Showing posts with label bersalin dan berpantang. Show all posts
Showing posts with label bersalin dan berpantang. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Masalah rambut gugur selepas bersalin

Assalamualaikum...

Rambut Gugur Selepas Bersalin? Apa Puncanya???

Ish..banyaknya rumbut gugur..sana sini rambut je.. rimas taw..

Mesti ramai ibu-ibu yang mengeluh, kenapa rambut banyak gugur selepas bersalin. Kebanyakkannya risau akan jadi botak kalau asyik gugur je... Orang tua-tua kata, bila bayi dah start menyembur, mulalah rambut si ibu gugur.. Betul ke? Jom kita tengok senarionya..


Keadaan Normal:

Pada keadaan normal, 85%-95% rambut akan tumbuh dengan baik, manakala 5%-15% akan berada dalam keadaan rehat. Selepas keadaan rehat, rambut ini akan gugur semasa kita sikat, mandi atau syampu rambut. Rambut kita akan digantikan dengan pertumbuhan rambut baru. Purata rambut gugur sehari ialah 100 helai (banyaknya!!!)

Semasa Mengandung:

Peningkatan hormon estrogen akan memanjangkan fasa pertumbuhan rambut. Hanya sedikit rambut berada dalam keadaan rehat dan sangat sedikit yang gugur. Justeru, masa kehamilan anda akan perasan yang rambut anda lebih lebat dan cantik dari sebelumnya.

Selepas Bersalin:

Hormon estrogen akan berkurang dan menyebabkan banyak folikel rambut memasuki fasa rehat selepas bersalin. Justeru lebih banyak rambut yang gugur dan purata rambut gugur sehari ialah 500 helai!!! (huh..lagi banyak!!!)

Jadi, ibu-ibu semua  tak perlu terlalu risau dengan keguguran rambut yang sedang berlaku lepas bersalin ni.. Itu adalah perkara normal walaupun hakikatnya sangat merimaskan..

Ada beberapa tips untuk kurangkan masalah keguguran rambut ni:
  • Pengambilan nutrisi penting untuk rambut seperti ESP, Zinc dan Multivitamin Shaklee (Set Pantang)
  • Bertukarlah kepada syampu yang kurang kandungan bahan kimianya dan lebih organik, iaitu Revitalizing Syampoo
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang
  • Banyakkan berehat dan kurangkan stress
  • Minum air masak sekurang-kurangnya 3L


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


Tuesday, October 7, 2014

Senarai keperluan untuk menyambut kelahiran anak kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ni hari ke-3 kita menyambut Aidiladha.. Atau lebih biasa orang panggil Raya Haji atau Raya Korban.. Ada yang buat korban ke tahun ni? Saya sekeluarga Alhamdulillah, dah berjaya membuat korban 2 tahun lepas.. 

OK lah.. Saya straight pada post title saya ye...

Pada yang tak tahu, sekarang ni saya sedang mengandung buat kali kedua.. Alhamdulillah.. Dan sekarang dah 34 minggu.. Anggaran due date 12 Nov ni.. So, sekarang saya dah mula menyediakan keperluan nak sambut baby yang bakal lahir ni..


Apa yang perlu untuk menyambut kelahiran anak kedua?

Sebenarnya tak ada banyak beza pun keperluan di antara anak pertama, kedua atau ke berapa pun.. Semuanya memang perlu.. Cuma ada sesetengah barang yang kita tak perlu beli lagi.. Sebabnya boleh recycle masa anak yang pertama..

Contohnya napkin/bedung, barut, baju, topi, sarung tangan dan kaki, kelambu... Semua ni Alhamdulillah elok lagi.. So, saya dah siap keluarkan dari rak untuk dicuci..

So, apa yang perlu untuk menyambut kelahiran anak kedua?

Saya dah buat senarai dari bulan lepas.. tapi baru semalam dapat beli.. Antara barang yang ada dalam senarai saya:

  1. Tuala mandi
  2. Baju baru (Saya beli 4 pasang je.. Nak juga bagi baju baru kat dia)
  3. Sarung tangan dan kaki (Yang ni saya tambah 2 set je)
  4. Minyak telon
  5. Pampers newborn

Ha.. Tak banyak pun.. Semua yang kat atas tu saya dah beli.. Cuma pampers je belum.. Sebab saya nak beli kat Lazada.. Saya dah buat survey, harga kat Lazada murah banyak tau.. So baik beli online je.. Berjimat mana yang boleh jimat..

Wee Wee Drypers Diaper New Born 64 ~ MURAH!!!



Kalau korang nak beli dari Lazada pun boleh.. Beli je kat sini.. Setakat hari ni (masa aku tulis post ni), harga Pampers Drypers Newborn 64keping cuma RM 99.00 untuk 4 pack.. Boleh juga survey untuk pampers jenama lain.. Oleh kerana saya ni memang pengguna Drypers, saya rasa harga pampers Drypers di Lazada ni boleh dikategorikan murah.. Dengan FREE delivery dan juga boleh Cash On Delivery (COD), saya rasa berbaloi beli di Lazada tau.. Promote baik punya... :)

Ok lah.. Kalau korang tengah cari Set Pantang ke Set Menyusu ke, boleh hubungi saya ye.. InsyaAllah saya cuba bantu..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Saturday, January 18, 2014

Set pantang lengkap!!!

Dah dekat nak bersalin? Mesti tengah survey Set Pantang mana yang terbaik..

Kami nak kongsikan pada ibu-ibu semua, SET PANTANG MODEN yang SANGAT MUDAH, PRAKTIKAL, SIHAT DAN SELAMAT dengan kesan sampingan lain iaitu KURUS DAN SUSU MELIMPAH-RUAH!!!

Macammana? Jom tengok video ni...



Semuanya lengkap dalam Set Ibu 3 in 1.. dari berpantang, menyusu sehinggalah berjaya mendapatkan berat badan yang asal.. sangat-sangat berbaloi!..

Ni antara ibu-ibu yang dah selamat berpantang dengan set ni...


Memang ramai yang jatuh cinta lepas ambil Set Pantang ni.. termasuklah saya..hehe..dan sekarang saya nak kongsikan khasiatnya kat korang pulak.. benda baik kan, memang patut di hebahkan..

Yang lagi best. kalau korang ambil Set Ibu 3in1 ni dengan saya, boleh jimat sehingga RM250.. banyak tu.. jadi sememangnya pilihan yang tepat kalau korang memilih  Set Ibu 3in1 ini dengan saya.. :)


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Wednesday, December 4, 2013

Pantang larang semasa berpantang

Pantang!.. Pantang!.. Pantang!.

Post kali ni saya dedikasikan untuk sepupu suami saya yang baru saja selamat melahirkan baby yang comel.. terawal sebulan dia bersalin.. tak dapat nak pergi nak tengok baby lagi, sebab diorang masih kat melaka..

Ok.. ini pantang larang orang Melayu (mil saya jawa pun amalkan..hehe).. ada banyak lagi, tapi saya listkan 5 dulu ye..


Pantang Larang Melayu Semasa Ibu Dalam Pantang


1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal - Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

credit photo: http://www.utusan.com.my

2. Memakai Sarung Kaki (Stokin) - Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

3. Jangan Duduk Mencangkung - Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

4. Mandi Duduk Di Atas Bangku - Ketika mandi hendaklah duduk di atas bangku. Ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

5. Rapatkan Kaki Bila Tidur - Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.




Untuk rasa lebih bertenaga dan cepat luka sembuh, bolehlah mencuba Set berpantang Shaklee..Boleh hubungi saya di facebook ataupun by phone.. insyaAllah saya akan berikan tips-tips dan konsultasi yang berguna untuk ibu-ibu ye..



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Monday, September 16, 2013

Adab Memandikan bayi baru lahir

Hari ni saya nak share 1 lagi ilmu yang saya baca dari 'buku muka'... Adab memandikan bayi baru lahir.. hmm.. rupanya nak mandikan bayi baru kahir pun ada adabnya.. masa Dania dulu just mandikan ikut apa yang emak, mak mertua dan kakak ajar.. in syaa Allah, boleh praktikkan untuk baby yang ke-2 nanti.. 


*****************************

Ramai orang terlepas pandang.. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu...




                                                         *****************************





 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Monday, September 9, 2013

Cara untuk memperbetulkan baby sonsang

Assalamualaikum wbt

Ibu-ibu ada yang dah bangun ke pagi-pagi ni? Anak nangis nak susu ye.. Sambil menyusu tu boleh la menggodek kat sini.. try vitamin Shaklee untuk kekal bertenaga.. hehe.. buat iklan sat ye..

Hari ni saya jumpa satu tips atau kaedah cara nak betulkan kandungan baby yang songsang.. So, nak share la kat korang.. mana taw ada di kalangan korang yang tengah pregnant, doktor beritahu baby songsang pulak.. jangan risau ye.. in syaa Allah korang jangan takut pulak ye.. meh cuba tips ni..


Cara utk membetulkan kedudukan Baby Sonsang

Sebelum menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melakukan gerakan-gerakan tertentu. Antaranya:

1. Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari selama 15 minit.

2. Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri.

3. Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan.Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin memasuki usia ke 34 kedudukannya adalah normal. 

Selamat mencuba!!!



Korang boleh lah mencuba tips ni ye.. pastu time korang nak buat ni, cakap kat baby sekali.. pujuk baby pusing..hehe.. 'baby sayang, awak dok leklok ye.. nanti senang ibu nak lahirkan awak...'.. Usap-usap kat perut.. baby boleh dengar tu.. tapi kalau baby tak nak pusing gak, korang jangan takut pulak nak bersalin.. masih boleh lagi.. mak saya dulu pun lahirkan saya songsang.. normal lagi.. mesti mak saya tak buat tips ni dulu kan..hehe... Alhamdulillah saya dah besar panjang pun.. dah keluar sorang pun..

Apa-apa pun banyakkan berdoa pada Allah.. minta dipermudahkan kita bersalin.. Amin...

Ok lah.. nanti saya share lagi tips-tips lain ye.. Kalau ada yang masih belum ada set berpantang nanti, meh pm saya.. try Set berpantang Shaklee pulak untuk pantang kali ni.. in shaa Allah.. tambah-tambah bertenaga korang nanti.. harga? tak mahal pun.. PM saya dulu ketat-ketat.. nanti boleh dapat harga yang hebat-hebat!!!



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Tuesday, August 27, 2013

Buat persediaan untuk bersalin

Normal atau ceaser?

Dua kaedah bersalin yang berbeza.. Kebanyakan ibu pasti mengingikan untuk melahirkan secara normal atau semulajadi.. walaubagaimanapun ada juga ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu yang menyebabkan mereka terpaksa melahirkan atau bersalin secara pembedahan Caesarean.. 

Pembedahan Caesarean adalah pembedahan untuk melahirkan anak melalui potongan yang dibuat pada abdomen dan rahim.. Antara sebab-sebab yang menyebabkan ibu terpaksa bersalin secara ceaser:
  • Bayi berada dalam kedudukan songsang
  • Proses bersalin yang terlalu lama
  • Kadar degupan jantung bayi semakin menurun
  • Saluran kelahiran yang sempit
  • Masalah kesihatan pada ibu (contohnya, tekanan darah tinggi)


Bila masanya?

Biasanya untuk bakal ibu kali pertama pasti akan berasa cemas dan risau.. Yelah, kita tak pernah rasa sakit nak bersalin.. sekadar mendengar cerita dari orang sekeliling mana sama kan.. Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sudah ingin muncul ke dunia:
  • Kontraksi yang menyakitkan
  • Keluar ‘tanda’ (pengeluaran lendir berdarah)
  • Pemecahan air mentuban (dengan banyak)
  • Masalah penghadaman
  • Cirit-birit
  • Rasa loya & muntah
  • Rasa ringan kepala
Anda tidak perlu menunggu kesemua gejala-gejala di atas berlaku sebelum ke hospital atau pusat bersalin. Sebaik sahaja anda dapat merasa sudah hendak bersalin, terus sahaja ke sana. Mungkin terasa memalukan jika didapati anda bukan benar-benar hendak bersalin, tetapi sekurang-kurangnya doktor dapat memeriksa dan memastikan segalanya baik sebelum membenarkan anda pulang untuk menunggu sedikit masa lagi.



Proses Bersalin


Proses bersalin yang sebenarnya berlaku dalam tiga peringkat:
  • Peringkat pertama bersalin dianggap peringkat di antara permulaan proses bersalin dan apabila serviks sudah terbuka sepenuhnya.
  • Peringkat kedua merupakan peringkat bersalin yang paling meletihkan kerana ini adalah masa bersalin yang sebenar. Anda perlu membantu bayi keluar dengan meneran ketika kontraksi. Di antara kontraksi-kontraksi, cubalah berehat dan jangan meneran kerana ia cuma akan meletihkan anda. Ia tidak akan menolong bayi keluar dengan lebih cepat!
  • Peringkat ketiga terjadi apabila bayi telah keluar. Uri yang telah selesai tugasnya memberi bayi zat makanan dan membekalkan oksigen serta membuang sisa kumuhan dari badan bayi, kini disingkirkan berikutan beberapa kontraksi.
Kadang-kala, dalam peringkat kedua proses bersalin, kelahiran bayi memerlukan bantuan doktor dengan menggunakan alat forseps atau vakum kerana sebab-sebab tertentu seperti penurunan kadar degupan jantung bayi yang berpanjangan atau berulang kali, atau apabila peringkat kedua mengambil masa yang terlalu lama, justeru meletihkan ibu dan bayi.

Kelegaan kesakitan


Anda mungkin merasa terdesak untuk menolak penggunaan sebarang kaedah untuk melegakan kesakitan, bagi mengelakkan daripada dianggap lemah. Ini mungkin akibat kepercayaan bahawa sakit ketika melahirkan anak mesti ditahan oleh ibu tanpa bantuan perubatan. Dengan mengetahui tentang berbagai kaedah melegakan kesakitan, anda boleh membuat keputusan sekarang sama ada hendak menggunakannya atau tidak ketika bersalin. Walaupun anda kini merasa kurang berminat menggunakannya, cubalah juga membuat pilihan sebagai persediaan sekiranya anda terpaksa menggunakannya ketika di bilik bersalin. Memandangkan melahirkan anak merupakan suatu pengalaman yang hebat serta unik, lakukan apa yang patut untuk memberikan diri anda kenangan indah mengenainya.

Terdapat beberapa pilihan kaedah melegakan kesakitan ketika bersalin. Ini hanya merupakan pengenalan yang singkat; anda masih perlu berbincang dengan doktor anda untuk mengenalpasti yang mana paling sesuai untuk diri anda. Setiap kaedah mempunyai kebaikan dan keburukan, dan anda harus mempertimbangkan semuanya serta membuat keputusan sendiri kerana segalanya akan memberi kesan kepada diri anda juga nanti.

  • Suntikan ‘opiate’ – Sejenis suntikan ubat pelali yang diberikan pada otot di kawasan punggung
  • Penyedutan entonox – Campuran oksigen dan nitrus oksida yang disedut dengan menggunakan topeng muka ketika kontraksi
  • Suntikan epidural – Jarum yang berongga dicucuk antara dua ruas tulang belakang ke dalam ruang epidura, dan satu tiub plastik dimasukkan melalui jarum tersebut. Ubat bius dimasukkan melalui tiub itu sepanjang masa bersalin.

Episiotomi


Apabila kepala bayi telah kelihatan, ada risiko perineum (kawasan antara vulva dan rektum) akan koyak. Jika doktor merasa risiko berlakunya koyakan agak tinggi, episiotomi mungkin diperlukan. Ini merupakan potongan yang dibuat pada perineum, setelah diberi bius setempat, untuk mengelakkan kerosakan teruk akibat koyakan yang tidak terkawal. Doktor akan membaiki kawasan tersebut dengan beberapa jahitan selepas kelahiran bayi anda, tanpa mengira sama ada ia terjadi akibat terkoyak ataupun episiotomi. Lazimnya, dengan kelahiran kedua dan seterusnya, episiotomi sudah tidak diperlukan lagi.


Sekiranya anda akan mengalami luka episiotomi..Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tips-tips di sini..


Untuk rasa lebih bertenaga dan cepat sembuh, bolehlah mencuba Set berpantang Shaklee..Boleh hubungi saya di facebook ataupun by phone.. insyaAllah saya akan berikan tips-tips dan konsultasi yang berguna untuk ibu-ibu..



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Sunday, April 14, 2013

Tips menjaga luka episiotomi



Sekiranya anda melahirkan secara normal, pasti anda akan mengalami luka episiotomi..Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tips-tips ini:

1-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2-Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

3-Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

4-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

5-Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

6-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

7-Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

8-Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

9-Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

10-Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

11-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

12-Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.



Untuk rasa lebih bertenaga dan cepat sembuh, bolehlah mencuba Set berpantang Shaklee..Boleh hubungi saya di facebook ataupun by phone.. insyaAllah saya akan berikan tips-tips dan konsultasi yang berguna untuk ibu-ibu..




 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Cara posisi meneran yang tepat

Kepada ibu2 mengandung yang dah nak BERSALIN TU JOM BACA PESANAN INI :)

Teguran dan nasihat seorang doktor bersalin..jangan gelak ya kerana kata-kata panas doktor ini..


Cara posisi meneran yang tepat:

1.Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu nanti macam mana baby nak keluar? Geram betul kalau patient buat begitu.

2.Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya pada masa yang sama buka kelengkang anda. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.

3.Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.

4.Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?....(Jangan korang pandang ke atas tangan letak dibahu pulak..hehe...gurau jek...)

5.Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?

6.Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit...(Teringat masa bersalin hari tu, dengar ada orang menjerit-jerit nak bersalin..nasib baik masa tu tengah jahit..kalau tengah meneran gak, boleh terbantut baby nak keluar..rosakkan suasana je..)

7.Jangan angkat punggung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti...(Rasanya kalau angkat punggung, boleh menyebabkan koyak rabak..nanti banyak pulak jahitan..takutnya...)

8.Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

9.Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau nurse/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik...

10.Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang...



Bila dengar tangisan si kecil, hilang rasa sakit bersalin


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com

 Fanpage to SheLoveVitamin

Thursday, April 4, 2013

9 Perkara mengenai keguguran rambut selepas bersalin

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Apa Anda perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan SegarTembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan 
merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

sumber: Majalah Pa&ma


P/s: Masih mencari set pantang? Mari saya syorkan set pantang Shaklee..kenapa? Set Pantang Shaklee ini mudah, boleh di ambil selepas bersalin, mengurangkan masalah jaundis pada baby (sekiranya menyusu), ibu akan rasa bertenaga, luka cepat sembuh dan banyak lagi kelebihannya...PM saya untuk tawaran harga yang terbaik..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Friday, March 29, 2013

Beza sangat hamil pertama, ke-2 dengan anak ke-3 dengan Shaklee

Pengambilan nutrisi ketika hamil, berpantang dan menyusu adalah sangat penting.. dalam tempoh ini, ibu memerlukan tambahan nutrisi bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga untuk bayi,, justeru itu, ibu seharusnya mengambil nutrisi ini dari awal kehamilan lagi bagi memastikan kandungan dan berat badan ibu yang ideal.

Seperti ibu ini, dia telah mengamalkan set ibu hamil Shaklee sejak dari awal lagi.. perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan kehamilan sebelum ini tanpa pengambilan vitamin Shaklee.. 

"Saya baru bersalin anak ke-3... Seorang Princess yg sgt adorable..... Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin shaklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan...Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu... Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni... sgt mudah dan cepat... Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus... putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah... Baby pun sgt baik....disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan... baby terus tido kekenyangan..."
Dan sekarang dia sedang amalkan set berpantang dan penyusuan Shaklee pula.

"Sekarang saya amalkan set berpantang dan menyusukan Shaklee.. Badan mmg rasa sihat je.. Tanpa rasa letih walaupun melahirkan selepas usia 30-an.. Sbb ramai kawan2 yg sebaya dgn saya.. Mengadu mereka x larat nk meneran.. Smpai proses melahirkn memakan masa berjam2.. Masa berpantang pun meletihkan.. Sbb pemulihan badan sgt lmbt disebabkn faktor usia. Tapi pada saya dgn pengamalan vitamin shaklee.. Saya x lalui semua tu.. Usia bkn lagi halangan utk kita hamil dan melahirkan lagi.."

Jika ibu-ibu yang lain berminat untuk merasai pengalaman indah ini dengan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya.. insyaAllah saya akan berikan tips-tips dan konsultasi yang berguna untuk ibu-ibu..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Monday, March 18, 2013

Penangan Set Berpantang & 3M Shaklee

Entry kali ni, saya nak kongsikan 1 testimoni utk penangan set berpantang plus set breastfeeding 3M..


"Salam... Saya baru sahaja lps melahirkan bayi yang pra matang 32minggu pada 6hb 10 2012... sy mengalami masalah PIH dan terpaksa di bedah... Ank saya lahir dgn berat 1.85kg tetapi disebabkan bby dimasukkan ke NICU berat bby jatuh ke 1.6kg.. Sgt sedeh tp stelah di perkenalkan set berpantang & set 3M alhmdulilah berat bby naik ke 2.6kg lps 2minggu pngambilan.. Hope sy boleh teruskan penyusuan sehingga 2thn utk ank sy secara ekslusif.."


berat baby around 1.6 kg
baby dah 2.26 kg selepas 2 minggu



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua