Showing posts with label Kesuburan lelaki. Show all posts
Showing posts with label Kesuburan lelaki. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

#Tips - Panduan kesihatan untuk lelaki

Mengikut penyelidikan atau secara umumnya, lelaki sememangnya kurang berminat untuk ke klinik membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan berbanding golongan wanita.

Terdapat statistik yang menunjukkan bahawa golongan wanita akan hidup 10 tahun lebih lama daripada lelaki kerana mereka peka dengan tahap kesihatan mereka.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan golongan lelaki di luar sana beberapa jenis ujian kesihatan yang boleh membantu anda. 

Lakukan ujian tekanan darah
Berapa tinggi tekanan darah anda hari ini? Bacaan seperti 140/90 atau lebih sudah dikira tinggi. Tekanan di tempat kerja atau keadaan sekeliling boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa disedari. Apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, anda telah terdedah dengan serangan jantung, mata rabun, strok, kerosakan otak, kegagalan fungsi jantung dan kerosakan salur darah. 

Lakukan ujian kolesterol
Kolesterol baik dianggap HDL yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan sihat dan senaman setiap hari boleh membantu anda mengepam HDL dan menurunkan LDL. Bagaimana untuk mengetahui tahap kolesterol anda? Sila lakukan ujian kolesterol sekarang. 

Lakukan ujian BMI dan ukuran pinggang
Mengekalkan berat badan yang sihat merupakan penyelamat utama hidup anda. Jika anda berjaya mengekalkan berat badan, anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. Lakukan pengiraan BMI (body mass index) dan ukuran pinggang. Menerusi BMI, anda boleh tahu sama ada anda kurang berat, normal, terlebih berat atau obesiti. 

Lakukan ujian mengesan barah kolorektum
Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi ia jumlah yang semakin meningkat saban tahun. Jika anda lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun, sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor untuk mengesan penyakit barah ini. Sekiranya anda mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser atau ketumbuhan di dalam kolon, jangan segan mengaku depan doktor anda. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu golongan lelaki di luar sana mula menitikberatkan tentang kesihatan tubuh badan anda.

Monday, December 30, 2013

Punca masalah kesuburan lelaki

Bila menyentuh bab belum memiliki anak, selalunya orang akan menunding jari pada golongan wanita. Wanitalah yang akan pergi jalani pemeriksaan kesuburan, makan vitamin untuk subur, dan macam-macam lagi petua yang wanita akan buat untuk meningkatkan kesuburan kerana ingin beri zuriat pada suami..

Silap tu.. Sebenarnya dalam masalah kesuburan, ia akan memerlukan kerjasama antara suami isteri iaitu suami juga perlu sama-sama menjalani pemeriksaan kesuburan, makan vitamin untuk subur dan cuba pelbagai petua juga untuk tingkatkan kesuburan.. Kesuburan suami juga penting untuk menghasilkan zuriat..

"Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki. 
Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.. - Harian Metro"

Kesuburan Lelaki

Kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu hormon, sperma dan alat sulit. Sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi lelaki juga mesti mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma..


Punca Masalah Sperma kurang
  • Lewat usia , Umur melebihi 35 atau lebih tua 
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah. 
  • Terdapat unsur genetik yang tidak normal. 
  • Berat badan yang berlebihan atau kekurangan berat badan. 
  • Mempunyai jangkitan kuman menyebabkan salur testis tersumbat. 
  • Terdedah kepada bahan toksin dan radiasi yang berlebihan. 
  • Ketidakseimbangan hormon. 
  • Memakai seluar yang terlalu ketat 
  • Mempunyai vasektomi sebelum itu. 
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah ketidaksuburan. 
  • Mempunyai penyakit termasuk pertumbuhan tumor dan penyakit kronik. 
  • Sedang menjalani rawatan perubatan seperti pembedahan atau radiasi untuk kanser. 
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu. 
  • Berbasikal bagi tempoh yang lama, terutama di kerusi yang keras

Tips untuk menghasilkan sperma sihat 

  • Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)
  • Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan
  • Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma
  • Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma
  • Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari
  • Pakai seluar dalam longgar

Pemakanan sihat untuk kesuburan lelaki


Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan

Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah 

CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur.

Set lengkap untuk lelaki


Jom hadiahkan pada suami tercinta.. kalau yang dalam perancangan nak kahwin, boleh juga jadikan set hantaran.. special dan sihat.. mana tahu rezeki bunting pelamin..hehe... Meh ler PM saya ;)



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua