Monday, April 1, 2013

Kenali warna urin anda?

Bagi yg ada mengambil Shaklee B Complex..pasti akan notis urin anda kaler kuning terang kan kan. kalau kuning gelap pun jangan risau.. hanya  pastikan pengambilan air kosong mencukup 2-3liter sehari.. Kenapa makan  Bcomplex urin anda jadi kuning? kerana Bcomplex adalah dalam kumpulan vitamin larut air..... salah satu unsur dalam vitamin B Complex tu adalah riboflavin... lebihan yang tidak dapat diserap akan disingkirkan melalui air kencing .. tu yang kaler urin jadi kuning cerah.

credit photo: http://medicastore.com

Jom kenali warna2 urin anda..(Sumber: wikipedia)

Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat

Kuning/Kuning b cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.

Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

Memakan ubi mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.

Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration).

By : Cery Mamafaiz


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua