Showing posts with label Penyusuan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan susu ibu. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Promosi gempak ESP kembali lagi!

Assalamualaikum.


Promosi istimewa ESP - Energizing Soya Protein kembali lagi. Beli 2 canister ESP anda layak mendapat diskaun 10%. Kalau nak lebih jimat lagi, boleh kongsi dengan kawan2 beli 6 canister ESP terus, boleh dapat percuma 1 canister.


Bukan itu saja, anda juga layak mendapat keahlian secara percuma dan juga cash bonus pada bulan depan. Suka tak? Mestilah suka!

Apa yang buat Sheila suka sangat ESP ni, ESP ni memang killer Shaklee product. Bila ada promosi macam ni, memang ramai la yang akan teruja dan tak lepaskan peluang grab banyak2 buat stok.


Khasiat ESP ni bukan saja untuk ibu hamil, tengah pantang atau menyusu, tapi untuk semua golongan wanita, lelaki, tua atau muda yang nak cantik/hensem, sihat dan bertenaga.

Anda yang baru nak mencuba ESP ni, bulan September ni memang sesuai sangat lah. Boleh je order dengan Sheila, email sheilamutalib@yahoo.com , whatsapp 0137704101. Atau boleh tinggalkan email atau no telefon korang  di ruang comment. Sheila akan cuba hubungi anda secepatnya dan membantu anda mendapatkan khasiat ESP ni.

Selamat berESP!


SIHAT DAN JIMAT DENGAN SHAKLEE!



 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Friday, November 28, 2014

Beli freezer untuk stok EBM

Assalamualaikum...

Ingat tak saya pernah cerita nak beli freezer untuk simpan stok EBM?

Semalam suami saya survey satu kedai barangan elektrik berdekatan dengan kawasan perumahan kami di Saujana Utama.. Untuk brand Hesstar 100L harganya RM599...

Saya pula hanya sempat meng-google je dari blogger-blogger yang share pengalaman diorang membeli dan menggunakan freezer untuk simpan stok EBM..

Dan akhirnya, saya dan suami bercadang nak beli je dari Lazada.. Harga pun boleh tahan murah.. Penghantaran PERCUMA! So saya tak perlu topup kos tambahan untuk penghantaran.. 

Nak tahu freezer brand apa yang saya nak beli?

Saya pilih brand Hesstar... 


Hesstar 120L Chest Freezer HCF-10 White


Apa ciri-ciri Chest Freezer pilihan saya ni?

  • Capacity: 120 litre
  • Colour: White
  • Size (L x W x H) : 52.7 x 56.3 x 82.8
  • Weight : 15kg
  • Temperature : Below -18°c
  • Quick and deep freezing
  • Low noise
  • CFC Free gas
  • 5 Years Warranty of compressor (Mastar, Morgan - Warranty SETAHUN saja)
  • Harga: RM 488 (harga terkini masa saya beli)


Korang pun kalau merancang nak beli freezer untuk simpan stok EBM, bolehlah beli freezer kat sini.. Harga pun berpatutan.. 

Kalau dah sampai freezer saya ni, InsyaAllah saya update kat sini ya.. Tak sabarnya..

Dan kalau korang sedang berusaha membuat stok EBM, boleh cuba milk booster Shaklee dari saya.. Sama-sama kita bersemangat memberi yang terbaik untuk anak kita.



**Update 28/11/2014 - Saya baru saja order di Lazada.. BEST Giller.. Dari harga asal RM799, dapat discount 39% - Jadi RM488.. Then bila nak checkout, ada lagi DISCOUNT - RM73.35.. Walaupun terpaksa TOPUP shipping fee RM 34.00.. Saya masih lagi dapat harga MURAH iaitu RM 449.65... Yeah!!!



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Tuesday, November 25, 2014

Tips Turunkan Bacaan Jaundis atau Kuning Bayi

Assalamualaikum...

Hari ke-26 saya berpantang.. Adush... Saya masih berhutang lagi 1 post tentang Pengalaman bersalin secara Induce.. Bukan tak nak share, tapi masih lagi dalam proses draft.. Tengah mengolah-olah ayat lagi.. Hihi.. InsyaAllah, siap je karangan saya nanti, korang dah boleh baca ye..

Untuk hari ni, saya nak berkongsi cerita tentang Jaundice atau Kuning Bayi..

Kalau diikutkan sejarah bersalin anak pertama, Dania pun mengalami jaundis.. Tapi tak lah teruk sampai kena tahan wad.. Masa tu memang banyak petua yang emak dan mentua bagi untuk turunkan bacaan jaundis atau kuning Dania..


Apa itu Jaundice?

Jaundice bukan di kategorikan sebagai penyakit. Ia adalah simptom warna kuning yang terjadi pada bayi baru lahir disebabkan oleh peningkatan kadar Bilirubin dalam darah. Bagi mengurangkan Jaundice, Bilirubin ini akan di proses dalam hati dan seterusnya keluar melalui air kencing dan najis.

Kebiasaannya, bayi akan kelihatan kuning di bahagian muka, mata, badan dan seterusnya kaki.


Jenis-jenis Jaundice

Walaupun Jaundice ini normal dan akan terjadi pada semua bayi, tetapi ia perlu dikawal supaya tak menjadi semakin teruk. Terdapat 2 jenis Jaundice atau Kuning bayi.

Fisiologi Jaundice
Jaundice yang sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundice akan mula terjadi selepas 48jam dan akan mula berkurangan pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundice jenis Fisiologi ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan hati yang masih belum cukup matang.

Patologi Jaundice
Jaundice ini agak merbahaya. Ia mula terjadi dalam masa 2 hari selepas lahir. Ia disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah secara berlebihan akibat dari:

  • Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak (kebiasaannya terjadi apabila ibu mempunyai Darah O) - Saya Darah O
  • Bayi mengalami G6PD. 
  • Jangkitan kuman pada bayi (bayi kelihatan lemah dan perlu rawatan di hospital)


Tips Cara Turunkan Bacaan Jaundis atau Kuning Bayi

Susu ibu - Ini adalah nasihat yang paling utama akan diberikan pada ibu-ibu yang mempunyai bayi jaundice. Susu ibu semestinya penyelesaian terbaik kerana khasiat yang ada dalam susu ibu itu. Sebaiknya kerapkan penyusuan iaitu setiap 1 - 2 jam. Selalunya bila bayi itu jaundice, dia akan tidur lebih lama. Jadi kita perlu mengejutkan bayi. Penyusuan yang kerap ini untuk menggalakkan bayi kencing dan berak, supaya Bilirubin dapat dikeluarkan.

Jemur atau meletakkan bayi jaundice pada tempat-tempat yang terang. Biasanya bayi akan di kenakan cahaya matahari pagi sekitar 8.30 - 9.30 pagi. Cara ini selalunya tak digalakkan oleh doktor.

Susu kambing - Ia akan diberikan pada ibu dan sedikit pada bayi. Petua dari peniaga susu kambing semasa suami saya beli susu kambing hari tu, titiskan susu kambing sejuk ke mata bayi.

Anggur hitam - Petua ni saya tak amalkan sebab suami saya tak jumpa anggur hitam ni. Dari hasil google-ing, anggur hitam ni akan di perah dan airnya diberikan pada bayi.

Air basuhan beras - Petua ni mentua saya yang ajar. Caranya mandikan bayi dengan air basuhan beras. Keberkesanannya mungkin bergantung pada bayi masing-masing. Bayi saya tak memberikan kesan positif.

Pengambilan herba - Herba yang saya maksudkan ni bukan jamu tapi Alfalfa. Memang kebanyakkan SID tak menggalakkan ibu mengambil Alfalfa sekiranya bayi jaundice, tapi saya ada terbaca perkongsian salah seorang SID yang amalkan Alfalfa dan jaundice semakin turun. Ada juga yang amalkan pengambilan Alfalfa di hujung-hujung kehamilan dan kesannya bayi mereka tak mengalami jaundice yang teruk.

Pengalaman saya - Pada awalnya, saya memang tak berani untuk ambil Alfalfa. Tapi memikirkan tak sanggup tengok Medina diambil darah je, saya cuba ambil sebiji Alfalfa.. Alhamdulillah, positive.. Bacaan jaundice turun. Esoknya saya ambil 2 biji Alfalfa sehinggalah jaundice nya kurang..

Apa berlaku sekiranya Jaundice tak dikawal dan semakin teruk?

Walaupun jaundice ni tak merbahaya, tetapi sekiranya tak dikawal atau di pantau, bayi akan berisiko untuk mendapat jaundice yang lebih teruk. Tindakan awal perlu di ambil bagi memastikan rawatan yang bersesuaian dan mengurangkan komplikasi.

Bacaan normal Bilirubin adalah dibawah 10 mg/dL.

Sekiranya bacaan Bilirubin adalah melebihi 10 mg/dL, bayi perlu di bawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk memantau bacaan Bilirubin dan di samping itu penyusuan susu ibu perlu di berikan lebih kerap untuk membantu mengurangkan Bilirubin.

Sekiranya kadar bacaan Bilirubin meningkat sehingga 20 mg/dL, bayi tersebut perlu mendapat rawatan di hospital.

Rawatan yang digunakan untuk bayi jaundice di tahap merbahaya (melebihi 20 mg/dL):
Rawatan fototerapi - bayi akan di letakkan di bawah cahaya biru.
Pertukaran darah - Ia adalah pilihan terakhir bagi menghindari kerosakan otak.



Alfalfa (330 biji)



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Friday, October 10, 2014

Puting leper atau tenggelam

Akhirnya dapat juga saya menulis entry dalam shelovevitamin ni.. Dari hari tu saya dah buat draft topik yang saya nak tulis.. Topiknya berkaitan salah satu masalah yang sering dihadapi ibu-ibu dalam penyusuan susu ibu iaitu 'puting leper atau tenggelam'..
Jenis-jenis puting
Dalam masalah ini, bayi masih boleh menyusu kerana bayi perlu merangkum areola untuk mendapatkan susu.. Ibu juga perlu yakin yang ibu mampu menyusukan bayi.. Selain itu, ada beberapa kaedah dan alat yang dapat menyelesaikan masalah ini.

Menggunakan picagari:

  • Gunakan picagari/pam/supple cups untuk tarik puting keluar
  • Potong hujung picagari sebelah masuk ubat. 
  • Kemudian ambil penekan di bahagian belakang, masukkan penekan tadi dibahagian yang telah dipotong.
  • Ibu boleh menarik penekan picagari perlahan-lahan secar berterusan tetapi dengan tekanan lembut

Kaedah guna picagari

Avent nipplete:

Melalui sedutan lembut, Niplette menarik puting keluar ke dalam satu cawan seperti jidal plastik kecil. Seeloknya ibu mula menggunakan alat ini dari semasa mengandung lagi..Selain itu, ibu juga boleh menggunakan Nipplette ini beberapa minit sebelum dan selepas menyusu.



Nak? Boleh ORDER kat sini...


Jom kita baca kisah ibu-ibu yang telah berjaya.. in shaa Allah ini dapat menguatkan semangat ibu dan bakal ibu untuk memberikan susu ibu pada anak-anak..

1) Pn.Nurhafiza

"sy pun teringin gak nk berkongsi sket ni...tp tips yg sy bg ni mungkin tak berape membantu utk percubaan jangka pendek, tp utk percubaan jangka panjang insyaALLAH berhasil...sbnrnya sy dh citer ttg kisah sy ni kat threadinverted & flat nipples, tp sbb thread ni pn bincang psl ni gak, sy nk share gak la kisah sy tu kat sini lak...niat sy cuma satu, agar dpt dijadikan panduan buat sesiapa yg terbaca dn yg relate dgn kes ini....

macam ni ceritanya...sy nyer nipple dl jenis yg inverted nipple...tp nasib baik waktu kat sekolah menengah lg sy dh notice awal, sy ingt lg waktu sy form 4 rsnye klu tak silap, DENGAN TAK MALUNYE sy pernah tnye spupu sy, "eh, puting kau mcmna ye, ada tak, besar ke kecik? aku ni mcm tak de puting je?...uhu..." spupu sy lak yg hairan, dia kata ok je dia nye nipple, ada jer...

waktu tu, SERIUS...sy rs RENDAH DIRI SGT2...RASA MCM SY NI BUKAN PEREMPUAN YG NORMAL JE...waktu tu sy ingt sy sorang je yg ada mslah mcm ni...dhla sy nye breast ni jnis kecik je...sy SELALU TERPK, NNTI BL KAWIN KLU DH ADA ANAK, MCMNA YE AKU NK NYUSUKN ANAK KLU AKU NYER PUTING NI TAK DE & BREAST KECIK JE??

tp sy TAK PERNAH PUTUS ASA dn sy yakinkn diri yg sy MAMPU (lawak tul, tgh sekolah lg dh pk psl mslh nk nyusu anak dh...waktu tu calon pn tak de lg...ahaks! ) .. dipendekkan citer, lps tu umah sy, abg sy masukkn intenet skjp, sy pn search2la kat intenet waktu tu psl nipple tak de dn breast kecik ni...mcmna klu nk mnyusu nnti, adakah 2 faktor tu akan merencatkn proses pnyusuan?

dn alhmdulillah, byk info berguna yg sy jumpa dn waktu tu la sy tau yg "ooo, mslh nipple cam aku ni namanye mslh inverted nipple...ramai lg rupanya org kat luar sana yg senasib ngn aku ni"...dn ada satu website tu bgtau agar org yg ada mslh INVERTED NIPPLE NI BL MANDI, SELALU2LAH BUAT EXERCISE DGN TARIK2 NIPPLE TU BIAR DIA KELUAR"...

dn psl breast kecik lak, lega sy bl bc rata2 info yg sy jumpa tu bgtau, size breast bukan faktor air susu byk @ pn tak...leganye rasa...hehe...tp cam was was lg sbnrnye waktu tu...iye ke? iye ke? ahaks...

sambung citer, maka DARI SY FORM 4 LG LA, SY DH STAT "EXERCISE" kn nipple sy ni waktu mndi...n it works...tp sgt slowly lah...eventually, bl dh dkt2 nk kawin, umur sy waktu tu 23, nipple sy alhmdulillh, biapn masih lg inverted, tp bl kita tarik dia terus keluar biapn size dia kecik sgt je lg waktu tu...ms mula2 buat exercise tu dl, bl tarik pn dia mcm tak mau keluar jugak... ...tp SY TAK PUTUS ASA, I KNOW I CAN!

dn lps kawin pn sy TERUS JUGAK continue BUAT "EXERCISE" tu waku mandi...suami sy juga sgt banyak membantu...ihi... dn bl sy dh disahkn mengandung, lg la sy tak henti2 buat exercise tu...dl buat time2 rajin je..hehe...n WAT IS DE BIG SURPRISE 4 ME is, bl kandungan sy dh masuk 4 @ 5bulan klu tak silap, MASYAALLAH, nipple sy BETUL2 DH TAK TENGGELAM LG dn sizenye pn dh jd, masyaALLAH!

skrg ni klu nk menyusukn anak dpn org pn malu sbb nnti org akan kata, "besarnye nipple awk! jarang jumpa org nipple besar mcm awk ni..." adoi... tp kalaulah mereka tahu sejarah nipple ku ini satu waktu yg dulu...haha...

sy postkn posting ni sbb nk MINTAK SGT2, PLZ3, klu kalian smua ada anak2 perempuan ke, adik2 perempuan ke, kwn2 perempuan ke, sedara2 perempuan ke, tak kesahla, yg anak dara lg ke, yg br nk kawin ke, yg dh kawin ke, yg tgh pregnant ke, USHA2 LA diaorg, TANYA DIAORG, "mcmna dgn nipple awk? ok tak?" dn sterusnya, bla2...sbb ramai di kalangan kita ni yg MALU dn SEGAN nk bertanya, dn akhirnye dok berasa RENDAH DIRI SORANG2...cam sy dl la, tp nasib baik DIA gerakkan tgn sy ni utk search info2 berguna kat intenet dl...alhmdulillah...

hmm, jdknlah kisah sy ini sbg contoh kpd mrk2 di luar sana, sy tak henti2 BERUSAHA SELAMA 8TAHUN (16-24tahun) utk mndptkn hasil yg seperti skrg ni! dr dulu lg, MY AIM IS TO BE A VERY SWEET WIFE 4 MY HUSBAND (waktu tu bakal la, calon pn tak de, ahaks!) & A VERY LOVING MOTHER 4 MY CHILDREN....

anak sy skrg ni benar2 puas dn senang sgt nk menyusu sbb nipple sy dh terkeluar dgn baik PERMANENTLY dn size nye pn tiba2 jd besar...air susu pn banyak (biarpun breast sy jenis yg kecik, jd betulla teori yg sy bc dl tu...hehe...) ALHAMDULILLAH, NIAT SUCI SY WAKTU DI FORM 4 LG DGN USAHA YG TAK PERNAH KENAL PENAT LELAH DN PUTUS ASA AKHIRNYA SKRG INI DIMAKBULKAN TUHAN DGN PEMBERIAN "HASIL YG SUNGGUH LUMAYAN"...

TIPS: klu dr baby lg @ budak2 perempuan (bl dia tak pakai baju...hehe...), lg senang kita nk trace samada dia punya nipple tu jnis yg normal @ tak dgn tgk bentuk nipple dia tu...klu ada cam biji yg terkeluar tu, haa, normalla tu...tp klu nmpk mcm tenggelam, haa...jgn lupa, nnti bl dia dh besar sket, ajar dia cara2 nk dptkn balik bentuk yg normal cam sy dh terangkn kat atas tu ea...harap ianya membantu...k ibu2 smua2, SELAMAT BANTU MEMBANTU & SAMPAI MENYAMPAI...hehe... 

off topic: dn alhamdulillah, anak sy yg skrg ni umur dia dh masuk 8bulan++, masih lg menyusu ibu semata2 tnpa apa2 makanan tambahan lain lg setakat ni... "


2) Ibukauthar

"saya adalah ibu yg berjaya menyusu dengan keadaan puting yg tenggelam (inverted nipples)

semasa pemeriksaan antenatal pada kandungan pertama, setiap doktor dan nurse yg memeriksa breast sy mendakwa sy tidak akan berjaya menyusukan anak kerana sy memiliki inverted nipples.ada yg mengatakan puting buta

tapi secara peribadi, saya telah set kan pemikiran saya bahawa anak saya akan kenal badan ibunya dan takkan ada masalah untuk adapt dengan breast ibunya
setiap hari saya cakap dgn anak yg dlm perut supaya dia minum susu dari saya tanpa masalah.
alhamdulillah saya berjaya menempuh tempoh2 awal penyusuan dengan jaya walaupun menurut dakwaan doktor saya bakal gagal dalam penyusuan

terdapat satu alat yg mungkin boleh membantu untuk menarik puting susu keluar aitu avent nipplete ..."



P/s: Sekiranya ada ibu-ibu yang ingin mencuba set penyusuan Shaklee, boleh dapatkan dari saya.. in shaa Allah ia dapat melancarkan lagi penyusuan susu ibu... :)


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Wednesday, July 16, 2014

Peti sejuk / freezer untuk EBM

Assalamualaikum...

Salam Nuzul Quran ~

Walaupun Selangor dan Kuala Lumpur merezabkan hari ni public holiday, tapi saya kena kerja.. Oohh... Sedihnya.. Walaupun begitu saya tetap bekerja dengan penuh dedikasi.. Hihi..

Hari ni saya nak sharing tentang Freezer atau peti sejuk untuk simpan stok EBM.. Al-maklum, sekarang dah bulan 7.. Lagi 4 bulan je lagi saya akan menempuh alam penyusuan susu ibu.. Tak sabarnya.. Dan untuk kali ini saya ingin bersedia lebih awal.. Buat preparation awal!

Oleh kerana pump saya dah ada.. Sekarang saya terfikir nak cari Freezer untuk stok EBM.. Sebelum ni duduk dengan mentua, boleh simpan stok EBM dalam peti sejuk mentua coz 2 pintu.. Yang saya punya masa bujang 1 pintu je.. So, sekarang dah duduk sendiri cuma ada peti sejuk 1 pintu je.. Tu yang kena fikir alternative lain untuk simpan EBM.. Hubby suruh tukar peti sejuk 2 pintu.. Tapi hasil menggoogle blog-blog ibu yang lain, ramai yang simpan dalam deep freezer..

Alasan ibu-ibu beli deep freezer untuk simpan stok EBM:

  1. Alhamdulillah!!!... Stok EBM diorang melimpah ruah sampai freezer 2 pintu pun tak muat, 
  2. Tak perlu bercampur dengan stok-stok makanan seperti ikan, daging, ayam dan apa sajalah yang nak di sumbat dalam peti tu..
  3. Tempoh simpan dalam deep freezer lebih lama iaitu 6 bulan, berbanding freezer 2 pintu hanya 3 bulan..


Dan hasil perbincangan dengan hubby, kami plan untuk beli juga freezer lain.. So sebelum beli kita kena buat survey dulu..


Jenis-jenis Freezer atau peti sejuk untuk EBM

Chest freezer - Bukaan dari atas

Upright freezer - Bukaan dari depan dan ada drawer

Faktor-faktor pemilihan Freezer atau peti sejuk untuk EBM

Setelah membaca beberapa blog ibu-ibu yang lain, ada beberapa faktor yang perlu saya ambilkira dalam membeli deep freezer untuk stok EBM ni.. Iaitu Harga, Saiz dan Penggunaan tenaga elektrik..

Harga: Hasil dari beberapa survey secara online, saya rasa Chest freezer lebih murah berbanding Upright freezer.. Cara mudah saya survey dulu harga kat Lazada.. Harga pun boleh tahan.. Nak pergi kedai elektrik tak berkesempatan lagi..

Saiz: Ruang simpan Chest freezer lebih besar.. Jadi boleh lah simpan stok EBM lagi banyak.. Kalau Upright freezer, ia ada drawer untuk memudahkan kita menyusun stok EBM.. Tapi rasanya tak ada masalah untuk kita susun stok dalam Chest freezer.. Boleh je kita guna creativity sendiri.. Hihi..

Penggunaan tenaga elektrik: Yang ni saya tak berapa pasti coz belum guna lagi kan.. Tapi dari pembacaan Chest freezer lebih jimat berbanding upright freezer. Ini kerana kebolehan untuk mengekalkan suhu sejuk bagi chest freezer adalah lebih baik kerana kedudukan penutupnya di bahagian atas, menyukarkan udara sejuk (lebih berat dari udara panas) untuk keluar dari peti jika dibandingkan dengan jenis upright. Ini sekali gus dapat mengelakkan susu EBM daripada cair dan meningkatkan kualiti susu EBM tersebut.


So, hasil dari survey awalan ni korang rasa mana pilihan yang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi?

Hmm... Sementara ada masa lagi ni, saya akan buat survey berhabis-habisan.. Selain mengumpul bajet untuk beli pilihan hati nanti.. Hihi..

Oklah.. Untuk ibu-ibu yang nak dapatkan Set Penyusuan Susu Ibu, korang boleh dapatkan di sini ye..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


Monday, July 14, 2014

Tips Kekal Bertenaga walaupun Menyusu di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Ibu-ibu ada masalah stok susu? Kalau awal-awal dah prepare stok banyak, OK lah.. Kalau tidak, memang rasa nak menangis kalau susu drop bila berpuasa ni...

So, hari ni saya nak share sedikit TIPS untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, lebih-lebih lagi yang takut susu drop... 

Jom praktikkan!


Selamat berpuasa ~



Tips Kekal Bertenaga walaupun Menyusu di bulan Ramadhan



HIDUP SUSU IBU!!!...



Tetapi kalau korang masih was-was keupayaan diri? Tips No.8 tu mungkin saya dapat bantu.. Antara Set 3 Mighty Gems ataupun Set Penyusuan Susu Ibu demi menjayakan penyusuan susu ibu!!!

Jom pm saya.. InsyaAllah saya cuba bantu dan consult demi yang terbaik untuk si kecil.. 



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Thursday, January 23, 2014

5 Makanan Membantu Banyakkan Susu

Seronok kan berkongsi cerita tentang penyusuan susu ibu ni.. walaupun saya baru alaminya sekali, tapi memang sangat-sangat happy.. memang saya takkan lupa lah.. dari hari pertama bersalin dapat beri Dania kolostrum.. lepas tu kena bengkak susu.. ha, part ni memang sakit.. yang paling tak boleh lupa manual breastpump yang mula-mula saya beli.. memang buat saya dan encik suami senaman tangan la.. hehe.. nak tengok rupa breastpump tu boleh tengok kat sini ye.. masih tersimpan lagi..

Lagi cerita pasal breastfeeding ni buat power pumping dan tandem pumping.. Dua teknik pumping ni memang ibu-ibu kena tahu.. sebabnya ni salah satu petua untuk banyakkan susu.. memang berkorban jiwa dan raga lah buat stok untuk Dania.. tak apalah.. janji hati gumbira.. kan kan kan...

Kalau nak cerita lagi memang penuh post ni.. lain kali saya share lagi ye..huh.. banyak nyer kenangan first breastfeeding..

Ops.. saya sebenarnya nak share tips banyakkan susu..

5 Makanan Membantu Banyakkan Susu

➊ Daun Alfalfa
Cara mudah, dapatkan je Alfalfa Shaklee.. jenis kapsul.. mudah di telan taw..




➋ Halba/fenugreek
Halba biasanya digunakan dalam masakan..

➌ Kurma
Kurma membekalkan kalori untuk ibu menyusu. Rendam kurma semalaman dalam air susu, dan blend esoknya bersama air susu. Sedap di minum sejuk-sejuk.. lagi best kalau korang tambah ESP.. hmm hmmm...

➍ Susu
Susu mengandungi kalsium. Kalsium merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.. Jadi jangan tinggalkan susu ye.. kalau tekak tak boleh terima susu. try pekena Ostematrix.. ni pun kandungannya lengkap untuk sumber kalsium ibu menyusu...

➎ Tempe
Tempe mengandungi protein yang tinggi. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.. Dan ni salah satu menu saya semasa berpantang..


Walau bagaimanapun, asas penyusuan seperti kerap perah/ pam susu tetap tak boleh ditinggalkan. Kalau asas penyusuan tak di buat, makan lah banyak mana pun supplement, susu tetap tak akan banyak..
Ingat ya konsep SUPPLY VS DEMAND.. ini tak boleh tinggal...

Ok lah...

Kalau korang ada tips-tips lain, boleh la tinggalkan comment.. kita share dengan ibu-ibu lain..

Lagi satu, kalau korang ada masalah dalam penyusuan susu ibu pun boleh share kat ruang comment.. Saya cuba kongsikan pengalaman yang saya pernah lalui dulu.. atau pun ada ibu-ibu lain yang boleh bantu ke.. boleh solve problem... kan mudah tu..

Macammana pun saya support BREASTFEEDING!!!

Kalau korang nak mencuba Set Penyusuan Shaklee, boleh dapatkan dari saya.. Caranya mudah.. Just click pada icon kat bawah ni ye.. atau boleh pm/sms/whatsapps terus kepada saya..





*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Tuesday, December 3, 2013

Tingkatkan pengeluaran susu ibu

Hari ni nak cerita pasal susu ibu.. 

Korang sedar atau tak, bekalan susu ibu selalunya akan berbeza-beza sepanjang hari, minggu dan bulan dan sebagainya..  Kuantiti susu ibu ini biasanya akan berubah bergantung kepada keperluan bayi.

Tapi jika korang merasakan bekalan susu tidak mencukupi, cuba check betul ke tak cukup? Atau mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu.. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo bagaimana nak handle EBM.

Namun, jika jawapannyaTIDAK.. Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan kita rasa kuantiti susu kita tidak cukup.

Breast pump
Adakah pump berada dalam keadaan baik?.. Injap dan motor berfungsi dengan baik?..  Daya hisapannya bagaimana?.. Kalau kita dah 15 – 30 minit pump tapi masih lagi tak menghasilkan pengeluaran susu, kemungkinan pump tu mengalami kerosakan..
Cara nak menangganinya, korang boleh hantar repair atau membeli pump lain ( kalau ada bajet lebih la ye).. ataupun pump saja secara manual iaitu pump menggunakan tangan.. Itulah pentingnya kita tahu kaedah pump yang lain..

Rutin pump
Sibuk sangat sehinggakan rutin dah ke laut.. Yelah, asyik terkejar-kejar dengan waktu kerja kita..
Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian.. Kena cuba juga curi masa untuk mengepam walaupun 5 minit.. Ia adalah untuk menggalakkan penghasilan susu yang berterusan.. Jika kita kerap membiarkan dan tak mengepam, penghasilan susu akan berkurang, kerana ia menganggap demand kurang.. dan hasilnya susu memang akan semakin berkurang..

Bayi sudah mula makan solid food
Jika YA, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau.. Apabila bayi sudah mula mengambil solid food, susu ibu bukan lagi makanan utama bayi..

Pengambilan pil perancang
Ada sesetengah pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu..

Period
Perubahan hormon akan mempengaruhi kuantiti susu ibu. Teruskan mengepam seperti biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal.. Pastikan bekalan mencukupi sebelum korang period.

Mengandung
Ya mengandung juga akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

Berdiet
Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu..

Air
Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, pastikan kita minum banyak air kosong.

Cukup rehat? Stress?
Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

Tak sihat
Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.


Macam mana nak meningkatkan pengeluaran susu kembali?
  1. Menyusu secara direct dengan lebih kerap sekiranya bersama bayi.
  2. Susun jadual mengepam dan pastikan korang mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika korang terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
  3. Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada waktu malam, hujung minggu atau sekerap yang boleh.
  4. Pastikan korang mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan korang lakukan.
  5. Buat urutan payudara dan breast compression. 
  6. Cuba ambil makanan tinggi protein seperti ESP dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan korang makan mengikut keperluan.
  7. Jaga kesihatan korang dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen.
  8. Lakukan hobi yang korang gemari supaya korang kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin



Thursday, August 22, 2013

Khasiat Susu Ibu (Surah Al-Baqarah Ayat 233)

Sesuatu yang istimewa berkenaan Susu Ibu saya nak kongsikan hari ni...
.
.
.
.
.
.
.
Khasiat Susu Ibu (Surah Al-Baqarah Ayat 233)

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama kelahiran lagi.Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu buat formula. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi sejak ia dilahirkan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal dan juga mental anak-anak. Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Begitu agung ciptaan Allah ,sebaik saja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula.


Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)




 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Wednesday, July 24, 2013

Tips menyusu di khalayak ramai

Dah shopping raya??belum lagi?? Jom shopping kat ‪#‎shelovestyle‬ je..hehe..iklan dulu...

Ok..kali ni saya nak bagi tips-tips penyusuan susu ibu di khalayak ramai... yela, sekarang ni mesti semua sibuk nak shopping kan..tiba-tiba baby menangis pula nak susu, dah kita gelabah..takkan tak nak susukan baby..kasihan baby lapar nanti...



mengguna nursing cover

Tips-tips penyusuan di khalayak ramai

1. Buat persediaan awal!!! - biasanya kita mesti dah tahu destinasi kita nak pergi.. Jadi kita boleh target dulu tempat-tempat yang sesuai untuk menyusu.. kalau saya, saya akan susukan baby dalam kereta sebelum turun atau bershopping..

2. Pakai pakaian yang sesuai - pilih baju yang memudahkan kita untuk menyusukan macam nursing bra, nursing blouse, kemeja berbutang atau bawa seledang untuk cover/menutup semasa baby menyusu...

3. Peralatan lain - kita kena juga bawa tuala kecil untuk mengelap mulut baby (kalau dia muntah ke) dan selendang/ kain untuk 
cover/menutup semasa baby menyusu...

4. Cari sudut yang sesuai - sekarang dah mudah..banyak shopping complex yang ada sediakan bilik menyusu..tapi kalau tak disediakan, jangan risau.. Jom tiru macam saya.. saya akan masuk fitting room.. hehe ..mmg tertutup punya...

5. Berlatih! Berlatih! Berlatih! - practice make perfect kan so, kenalah practice selalu..biar kita tak rasa kekok atau janggal..cuba practice depan cermin cara menyusu paling sopan dan tak sexy.. lama-lama nanti ok..

6. Tahu hak kita - ini yang penting..kita jangan peduli orang sekeling..dah anak kita lapar..mesti kita pentingkan anak kita..



Betul-betul mencabarkan untuk berikan khasiat terbaik pada anak kita setiap masa.. Walau macam mana pun kita tak boleh patah semangat dan bertukar arah.. Apa yang penting, kita kena practise kan tips-tips di atas ni.. barulah kita dapat menyusukan dengan penuh kesopanan.... Berbanggalah kerana kita seorang ibu yang menyusukan bayi dan kita boleh melakukannya!


HIDUP SUSU IBU!!!...




Awak nak menyusukan baby tapi was-was keupayaan diri?Perlukan set penyusuan untuk menjayakan penyusuan susu ibu? Jom pm saya.. saya bantu dan consult demi yang terbaik untuk si kecil.. 



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Thursday, July 11, 2013

Adakah Berpuasa Menyebabkan Kekurangan Susu?

Alhamdulillah.. selesai saya menjalani pengalaman puasa sambil menyusukan Dania.. huh.. memang mencabar.. bukan risau sebab tak larat atau lapar, tapi risau kalau susu merundum untuk Dania.. Ya Allah, moga ada rezeki susu untuk Dania sampai dia 2 tahun..


PERKAITAN PENYUSUAN DAN PUASA

Menurut kajian, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yang dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil. Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.


KAJIAN TENTANG PUASA DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan.

Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”
“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.

“Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”

Sumber

Hmmm... kesimpulannya, sekarang saya kena tukar mind set saya.. bahawa susu saya takkan merundum walaupun saya berpuasa..Ya, katakan TIDAK pada susu merundum.. NO!!! NO!!! NO!!!... Saya tak nak disebabkan kerisauan saya, Dania pula yang sengsara.. Jadi esok semua ibu-ibu say, "Walaupun saya PUASA, susu saya tetap ADA!!!..."



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

Tuesday, July 9, 2013

Besarnya ganjaran buat wanita

Dah semakin dekat kedatangan Ramadhan.. dan esok saya akan dapat rasa satu lagi pengalaman baru iaitu berpuasa dan menyusukan Dania.. wow.. untuk pertama kalinya.. sebab tahun lepas saya puasa dalam keadaan sarat.. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh tahun lepas.. dan tahun ini saya harap dapat penuh juga walaupun dah tahu mesti tak dapat punya..

Oleh sebab tahun ini saya berpuasa sebagai seorang ibu, jadi saya nak kongsikan satu artikel tentang IBU.. ia berkenaan pahala-pahala bagi kaum ibu yang menguruskan anak.. seperti sedia maklum bahawa kaum ibu ini adalah seorang wanita yang sangat tabah dan sangat bersabar dengan segala kerenah anak-anaknya.. Kita semua tahu bahawa ibu ini adalah seorang manusia yang melahirkan kita dan telah banyak berkorban untuk kita semasa kita masih kecil dengan menjaga dan menyusukan kita.. kaum bapa juga banyak membantu kita dari aspek yang lain pula..tetapi pada kali ini saya ingin memfokuskan kepada kaum ibu dulu..

Mari kita perhatikan dan memikirkan apa yang Allah telah sediakan ganjaran pahala kepada kaum ibu seperti kita...

  1. 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada solat 80 rakaat wanita yang tidak hamil
  2. wanita yang hamil ini juga mereka mendapat ganjaran pahala puasa di siang hari dan juga pahala ibadat di malam hari.
  3. Wanita yang bersalin akan dianugerahkan pahala 70 tahun solat dan puasa
  4. setiap kesakitan pada urat ibu yang ketika sedang bersalin,Allah akan menanugerahkan ganjaran satu pahala haji.
  5. sekiranya ibu itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira mati syahid dengan syarat taqwa
  6. Ibu yang memberi susu dari badannya kepada anaknya ketahuilah bahawa setiap titik susu yang diminum itu akan diberikan ganjaran satu pahala..
  7. Ibu yang memberi minum susu badan kepada anaknya yang menangis akan diberikan ganjaran pahala 1 tahun puasa dan solat..
  8. Sekiranya ibu itu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun,malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa ibu tersebut akan wajib mendapat nikmat syurga ..
  9. seorang ibu yang menghabiskan tidur malam dalam keadaan tidak selesa kerana menyusukan anaknya yang sedang sakit akan dianugerahkan pahala seperti melepaskan 20 orang hamba
  10. Ibu yang tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya.
  11. dan apabila ibu tersebut menghiburkan anaknya akan diberikan ganjaran pahala 12 tahun jumaat..



Betapa besarnya ganjaran pahala untuk wanita seperti kita kan.. lebih-lebih lagi kalau kita menyusukan anak kita.. untuk ibu dan bakal ibu yang masih belum berpeluang menyusukan anak-anak, jangan putus asa.. berusaha dan terus berusaha.. in shaa Allah ada rezeki untuk ibu dan bakal ibu semua..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua