Showing posts with label Berat badan ideal. Show all posts
Showing posts with label Berat badan ideal. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Kalau campur Madu, adoooo... Sedapnya!

Assalamualaikum...

Cinch energy tea mix


Mmmg daa boom... effect nya on the spot... tak perlu tunggu esok.. lepas minum jaa.. laa laa tu gak akan rasa kesan nya...

Sedap kalau dibancuh dengan madu +
di perah limau... perghh.. i like...


Kelebihan :

Matcha Green Tea
  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori up to 4x

Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak

White Tea
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu

Rooibos Red Tea
  • melarutkan lemak 
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat

Red Tea
  • membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang kuat
  • pencegahan kanser
  • agen yang boleh menghalang tumor dari merebak


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Monday, December 2, 2013

4 Cara Diet Ketika Di Pejabat

Waa.. dah masuk bulan Disember ye.. Macam mana semangat kerja? Makin bersemangat atau dah hilang semangat?? Opss...Harap-harap tak hilang lah ye.. Walaupun dah hujung tahun kita kena tetap bersemangat ye.. 

Ok.. straight to the point.. hari ni saya nak share tips yang ada kaitan dengan aktiviti kita kat pejabat.. Tadaaa... 4 Cara Berdiet Ketika Di Pejabat...

Sesuai sangat topik ni dengan hari ni.. Hari Isnin, biasalah kan mesti banyak kerja yang perlu di settlekan.. dah semestinyalah korang akan terpaksa mengadap komputer berjam-jam.. Ada yang sampai naik krem tengkok. pinggang dan jari ni.. Yelah, khusyuk sangat buat kerja.. Sampaikan ada yang nak makan, nak kencing pun tak sempat.. Betul, tak?

Ha, mesti ada dia antara korang tengah berdiet kan.. Rasa-rasanya, boleh ke nak berdiet kalau waktu makan kite tak teratur? Susah kan.. Tapi korang  jangan sedih, jom cuba 4 tips yang saya nak bagi ni.. insyaa Allah. ada hasilnya..


1. Minum banyak air


Air ni memang wajib ye.. Kalau nak berdiet memang sangat digalakkan minum air masak yang banyak.. Nak senang, letakkan botol air putih atas meja kita..Letak sebelah komputer kita, biar kita sentiasa nampak air dan minum.. Pastikan juga kita minum air putih yang mencukupi setiap hari..

Teman setia saya!


2. Jaga waktu makan


Waktu makan juga perlu konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari. Ataupun dalam lingkungan 30 minit sebelum hingga 30 selepas jam 1 petang..

Pilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori tau!

Kalau boleh, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi terpaksa kita UBAH jika nak "maintain" langsing.

So lepas ni kenalah kosongkan meja daripada sebarang jenis makanan ye..


3. Bergerak sekali-sekala

Jangan jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk korang tidak bergerak. Mata  pun tahu letih tau.

Jadi, sekali sekala kita perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh kita lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa..


# Ni yang saya suka.. oleh kerana kerja di nursery, memang kelebihan kat saya untuk mencuci mata menengok-nengok bunga-bungaan.. memang rasa fresh..


4. Cari kawan yang ada matlamat serupa

Biasanya kalau buat seorang diri, kita takkan bertahan lama. Semangat mesti cepat je down. Lebih-lebih lagi kalau ramai yang memperlekehkan usaha murni kita ni..

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan kita. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat..

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila dia kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan dia. Begitu jugalah sebaliknya..




So, jom praktikkan 4 tips ni.. Kalau masih rasa payah nak berdiet ni, boleh top up dengan suplement Shaklee.. Diet sihat dengan vitamin semulajadi.. 

Dapatkannya dari saya...



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com

 Fanpage to SheLoveVitamin

Friday, November 22, 2013

B Complex menggemukkan? Mitos atau fakta?

"Takutlah nak ambil B Complex.. Nanti selera naik, badan pun naik..."
Selalukan kita dengar orang complain pasal B Complex ni.. Tapi betul ke statement tadi? Atau ia sekadar mitos? Apa kaitan B Complex dengan berat badan kita?

Dari hasil cari gali saya.. Memang ada kaitan antara B Complex dengan berat badan ni.. Antara  berat badan kita akan naik atau akan turun selepas mengambil B Complex.. Macam mana B Complex berfungsi, jom kita kupas sama-sama..


Hubungan antara Vitamin B dan Berat Badan.

Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin termasuklah 8 jenis vitamin dari kumpulan Vitamin B-Complex. Vitamin B-Complex pula adalah amat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah merah dan pengeluaran tenaga. Semua vitamin B-Complex adalah bersifat larut air. Ia menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarkannya kepada glukosa. Vitamin B-Complex juga merupakan asas kepada metabolisme protein dan lemak. Kesemua vitamin B-Complex ini akan bekerjasama untuk memenuhi fungsi masing-masing.. Jadi, adalah amat penting untuk kita mengambil semua 8 jenis vitamin B serentak iaitu pada masa yang sama. Perkaitan antara Vitamin B dan penurunan berat badan ini hanya akan berlaku jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.


Jenis-Jenis Vitamin B

1. Vitamin B-1 (Thiamine)
Vitamin B-1 diperlukan untuk metabolisme yang sempurna bagi kanji dan gula, dengan tujuan untuk menghasil tenaga pada tubuh. B-1 membantu keberkesanan kesihatan sistem saraf. B-1 juga turut membantu jantung dan otot-otot lain untuk berfungsi dengan baik. Tahap tekanan yang tinggi, boleh meningkatkan keperluan bagi B-1. Sumber-sumber makanan bagi Vitamin B-1 adalah seperti, gandum bran, kacang soya, daging dan sirap pekat. Pengambilan alkohol, boleh menghalang penyerapan berkesan B-1. B-1 bertindak dengan lebih kesan dengan kehadiran, B-2, B-Complex, Niasin, Vitamin C, asid folik, mangan dan Vitamin E.

2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B2 membantu fungsi tiroid dengan betul dan menjaga metabolisme anda. Vitamin B2 adalah penting untuk metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. B2 juga perlu untuk membaiki kulit, rambut serta kuku. Kekurangan Vitamin B2 boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malahan, B2 juga membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Orang yang melakukan senaman setiap hari sebenarnya, kehilangan B2, kerana mereka memerlukannya sebagai bekalan semasa bersenam. Sumber makanan untuk B2 adalah seperti susu, keju, telur, badam, bijirin dan sayur-sayuran.

3. Vitamin B3 (Niasin)
Vitamin B3 membantu dalam pengeluaran hormon tiroid. Sumber makanan yang dipercayai bagi Vitamin B3 adalah seperti tuna, ayam belanda, ayam, dedak gandum, telur, daging, keju, oat, buah-buahan kering dan beras perang.

4. Vitamin B5 (Asid Pantotenik)
Vitamin B5 merupakan asas kepada penghasilan tenaga di dalam badan. Oleh kerana tenaga diperlukan untuk membuat senaman, jadi Vitamin B5 memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan. Sumber makanan yang dipercayai adalah seperti, daging, ayam, telur, kekacang, gandum bran, roti bijirin dan sayuran hijau. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan vitamin B5.

5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
Vitamin B6 memainkan peranan penting dalam metabolisme lemak, terutamanya asid lemak tidak tepu. Vitamin B-6 membantu dalam peraturan dan pengeluaran tiroid. B6 juga turut memastikan sistem metabolisme berfungsi dengan betul. Vitamin B6 membantu dalam pengeluaran asid hidroklorik dan untuk metabolisme, asid amino yang banyak adalah perlu. Sumber makanan bagi vitamin B6 adalah seperti bijirin, ayam, pisang, daging, telur, avokado, buah-buahan kering dan sirap pekat.

6. Vitamin B7 (Biotin)
Vitamin B7 juga dikenali dengan nama vitamin H. Peranan penting vitamin B7 atau biotin ini adalah untuk metabolisme lemak, protein dan juga karbohidrat (sama seperti vitamin B kompleks lainnya). Kekurangan Biotin akan menyebabkan masalah pada rambut dan kuku. Tubuh manusia memerlukan 30 mcg Biotin setiap harinya.

7. Vitamin B9 (Folic acid)
Asid folik atau vitamin B9 juga termasuk dari jenis vitamin B Compleks. Asid folik berperanan penting pada perpecahan dan pertumbuhan sel. Ia juga sangat baik bagi ibu hamil dan kandungannya. Asid folik ini membentuk sel darah merah sehingga boleh mencegah penyakit anemia. Sumber makanan bagi Asid folik boleh didapati pada sayuran seperti bayam, lobak cina, kentang, tomato, dan lain-lain.

8. Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Vitamin B12 terlibat dalam metabolisme bagi hampir setiap sel di dalam badan. Maklumat khusus bagi Vitamin B12 ini agak sukar di cari, namun begitu, yang paling ketara adalah, B12 boleh mempengaruhi dalam sintesis DNA. Malahan, ia juga memberi kesan kepada sintesis asid lemak dan penghasilan tenaga. B12 adalah perlu dalam pencernaan, sistesis protein, penyerapan makanan, dan metabolisme lemak dan karbohidrat. Terdapat banyak jenis makanan tambahan yang membantu dalam kekurangan vitamin B12. Sumber makanan bagi vitamin B12 adalah seperti daging, ikan dan telur.


Fungsi setiap Vitamin Kumpulan B

1. Thiamin
- Membantu menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam badan
- Memainkan peranan penting dalam fungsi sistem saraf

2. Riboflavin
- Memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga

3. Niasin
- Ia diperlukan oleh badan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan alkohol untuk menghasilkan tenaga
- Ia sukar hilang ketika proses memasak, berbanding dengan kebanyakan Vitamin B yang lain.

4. Biotin
- Ia diperlukan untuk proses metabolisme tenaga, metabolisme asid amino, sintesis lemak dan glikogen

5. Pyridoxine
- Ia diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat

6. Folate
- Ia diperlukan dalam pembentukan sel darah merah

7. Cyanocobalamin
- Ia diperlukan dalam proses pemecahan asid lemak dan asid amino bagi tujuan menghasilkan tenaga.


Bagaimana pula dengan B-Complex Shaklee? Apa perbezaannya?

Syarat untuk B-complex yang penting dalam penurunan berat badan adalah kesemua kumpulan vitamin B perlu diambil bersama-sama. Jika ada yang tertinggal, maka fungsi B-complex takkan berkesan kerana 8 jenis vitamin B ini memerlukan antara satu sama lain untuk kesan yang efektif. Cuba lihat botol B-complex anda..Cukup tak kesemuanya? Mungkin jika anda menjadi gemuk disebabkan B-complex kerana B-complex di tangan anda tidak cukup 8 jenis vitamin B.. Awas yea..Perkara ini nampak kecil tapi besar impaknya.

  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. 
  • Mudah di telan 
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.









"B-complex perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisma badan membawa kepada rasa lapar. Jika diambil SEBELUM MAKAN, anda akan makan dengan jayanya.."







Jadi, jangan tunggu lagi.. Dapatkan B Complex yang lengkap dari saya.. Harga istimewa menanti korang ya..



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Saturday, March 23, 2013

Nak kurangkan berat badan? Nak tambah berat badan? Nak Maintain berat badan??

Cerita tentang berat badan.. Ada macam-macam kehendak orang..Tak kiralah perempuan atau lelaki.. Masing-masing ada yang nak kurangkan berat badan, ada yang nak tambah berat badan dan ada jugak yang nak maintain berat badan...MACAM MANE YE???

Sebenarnya semua perkara ni berkait dengan BMR dan jumlah kalori yang diperlukan setiap hari..

Di sini saya nak kongsi sikit maklumat tentang berat badan dan BMR..

Selain dari pengambilan supplement yang boleh membantu kita mencapai impian berat badan ideal kita tu, pengambilan kalori harian dan juga BMR kita perlu diambilkira. Kenapa?? Sebab kita semua tak sama..so perbezaan ni memerlukan kita sedar keperluan diri kita sebelum berjaya mencapai berat badan yang ideal.

Berapa keperluan kalori harian yang saya perlukan?

JOM KIRA!!!

1) Kira BMR anda. (Basal Metabolic Rate)

Women: BMR = 655 + ( 9.6 x weight in kilos ) + ( 1.8 x height in cm ) - ( 4.7 x age in years )
Men: BMR = 66 + ( 13.7 x weight in kilos ) + ( 5 x height in cm ) - (6.8 x age in years )

========================================

2) Tentukan keperluan kalori harian anda (Harris Benedict Formula)

a. If you are sedentary (little or no exercise) :
Calorie-Calculation = BMR x 1.2

b. If you are lightly active (light exercise/sports 1-3 days/week) :
Calorie-Calculation = BMR x 1.375

c. If you are moderatetely active (moderate exercise/sports 3-5 days/week) :
Calorie-Calculation = BMR x 1.55

d. If you are very active (hard exercise/sports 6-7 days a week) :
Calorie-Calculation = BMR x 1.725

e. If you are extra active (very hard exercise/sports & physical job or 2x training) :
Calorie-Calculation = BMR x 1.9

**Satu-satunya faktor yang diabaikan oleh Harris Benedict Equation ini adalah jisim badan tanpa lemak. Ingat, tubuh yang mantap memerlukan lebih banyak kalori daripada yang kurang mantap. Oleh itu, persamaan ini akan menjadi sangat tepat dalam semua keadaan kecuali jika sangat berotot seperti ahli bina badan (keperluan kalori adalah di bawah-anggaran) dan sangat berlemak/too obese (keperluan kalori mungkin terlebih-anggaran).
====================================

3) Dah tau keperluan kalori harian anda??

Nak TAMBAH BERAT = Lebihkan 500 kalori makanan harian anda pada jumlah kiraan nombor 2 tadi.

NAK KURANGKAN BERAT = Kurangkan min 500 kalori makanan harian pada jumlah kiraan nombor 2 tadi.

NAK MAINTAIN BERAT = Amik kalori makanan harian dalam lingkungan yang anda dah kira pada no 2 tadi.

=====================================

Selamat menekan kalkulator..hihi..

**Pengambilan vitamin tidak menambah kalori makanan harian anda..Ia cuma membantu melengkapkan keperluan vitamin dan mineral harian yang badan anda perlukan untuk menjalani rutin harian anda!

**Perlukan set slimming Shaklee untuk menyokong program diet sihat anda?? Hubungi saya untuk keterangan lanjut..


Sheila Mutalib (ID890281)
Fan page: SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua