Wednesday, March 20, 2013

Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan


Bertuahnya kita di Malaysia.. Kerajaan sangat menyokong penyususan susu ibu.. Sehingga menyediakan Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan



Apa yang terkandung dalam Polisi ni ya?
“Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan."



Malah, bukan polisi saja, garis panduan untuk hospital-hospital juga ada untuk menguatkan lagi usaha Penyusuan Susu Ibu.

10 Garis Panduan untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan “Rooming-In”, di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walaubagaimana pun, ini hanya inisiatif pihak kerajaan.. Yang penting adalah usaha ibu itu sendiri.. Jadi sama-samalah kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak kita..


Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(surah Al Baqarah ayat 233)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua