Sunday, April 21, 2013

Cara Mudah untuk Mengikuti Tumbesaran Bayi

Pernah tak ibu-ibu alami situasi macam ni?.."Cukup ke susu si polan tu susukan anak dia? Tengok anak dia macam kecil je.. Tak nak campur susu formula ke? Kesian baby tu tak cukup susu"...Mesti pernahkan. Biasalah, bila kita susukan anak kita, kita tak dapat nak sukat macam kita beri susu formula.Mulalah kita terfikir nak campur susu formula..Jangan terpedaya ye ibu-ibu..Susu ibu dah cukup lengkap untuk tumbesaran dan perkembangan si kecil sehingga berusia 6 bulan..

Ada beberapa cara mudah untuk ibu-ibu mengikuti tumbesaran si kecil..Jom kita lihat..

Corak penyusuan

• Bayi sepatutnya berasa puas/kenyang selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu..Bayi kerap menyusu kerana dia sedang membesar, memang memerlukan susu yang banyak.

Lampin basah
• Dalam sehari biasanya 6 hingga 8 lampin bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berwarna kuning pucat.
• Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari, sekali selepas menyusu pada beberapa minggu pertama. Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berwarna kekuningan.

Corak tidur
• Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cerdas sewaktu berjaga.

Tumbesaran
• Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri. Sebagai panduan, berat badan bayi akan meningkat
sekali ganda daripada berat lahir apabila berusia 5 bulan. Menjelang 12 bulan, berat badannya harus
meningkat tiga kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 11/2 kali ganda daripada panjang lahir. Ibu-ibu yang melahirkan bayinya di hospital kerajaan (dan sesetengah hospital swasta) akan diberikan Carta
Tumbesaran. Doktor akan menggunakan carta ini untuk memplotkan tumbesaran bayi. Akan tetapi, jika anda tidak mempunyai carta ini, minta doktor untuk menimbang berat badan dan mengukur kepanjangan bayi pada setiap kunjungan. Simpan rekod ini dan semak ukurannya berpandukan carta di bawah. Jika anda mendapati bayi anda tidak membesar dengan baik atau jika berat badannya menyusut, berbincanglah dengan doktor.

Diari penyusuan bayi
• Meskipun bayi tidak memerlukan jadual penyusuan, Diari Penyusuan Bayi mungkin dapat membantu jika anda mementingkan bagaimana bayi menyusu. Catatkan masa setiap kali bayi menyusu, berapa lama dia menyusu pada setiap payudara dan tandakan pada ruang ketiga setiap kali anda menukar lampinnya yang basah atau kotor. Mulakan dengan jadual yang baru pada setiap hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua