Thursday, March 21, 2013

Kebaikan susu ibu untuk bayi

Penyusuan susu ibu sekarang sangat diberi perhatian, samada pihak kerajaan, NGO dan juga kesedaran ibubapa itu sendiri. Ramai ibu-ibu yang telah sedar sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Penyusuan di tempat awam juga tidak ada masalah sekarang. Ada bermacam-macam inisiatif yang menyokong penyusuan susu ibu ni seperti penyediaan bilik menyusu di shopping kompleks, jualan produk-produk penyusuan macam baju menyusu, nursing bra, pump dan macam-macam lagi la..
Susu ibu sangat terbaik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi. Berbanding susu formula yang diperbuat daripada susu lembu, komposisi zatnya sama sekali tidak sama walaupun ada pihak yang mendakwa ia lebih kurang sama dengan susu ibu.


“Semua haiwan menyusukan anak mereka dengan susu sendiri. Bayi manusia juga sepatutnya disusukan dengan susu ibu sendiri kerana apa yang bayi perlukan terkandung dalam susu ibu. Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak,” kata Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (II) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Noor Haliza Yusoff.




Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu antaranya:
1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi).

2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesar.
9. Penghazaman yang mudah.


--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua