Merokok merupakan faktor terbesar yang menyebabkan kematian akibat serangan sakit jantung dan masalah salur darah. Ia juga memberi kesan yang tak sihat kepada diri perokok dan juga orang di sekelilingnya. Begitu juga ibu hamil, ia boleh membahayakan diri si-ibu dan bayi yang dikandungnya.
Untuk berhenti dari tabiat merokok ini bukanlah mudah kerana perokok telah ketagih dengan kandungan nikotin dalam rokok. Bagaimana pun, ada beberapa vitamin yang bersesuaian untuk perokok berhenti merokok, walaupun ia bukan jaminan 100% mereka akan berhenti merokok. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah..
Untuk permulaan perokok perlu mendetox dulu dengan DTX Complex kerana hati perokok tegar ni jika di scan ianya berwarna lebih gelap berbanding dengan yg tidak merokok.
Pada masa yang sama perokok juga perlu mengambil Vitamin C kerana perokok ini telah banyak kehilangan Vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin pula mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak berupaya menyimpan Vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil Vitamin C dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.
Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :
Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)
Oleh kerana Vitamin C Spray ni harga pun agak mahal & sukar didapati, so saya cadangkan perokok mengambil mik la Sustained Released Shaklee Vitamin C. Seeloknya hancurkan dalam air & minum setiap kali selepas merokok. Bila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit maka akan kurang la kebergantungan badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya insyaAllah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.
Antara supplemen lain yang boleh dicadangkan :
1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
