anda..



Thursday, April 4, 2013

10 Kebaikan Seks Yang Anda Mungkin Tidak Tahu


10 Kebaikan Seks Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:

1. Seks mengurangkan tekanan

Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.


2. Seks meninggikan Immuniti badan

Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.

3. Seks membakar lemak

Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.

4. Seks menguatkan kesihatan jantung

Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.

5. Seks meninggikan Self-Esteem

Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.

6.Seks membuatkan kita lebih menyayangi

Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.

7. Seks mengurangkan sakit

Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.

8.Seks mengurangkan risiko kanser Prostat

Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.

9. Seks menguatkan otot pelvis

Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.

10. Seks membuat anda tidur lebih lena

Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.

sumber : alamhamil.com



Untuk menghangatkan lagi hubungan seks suami isteri, bolehlah dapatkan set suami isteri..Pasti kita inginkan yang terbaik dengan pasangan kita.. :)


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com

 Fanpage to SheLoveVitamin

Thursday, March 14, 2013

Hangatkan hubungan suami isteri dengan Shaklee

Apabila kita sudah berumahtangga, pasti kita inginkan hubungan suami isteri yang sentiasa bahagia.. begitu juga hubungan intim berdua.. Tak kiralah kita pengantin baru ataupun pengantin lama.. Pasti kita inginkan yang terbaik untuk pasangan kita.. Jom kita cuba Set Suami Isteri Shaklee ni.. 

Apa fungsi VITAMIN E dan ALFALFA dalam mengeratkan hubungan seks ini?

Vitamin E memberi impak yang besar kepada libido dan fungsi seksual untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Bagi wanita, vitamin E boleh membantu untuk mengekalkan keseimbangan hormon, boleh mengurangkan PMS dan gejala menopaus, membantu dalam pelinciran dan juga boleh meningkatkan keseronokan seksual keseluruhan. 

Bagi lelaki, vitamin E boleh membantu untuk menghasilkan ereksi yang lebih tahan lama, membantu untukmengurangkan tekanan dan kegagalan seksual yang berkaitan dengan tekanan dan boleh meningkatkan jumlah sperma. 

Makanan yang sudah diproses dalam diet harian boleh menjadi punca kekurangan vitamin E.

Alfalfa pula dipercayai dapat membantu mengatasi masalah keputihan yang antara punca utama ketidakselesaan ketika bersama. Malah ia juga mampu menguatkan otot faraj. Untuk wanita yang sedang dalam proses menapouse juga sesuai mengambil alfalfa kerana alfala juga mampu mengatasi masalah libido(kurang keinginan untuk seks)


credit: mysupervitamin


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua