Friday, February 13, 2015

Masalah rambut gugur selepas bersalin

Assalamualaikum...

Rambut Gugur Selepas Bersalin? Apa Puncanya???

Ish..banyaknya rumbut gugur..sana sini rambut je.. rimas taw..

Mesti ramai ibu-ibu yang mengeluh, kenapa rambut banyak gugur selepas bersalin. Kebanyakkannya risau akan jadi botak kalau asyik gugur je... Orang tua-tua kata, bila bayi dah start menyembur, mulalah rambut si ibu gugur.. Betul ke? Jom kita tengok senarionya..


Keadaan Normal:

Pada keadaan normal, 85%-95% rambut akan tumbuh dengan baik, manakala 5%-15% akan berada dalam keadaan rehat. Selepas keadaan rehat, rambut ini akan gugur semasa kita sikat, mandi atau syampu rambut. Rambut kita akan digantikan dengan pertumbuhan rambut baru. Purata rambut gugur sehari ialah 100 helai (banyaknya!!!)

Semasa Mengandung:

Peningkatan hormon estrogen akan memanjangkan fasa pertumbuhan rambut. Hanya sedikit rambut berada dalam keadaan rehat dan sangat sedikit yang gugur. Justeru, masa kehamilan anda akan perasan yang rambut anda lebih lebat dan cantik dari sebelumnya.

Selepas Bersalin:

Hormon estrogen akan berkurang dan menyebabkan banyak folikel rambut memasuki fasa rehat selepas bersalin. Justeru lebih banyak rambut yang gugur dan purata rambut gugur sehari ialah 500 helai!!! (huh..lagi banyak!!!)

Jadi, ibu-ibu semua  tak perlu terlalu risau dengan keguguran rambut yang sedang berlaku lepas bersalin ni.. Itu adalah perkara normal walaupun hakikatnya sangat merimaskan..

Ada beberapa tips untuk kurangkan masalah keguguran rambut ni:
  • Pengambilan nutrisi penting untuk rambut seperti ESP, Zinc dan Multivitamin Shaklee (Set Pantang)
  • Bertukarlah kepada syampu yang kurang kandungan bahan kimianya dan lebih organik, iaitu Revitalizing Syampoo
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang
  • Banyakkan berehat dan kurangkan stress
  • Minum air masak sekurang-kurangnya 3L


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua