Showing posts with label Tumbesaran kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Tumbesaran kanak-kanak. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

ESP, Zinx Complex dan Vitalea for Kids untuk Mac 2015

Seperti biasa, Shaklee sentiasa nak berikan penjimatan pada semua.

Bulan Mac 2015 ni lebih HOT!

Kenapa?

Shaklee bagi EXTRA 1 Canister ESP dengan pembelian 6 canister ESP. Huh.. Mesti ramai bertepuk tangan horey horey kan. ESP tu. HOT product!

Khasiat ESP memang dah ramai yang rasa keberkesanannya. Tak percaya, boleh baca kat sini. Confirm korang pun akan teruja nak mencuba ESP Shaklee ni.


Bukan ESP saja, Shaklee juga bagi Zinx Complex dan Vitalea for kids untuk promosi Mac 2015 ni.

So apa lagi, jangan lepaskan peluang korang nak sihat dengan vitamin-vitamin Shaklee ni.


SIHAT DAN JIMAT DENGAN SHAKLEE!




 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Monday, December 15, 2014

Perlu tak saya beli termometer?

Assalamualaikum...

Perlu tak beli termometer?

Sebelum ni memang ada niat nak beli, tapi asyik bertangguh je.. Alhamdulillah, Dania jarang demam.. Pernah sekali tu dia demam di kampung, dan angah saya ada termometer.. Dapatlah saya pinjam dari angah saya..

Baru-baru ni ada scroll-scroll kat Lazada.. Hihi.. Lazada lagi.. Yela, dah terperap dalam rumah, handphone sajalah peneman di kala sunyi.. Tapi memang saya kerap scroll Lazada, selain check harga di Mudah.my.. Banyak juga harga yang boleh tahan murah di Lazada ni.. Lebih-lebih lagi kalau ada promotion..

Dah.. cerita lebih pula tentang Lazada.. Senang cerita korang scroll lah sendiri ye kat Lazada ni...

Berbalik ke cerita asal saya...

Perlu tak saya beli termometer?

Saya rasa perlu...

Sebab saya perlu ada termometer?

Ia adalah peralatan perubatan atau medical equipment yang paling kerap digunakan.. Especially bila kita ada anak kecil.. Senang nak pantau suhu anak-anak kalau mereka demam..


Jenis-jenis termometer

Fever strip/ forehead termometer.
Termometer ni senang je. Letak saja kat dahi dan tengok perubahan warna kat strip tu. Suhu ditentukan di mana perubahan warna tu berhenti.

Digital thermometer
Termometer ni perlu di letakkan celah ketiak/ bawah lidah. Mudah dan lebih tepat sebab tau suhu secara digital. Cuma kadang-kadang susah nak suruh anak-anak ni duduk diam masa nak ambil suhu. Termometer ni kena letak di lidah atau ketiak lebih kurang seminit sampai keluar bunyi beep...

Digital ear thermometer.
Mudah dan tepat. Hanya perlu letak di lubang telinga. Beberapa saat saja dah boleh dapat suhu badan. Memang senang kan. Cuma harganya agak mahal, jadi ramai yang berkira-kira nak beli termometer jenis ni.


*****


Tapi berbalik cerita Lazada tadi, saya ada buat survey harga termometer ni. Harga memang agak mahal tapi ada juga yang ada promotion. Jadi harganya memang murah.



Murah kan!

So apa lagi. Jom shopping di Lazada ye..




 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Tuesday, November 25, 2014

Tips Turunkan Bacaan Jaundis atau Kuning Bayi

Assalamualaikum...

Hari ke-26 saya berpantang.. Adush... Saya masih berhutang lagi 1 post tentang Pengalaman bersalin secara Induce.. Bukan tak nak share, tapi masih lagi dalam proses draft.. Tengah mengolah-olah ayat lagi.. Hihi.. InsyaAllah, siap je karangan saya nanti, korang dah boleh baca ye..

Untuk hari ni, saya nak berkongsi cerita tentang Jaundice atau Kuning Bayi..

Kalau diikutkan sejarah bersalin anak pertama, Dania pun mengalami jaundis.. Tapi tak lah teruk sampai kena tahan wad.. Masa tu memang banyak petua yang emak dan mentua bagi untuk turunkan bacaan jaundis atau kuning Dania..


Apa itu Jaundice?

Jaundice bukan di kategorikan sebagai penyakit. Ia adalah simptom warna kuning yang terjadi pada bayi baru lahir disebabkan oleh peningkatan kadar Bilirubin dalam darah. Bagi mengurangkan Jaundice, Bilirubin ini akan di proses dalam hati dan seterusnya keluar melalui air kencing dan najis.

Kebiasaannya, bayi akan kelihatan kuning di bahagian muka, mata, badan dan seterusnya kaki.


Jenis-jenis Jaundice

Walaupun Jaundice ini normal dan akan terjadi pada semua bayi, tetapi ia perlu dikawal supaya tak menjadi semakin teruk. Terdapat 2 jenis Jaundice atau Kuning bayi.

Fisiologi Jaundice
Jaundice yang sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundice akan mula terjadi selepas 48jam dan akan mula berkurangan pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundice jenis Fisiologi ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan hati yang masih belum cukup matang.

Patologi Jaundice
Jaundice ini agak merbahaya. Ia mula terjadi dalam masa 2 hari selepas lahir. Ia disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah secara berlebihan akibat dari:

  • Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak (kebiasaannya terjadi apabila ibu mempunyai Darah O) - Saya Darah O
  • Bayi mengalami G6PD. 
  • Jangkitan kuman pada bayi (bayi kelihatan lemah dan perlu rawatan di hospital)


Tips Cara Turunkan Bacaan Jaundis atau Kuning Bayi

Susu ibu - Ini adalah nasihat yang paling utama akan diberikan pada ibu-ibu yang mempunyai bayi jaundice. Susu ibu semestinya penyelesaian terbaik kerana khasiat yang ada dalam susu ibu itu. Sebaiknya kerapkan penyusuan iaitu setiap 1 - 2 jam. Selalunya bila bayi itu jaundice, dia akan tidur lebih lama. Jadi kita perlu mengejutkan bayi. Penyusuan yang kerap ini untuk menggalakkan bayi kencing dan berak, supaya Bilirubin dapat dikeluarkan.

Jemur atau meletakkan bayi jaundice pada tempat-tempat yang terang. Biasanya bayi akan di kenakan cahaya matahari pagi sekitar 8.30 - 9.30 pagi. Cara ini selalunya tak digalakkan oleh doktor.

Susu kambing - Ia akan diberikan pada ibu dan sedikit pada bayi. Petua dari peniaga susu kambing semasa suami saya beli susu kambing hari tu, titiskan susu kambing sejuk ke mata bayi.

Anggur hitam - Petua ni saya tak amalkan sebab suami saya tak jumpa anggur hitam ni. Dari hasil google-ing, anggur hitam ni akan di perah dan airnya diberikan pada bayi.

Air basuhan beras - Petua ni mentua saya yang ajar. Caranya mandikan bayi dengan air basuhan beras. Keberkesanannya mungkin bergantung pada bayi masing-masing. Bayi saya tak memberikan kesan positif.

Pengambilan herba - Herba yang saya maksudkan ni bukan jamu tapi Alfalfa. Memang kebanyakkan SID tak menggalakkan ibu mengambil Alfalfa sekiranya bayi jaundice, tapi saya ada terbaca perkongsian salah seorang SID yang amalkan Alfalfa dan jaundice semakin turun. Ada juga yang amalkan pengambilan Alfalfa di hujung-hujung kehamilan dan kesannya bayi mereka tak mengalami jaundice yang teruk.

Pengalaman saya - Pada awalnya, saya memang tak berani untuk ambil Alfalfa. Tapi memikirkan tak sanggup tengok Medina diambil darah je, saya cuba ambil sebiji Alfalfa.. Alhamdulillah, positive.. Bacaan jaundice turun. Esoknya saya ambil 2 biji Alfalfa sehinggalah jaundice nya kurang..

Apa berlaku sekiranya Jaundice tak dikawal dan semakin teruk?

Walaupun jaundice ni tak merbahaya, tetapi sekiranya tak dikawal atau di pantau, bayi akan berisiko untuk mendapat jaundice yang lebih teruk. Tindakan awal perlu di ambil bagi memastikan rawatan yang bersesuaian dan mengurangkan komplikasi.

Bacaan normal Bilirubin adalah dibawah 10 mg/dL.

Sekiranya bacaan Bilirubin adalah melebihi 10 mg/dL, bayi perlu di bawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk memantau bacaan Bilirubin dan di samping itu penyusuan susu ibu perlu di berikan lebih kerap untuk membantu mengurangkan Bilirubin.

Sekiranya kadar bacaan Bilirubin meningkat sehingga 20 mg/dL, bayi tersebut perlu mendapat rawatan di hospital.

Rawatan yang digunakan untuk bayi jaundice di tahap merbahaya (melebihi 20 mg/dL):
Rawatan fototerapi - bayi akan di letakkan di bawah cahaya biru.
Pertukaran darah - Ia adalah pilihan terakhir bagi menghindari kerosakan otak.



Alfalfa (330 biji)



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Friday, September 20, 2013

Bagaimana kita membantu dalam perkembangan otak anak-anak?

Assalamualaikum w.b.t

Perkembangan otak adalah satu proses yang panjang.. bermula dari dalam rahim sehingga meningkat remaja, kita akan mengalami proses perkembangan otak. Biasanya tempoh yang paling kemuncak adalah di usia tiga tahun pertama.. Pada usia itu, pedawaian utama otak sedang berlaku. Bukan setakat proses pendawaian ini saja, malah ada macam-macam lagi proses yang berlaku di otak kita. Proses inilah yang kita panggil pembelajaran.. Belajar, belajar dan belajar...


Belajar menerusi deria

Bagi kanak-kanak, dunia adalah satu benda baru bagi mereka.. dan banyak perkara yang perlu mereka belajar dan fahami.. Cara yang paling awal untuk mereka belajar dengan menggunakan 5 deria iaitu penglihatan, bunyi,  sentuhan,  rasa dan  bau.

Penglihatan - Pembelajaran ini bermula seawal beberapa bulan pertama iait bayi biasanya sudah boleh melihat objek yang bergerak, membezakan warna dan bentuk.. Dari situ, mereka akan mula mengembangkan gerakan tangan - mata.. Mereka akan memerhatikan dan memahami persekitaran..

** 75% - 90% pembelajaran kanak-kanak adalah dari melalui penglihatan.

Bunyi - Dari baby lahir lagi mereka dah boleh faham dan kenal bunyi-bunyian.. Banyakkan bercakap dengan mereka dan dedahkan bunyi-bunyi yang berlainan kepada mereka.. Jadi mereka akan kenal bunyi dengan cepat dan mudah..

** Bagi orang Islam digalakkan mendengarkan bacaan al-Quran dan bacaan zikir di telinga si kecil.

Sentuhan - Memang menjadi habit kanak-kanak.. Bila nampak sesuatu di sekeliling mereka, mereka akan ambil dan pegang.. Kemudian masukkan ke dalam mulut.. Ni lah cara mereka merasa tekstur benda itu.. Sebabnya lidah adalah organ yang paling sensitif untuk rasa..

Rasa - Proses pembelajarannya sama seperti mereka belajar menyentuh.. Mereka akan masukkan ke dalam mulut tapi kalau tak sedap, memang serta-merta dia akan keluarkan semula.. Secara semulajadinya, kanak-kanak lebih menyukai rasa manis.

** Pastikan korang jangan letakkan peralatan atau makanan yang merbahaya merata-rata.. Kanak-kanak tak kenalkan lagi erti bahaya.. Kena ingat tu!!!

Bau - Baby sangat kenal bau ibunya kan.. lebih-lebih lagi kalau dia menyusu susu ibu.. seperti family yang lain pun sama, mereka akan kenal melalui bau..



Nutrien untuk Otak

Macam anggota badan yang lain, Otak pun perlukan nutrien untuk terus berkembang dan kekalkan tumbesaran.. Kalau tulang perlukan kalsium, apa yang Otak perlukan?

1. DHA (asid dokosaheksenoik) AA (Asid arakidonik) - DHA dan AA serta Asid lemak Omega-3 dan Omega-6 merupakan asid lemak utama yang terlibat dalam pembentukan plasma fetus, otak dan retina.. Kajian menunjukkan kedua-duanya membantu memperbaiki perkembangan mental kerana kanak-kanak yang menerimanya telah menunjukkan peningkatan yang berkesan dalam prestasi membaca, mengeja dan penglihatan berbanding mereka yang tak mengambil.

2. Fosfolipid - penting untuk kesihatan otak yang optimum kerana ia membantu memperbaiki perhubungan sel-sel otak, memori dan fungsi mental..

3. Kolina - untuk menyokong aktiviti sistem saraf, diperlukan untuk perkembangan otak dan membantu memperbaiki fungsi memori kanak-kanak supaya dapat mengingati dengan lebih mudah..

4. Zat besi - penting untuk perkembangan otak yang mempengaruhi tingkah laku dan kebijaksanaan akan turut menghasilkan penghantar saraf (atau neurotransmitter), iaitu bahan kimia yang menghantar maklumat di sekeliling otak serta sistem saraf.

5. Taurina - berperanan penting dalam penghasilan penghantar saraf yang diperlukan untuk perhubungan saraf..

6. Zink/Antioksidan - Menyokong tumbesaran dan pembahagian sel serta boleh melindungi sel-sel dalam otak dan sisitem saraf pusat..


Jadi, berikan anak kita keseimbangan nutrien yang baik untuk perkembangan dan tumbesaran mereka yang sempurna.. Pilihan saya tentulah Omega Guard.. Korang pun boleh.. Hubungi saya untuk harga dan consultasi istimewa!!!







 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Monday, September 16, 2013

Adab Memandikan bayi baru lahir

Hari ni saya nak share 1 lagi ilmu yang saya baca dari 'buku muka'... Adab memandikan bayi baru lahir.. hmm.. rupanya nak mandikan bayi baru kahir pun ada adabnya.. masa Dania dulu just mandikan ikut apa yang emak, mak mertua dan kakak ajar.. in syaa Allah, boleh praktikkan untuk baby yang ke-2 nanti.. 


*****************************

Ramai orang terlepas pandang.. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu...




                                                         *****************************





 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Tuesday, February 19, 2013

Solid food : Bila nak mula ye??

Lagi 5 hari Dania dah genap 6 bulan..Alhamdulillah dapat juga saya bagi Susu Ibu sepenuhnya tanpa campur mana-mana Susu Formula..

Bila baby dah 6 bulan, so mommies semua dah boleh mula bagi makanan pelengkap or solid food..

Kenapa 6 bulan ye? kenapa tak boleh bagi sebelum 6 bulan??

Sebabnya bila baby dah 6 bulan, sistem penghadamannya dah cukup matang utk hadam makan pejal dan semi pejal.. Biasanya baby akan tunjuk tanda-tanda yang mereka dah sedia untuk terima makanan lain selain Susu Ibu..



Tanda-tanda kesediaan:
  • boleh duduk dgn sendiri atau dapat sikit sokongan dari orang lain..
  • boleh mengawal kepala..
  • baby cepat lapar, kerap menyusu atau akan minta susu lagi walaupun baby baru menyusu..
  • boleh kawal lidah dengan baik..
  • dah mula mengunyah atau mulut  bergerak2 ke atas ke bawah..
  • baby suka masukkan benda dalam mulutnya..
  • baby akan tengok je makanan yang ada depan matanya, dia akan cuba capai atau buka mulut..

Hmm...kalau semua tanda2 ni korang da nampak kat anak korang, so bolehlah korang bagi baby makanan ye..tapi pastikan cukup 6 bulan taw... Nanti saya share menu2 lain utk solid food baby 6 bulan ye..tengah mengGoogle lagi..



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua