Showing posts with label Tumit pecah. Show all posts
Showing posts with label Tumit pecah. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Tumit pecah?

Korang pernah tak mengalami masalah tumit merekah atau pecah? Sakit kan.. Saya pun pernah mengalami.. Memang perit dan malu sangat masa tu.. Yelah, baru je umur 13 tahun, tapi kaki dah rupa macam orang tua.. Pecah-pecah, merekah.. dan lebih teruk lagi kalau terlanggar sesuatu, confirm makin teruk.. Sakitnya tak usah cakap..

Hasil dari pemerhatian saya, saya ni mengalami alahan.. Alahan sabun dan lantai berhabuk.. Hehe.. Sensitive betul kulit i ni.. Sebab masa umur 13 tahun, saya mula bersekolah berasrama, dan memerlukan saya membasuh baju sendiri dan tinggal dalam dorm yang hanya berlantaikan simen.. :( .. Memang diperingkat awal saya tak tahu alahan saya ni.. Selepas 2-3bulan baru nampak kesannya.. Kaki saya mula mengelupas dan bernanah.. lepas tu, bermulalah kehidupan saya dengan tapak kaki yang tak cantik.. oh.. sedihnya :(

Ada beberapa juga punca lain, antaranya:
  • Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi 
  • Berat badan yang berlebihan 
  • Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap 
  • Alahan pada jenis sabun (saya alah ni)
  • Alahan pada simen lantai (saya alah ni)
  • Mengabaikan penjagaan kaki 

Macam-macam petua saya amalkan, macam-macam krim saya beli.. dann akhirnya tapak kaki saya pulih.. Alhamdulillah.. saya pun tak sedar bila waktu sebenar tapak kaki saya pulih.. yang saya perasan waktu saya di matrik, lebih kurang umur 18 tahun.. Mak saya pun pelik tapak kaki saya dah cantik.. 

Antara petua yang saya dapat dari internet:

1. Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki korang kembali pulih. 

2. Sapukan krim setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih krim yang bertindak untuk membaiki kulit (sekarang dah guna cream magic Shaklee!)


3. Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga korang nampak hasilnya. (Saya pernah amalkan petua ni, gatal jugak getah betik ni.. saya guna betik muda)

4. Selain betik,korang boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk mengamalkan petua ini adalah selepas korang pulang dari kerja. 

5. Rendamkan kaki korang dengan air suam, kemudian ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu. 

6. Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jikakorang seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalam rumah. Pastikan selipar korang itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.. (Sekarang saya memang terpaksa pakai selipar dalam rumah, sebab nak jaga tapak kaki saya yang cantik)

7. Ketika mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali korang mandi dan lihat hasilnya. 


Korang yang nak dapatkan Magic cream Shaklee macam petua no2 tu, boleh roger saya ye.. oleh kerana ianya MAGIC, memang selalu je out of stock.. harganya pun tak mahal tau.. hanya RM 29.00 je.. Nak murah lagi, PM ler saya ;)



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua