Showing posts with label Rambut gugur. Show all posts
Showing posts with label Rambut gugur. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Masalah rambut gugur selepas bersalin

Assalamualaikum...

Rambut Gugur Selepas Bersalin? Apa Puncanya???

Ish..banyaknya rumbut gugur..sana sini rambut je.. rimas taw..

Mesti ramai ibu-ibu yang mengeluh, kenapa rambut banyak gugur selepas bersalin. Kebanyakkannya risau akan jadi botak kalau asyik gugur je... Orang tua-tua kata, bila bayi dah start menyembur, mulalah rambut si ibu gugur.. Betul ke? Jom kita tengok senarionya..


Keadaan Normal:

Pada keadaan normal, 85%-95% rambut akan tumbuh dengan baik, manakala 5%-15% akan berada dalam keadaan rehat. Selepas keadaan rehat, rambut ini akan gugur semasa kita sikat, mandi atau syampu rambut. Rambut kita akan digantikan dengan pertumbuhan rambut baru. Purata rambut gugur sehari ialah 100 helai (banyaknya!!!)

Semasa Mengandung:

Peningkatan hormon estrogen akan memanjangkan fasa pertumbuhan rambut. Hanya sedikit rambut berada dalam keadaan rehat dan sangat sedikit yang gugur. Justeru, masa kehamilan anda akan perasan yang rambut anda lebih lebat dan cantik dari sebelumnya.

Selepas Bersalin:

Hormon estrogen akan berkurang dan menyebabkan banyak folikel rambut memasuki fasa rehat selepas bersalin. Justeru lebih banyak rambut yang gugur dan purata rambut gugur sehari ialah 500 helai!!! (huh..lagi banyak!!!)

Jadi, ibu-ibu semua  tak perlu terlalu risau dengan keguguran rambut yang sedang berlaku lepas bersalin ni.. Itu adalah perkara normal walaupun hakikatnya sangat merimaskan..

Ada beberapa tips untuk kurangkan masalah keguguran rambut ni:
  • Pengambilan nutrisi penting untuk rambut seperti ESP, Zinc dan Multivitamin Shaklee (Set Pantang)
  • Bertukarlah kepada syampu yang kurang kandungan bahan kimianya dan lebih organik, iaitu Revitalizing Syampoo
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang
  • Banyakkan berehat dan kurangkan stress
  • Minum air masak sekurang-kurangnya 3L


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


Wednesday, June 11, 2014

#Petua - Rawatan rambut di rumah

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak berkongsi petua yang saya dapat dari yahoo. Khas untuk mereka yang ada masalah dengan mahkota hiasan wanita ni.


Sharing;


Bukan semua orang mempunyai masa untuk ke salun dan mendapatkan rawatan untuk rambut mereka. Malah bukan semua sanggup menghabiskan duit yang banyak bagi mendapatkan rambut yang cantik. 


Tahukah anda ada beberapa barangan harian di rumah anda boleh digunakan bagi mendapatkan rambut yang cantik dan sihat tanpa perlu berbelanja tinggi? 


Ikuti tips-tips berikut! 


Untuk semua jenis rambut 

Menurut Janice Cox, seorang penulis "Natural Beauty At Home", telur mentah adalah satu bahan yang terbaik bagi mendapatkan rambut yang sihat. 

Kuning telur yang kaya dengan lemak dan protein memberi pelembab secara semula jadi kepada rambut anda. Manakala putih telur mengandungi enzim bakteria dan menyingkirkan minyak yang tidak diingini pada rambut. 


Cara penggunaan: Bagi rambut jenis normal, gunakan keseluruhan telur untuk melembabkan rambut. Gunakan putih telur untuk merawat rambut berminyak, manakala kuning telur untuk melembabkan rambut kering dan rapuh. Gunakan setengah cawan campuran telur yang sesuai untuk anda dan sapukan kepada rambut yang bersih dan lembab. Biarkan selama 20 minit, kemudian basuhkan dengan air sejuk dan syampu. Rawatan kuning telur dan keseluruhan telur boleh diaplikasikan sebulan sekali dan rawatan putih telur dilakukan sekali setiap dua minggu. 


Untuk rambut kusam

Produk penggayaan rambut dan juga pencemaran udara boleh menyebabkan rambut anda menjadi kusam dan kelihatan tidak sihat. Namun tidak perlu bimbang kerana produk tenusu seperti krim masam dan yogurt boleh memulihkan kerosakan ini. Laktik asid boleh membuang kotoran pada rambut anda dan lemak susu pula akan memberi kelembapan. 

Cara penggunaan: Urutkan setengah cawan krim masam atau yogurt ke atas rambut anda yang lembab dan biarkan selama 20 minit. Basuhkan dengan air suam, diikuti dengan air sejuk dan syampukan rambut anda selepas itu. Rawatan ini boleh dilakukan setiap minggu. 


Untuk kulit kepala gatal

Untuk merawat kegatalan pada kulit kepala yang disebabkan oleh diet tidak seimbang, tekanan dan jugak cuaca, campurkan jus lemon dan minyak zaitun kepada rambut anda. Keasidan dalam jus lemon boleh menyingkirkan kepingan kering pada kulit kepala manakala minyak zaitun pula akan melembabkan kulit kepala anda. 

Cara penggunaan: Campurkan dua sudu jus lemon, dua sudu minyak zaitun dan dua sudu air, kemudian urutkannya kepada kulit kepala. Biarkan selama 20 minit dan basuh serta syampu rambut anda. Rawatan boleh dilakukan setiap minggu. 


Untuk rambut kering 

Sering berada di bawah pancaran matahari, penggunaan pengering rambut atau seterika pelurus adalah antara penyebab rambut anda menjadi kering. Bagaimana untuk merawatnya? Gunakan pemanis semula jadi! Madu adalah pelembab semula jadi yang akan menarik dan mengunci kelembapan pada rambut. 

Cara penggunaan: Urut rambut anda yang bersih dan lembab dengan setengah cawan madu, kemudian biarkan selama 20 minit dan basuh dengan air suam. Anda juga boleh menambah satu hingga dua sudu minyak zaitun untuk melembutkan madu tersebut agar mudah digunakan. Untuk rambut yang rosak kerana cahaya matahari, campurkan madu dengan satu atau dua sudu bahan yang kaya dengan protein seperti avokado atau kuning telur. Ia akan menambah ikatan protein keratin yang telah diserang oleh matahari. Rawatan boleh dilakukan sebulan sekali. 


Untuk rambut berminyak

Jika digunakan dengan cara yang betul, tepung jagung adalah salah satu bahan murah yang boleh digunakan untuk menyingkir minyak dan gris. 

Cara penggunaan: Masukkan tepung jagung dalam bekas garam atau lada dan renjiskan ke atas rambut yang kering dan kulit kepala sehingga habis. Selepas 10 minit, gunakan berus rambut untuk membuangnya. Rawatan boleh dilakukan selang sehari. 

Untuk rambut kerinting

Buah avokado bukan sahaja digunakan untuk merawat rambut rosak tetapi minyaknya yang ringan dan lembab seperti kulit kita serta proteinnya adalah kombinasi nutrient terbaik untuk meratakan rambut yang sukar dikawal. 

Cara penggunaan:
 Hancurkan buah avokado dan urutkannya ke atas rambut bersih dan lembab. Biarkan selama 15 minit sebelum membasuhnya dengan air. Bagi melembabkannya, campurkan avokado yang telah dihancurkan dengan satu ke dua sudu bahan penghidratan seperti krim masam, kuning telur atau mayonis. Rawatan boleh dilakukan dua minggu sekali. 





*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Wednesday, January 15, 2014

Tips elak rambut gugur

Berkongsi lagi tips-tips kesihatan dari tupai.com

Kali ni berkenaan tentang keguguran rambut..

Rambut gugur???!!!

Keguguran rambut menjadi satu masalah lazim kepada sesiapa sahaja. Walaupun ia tidak menyakitkan namun sedikit sebanyak ia merisaukan :(  kepada sesiapa yang terlibat. Bukan sahaja kerana kita mungkin terdedah kepada masalah botak kepala, tetapi menjadi rumit jika rambut berselerak di atas lantai setiap kali kita menyikat.

Apa kata anda cuba tips semula jadi di bawah pula...


Jus daripada bahan semula jadi
Kisarkan bawang putih, bawang merah atau halia. Kemudian lumurkan pada rambut anda dan biarkan semalaman. Cuci dengan bersih pada keesokan paginya. Tip ini mungkin dilihat agak pelik, tetapi ia berhasil.



Mengurut kepala
Mengurut kepala boleh membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh kepala. Peredaran darah yang lancer membolehkan folikel rambut menjadi aktif. Jadi, jangan berkira untuk pergi berurut.



Antioksida
Antioksida boleh didapati daripada teh, buah epal atau kopi. Sapukan rendaman salah satu bahan tersebut dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat.



Rawatan minyak panas
Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan. Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam.



Rehat secukupnya
Salah satu punca rambut gugur adalah daripada tekanan dan ketegangan yang di hadapi oleh anda. Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.




Tapi kalau masih tak berhasil jugak, kita cuba cara dalaman pulak.. senang je.. amalkan 2 biji Zinc complex setiap hari.. mungkin cara yang terakhir ni paling serasi dengan masalah korang.. mana kita tahu kan.. tak salah mencuba.. lagi pun Zinc Complex ni murah je..



Murah berapa banyak?

Nak tahu murah berapa, kenalah pm saya ye.. kalau pamerkan nanti, menangis SID yang lain.. hehe...


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Thursday, April 4, 2013

9 Perkara mengenai keguguran rambut selepas bersalin

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Apa Anda perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan SegarTembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan 
merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

sumber: Majalah Pa&ma


P/s: Masih mencari set pantang? Mari saya syorkan set pantang Shaklee..kenapa? Set Pantang Shaklee ini mudah, boleh di ambil selepas bersalin, mengurangkan masalah jaundis pada baby (sekiranya menyusu), ibu akan rasa bertenaga, luka cepat sembuh dan banyak lagi kelebihannya...PM saya untuk tawaran harga yang terbaik..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua