Friday, March 29, 2013

Apa itu PCOS?

PCOS ataupun Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic Syndrome merupakan sejenis sindrom hormon yang    sering mengganggu wanita. Ia menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dan kesukaran untuk hamil. Punca utama PCOS adalah disebabkan kegagalan ovulasi. Kajian antarabangsa menunjukkan dianggarkan 20% wanita yang berusia 20 tahun ke atas mengalami masalah ini dan lebih 40% wanita mempunyai masalah kesuburan disebabkan oleh PCOS.

Simtom-simtom PCOS:

1- Masalah pengovulan -  tempoh kitaran haid yang lama (tidak tetap, cyh: 2-3 bulan sekali), tempoh haid yang lama (cth: 3 minggu - 2 bulan) dan haid yang sedikit.

2- Kadar hormon lelaki (androgen) yang tinggi - hirsutisme (tumbuh bulu di kawasan misai dan janggut), jerawat, kulit lebih gelap di kawasan lipatan (leher, celah ketiak dan celah peha) dan botak di bahagian depan kepala.


3- Terdapat cyst-cyst kecil di pinggir dinding ovari membentuk satu ;rantaian kalung mutiara.


Komplikasi PCOS:

1- Jangkamasa pendek:
  • kitaran haid tidak normal atau berhenti
  • masalah hirsutism
  • masalah kesuburan
2- Jangkamasa panjang:
  • Metabolisme yang rendah menyebabkan obesiti
  • Masalah metabolik dan rintangan insulin kolestrol tinggi dan sakit jantung
  • Diabetis
  • 'Hyperplasia' dinding rahim dan boleh menyebabkan kanser rahim.


Punca PCOS:

Setakat ini belum ada kajian yang jelas tentang punca sindrom PCOS ini.
Antara faktor penyebab PCOS:
  • Genetik
  • Rintangan insulin / Insulin resistance dengan hyperinsulinaemia.
  • Hyperandrogenism
  • Obesiti - diantara 35 - 60% wanita PCOS mempunyai BMI > 30kg/m2..Obesiti PCOS biasanya terjadi di bahagian perut (obesity central) dan ia memburukkan lagi rintangan insulin.

Rawatan untuk pesakit PCOS:

Ia bergantung kepada wanita itu sendiri iaitu ingin hamil atau tidak.

1- Mengubah cara hidup
  • Kurangkan berat badan dengan pengambilan makan yang berkhasiat dan senaman, Cara ini memerlukan sokongan orang sekeliling terutamanya suami dan kawan-kawan.

2- Memulihkan masalah haid
  • turunkan berat badan
  • pengambilan ubat-ubatan seperti GLA Shaklee
  • Metformin - ubat kencing manis yang digunakan untuk mengawal hormon

3- Kawal simptom-simptom hyperandrogenism
  • kosmetik sperti bercukur atau mencabut
  • ubat Anti androgen - pengambilan selama 6 - 9 bulan, tidak digalakkan mengandung ketika pengambilan ubat ini.
  • Pil perancang keluarga

Pesakit yang mengalami masalah ketidaksuburan ini biasanya akan berasa tertekan dan kurang bergaul dengan masyarakat dan boleh mengakibatkan masalah lain seperti tekanan perasaann. Jadi, sokongan keluarga dan masyarakat amat penting bagi pesakit PCOS..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua