Wednesday, April 17, 2013

Jangan minum air banyak-banyak

Pernah tak korang dengar petua ni, "Jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda" dan lagi satu" kita perlu meminum 8 gelas sehari"..

Bagi saya yang pertama memang tak betul..yelah, takkan kita minum seteguk dua je..memang tercekik la bila makan.. yang kedua pula rasanyatak mencukupi..yelah, kalau kita dah minum 8 gelas pada waktu pagi, jadinya tengah hari,petang dan malam  tak perlulah minum air lagi..betul tak..lepas tu seharian rasa haus je..

credit photo: www.flexmedia.co.id


Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Jadi berapa banyak kita perlu minum air?

Berapa banyak air perlu kita minum bergantung pada aktiviti yang kita buat dan juga cuaca..Lebih banyak kita kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum...mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga..

Tetapi jangan pula meminum air terlalu banyak. Kenapa ya? Memanglah tak boleh minum air terlalu banyak dan kemudiannya korang menahan untuk buang air kecil..ini boleh menyebabkan keracunan air..Peringatan: Lebih banyak kita meminum air, lebih banyak elektrolit yang perlu kita ganti. Di mana kita boleh mendapatkan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus..

Haa..mesti korang dah terfikir nak beli 100 plus banyak-banyak untuk buat stok elektrolit..tak perlu pun..ni ada petua mudah dan jimat..masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman korang..Nah,sekarang korang dah mendapat bekalan elektrolit yang cukup..jimat dan mudah kan...



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua