Monday, April 22, 2013

Kesan stress terhadap kesihatan

Stress!!! boleh dikatakan hampir setiap hari mesti akan ada orang yang stress..betol tak..macam mana saya tahu?.. yelah, masing-masing post kat wall facebook... "arghh....stresss!!!!..."...macam ni lah gaya mereka-mereka yang stress.. (hehe...mestilah tahu, sbb pernah buat suatu ketika dulu)

Korang tahu tak, stress ni boleh beri kesan pada sistem tubuh badan kita tau.. Dengan stress, ia boleh merosakkan beberapa sistem dalam badan.. Malah ia boleh melemahkan badan kita sehingga ke satu tahap kita akan rasa putus asa..Jadi, seeloknya baik kita cuba sedaya upaya kita untuk mengawal stress.. Seseorang yang mengalami stress akan kehilangan tenaga yang diperlukan untuk kehidupan seharian.. ia akan menyebabkan kemurungan  dan seterusnya memberi kesan negatif pada mereka.. Selain itu, ia juga akan memudahkan lagi kita mendapat penyakit merbahaya seperti kanser dan masalah jantung..

Seperti yang kita sedia maklum, penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom penyakit jantung ada kaitan dengan stress..biasanya ia akan menyebabkan tekanan darah naik secara mendadak dan jantung berdebar berterusan.. Jadi sebelum stress menjadikan keadaan lebih teruk lagi, lebih baik kita mengatasi masalah stress ni..


Cara Mudah untuk Mengatasi Stress

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stress:

1. Pemakanan yang Betul
Jangan lupa mengambil makanan.. Walaupun kita sibuk macam mana sekalipun, jadual pemakanan kita tak boleh tinggal.. Sekiranya terlupa, kita akan jadi lemah untuk membuat kerja dan jadi kurang bersemangat dan ini boleh menyebabkan stress..Amalkan diet seimbang dan pastikan kita makanan yang kita ambil mengandungi protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri
Pembahagian masa dan tugas sangat penting.. kita tak boleh terlalu memaksa diri kita untuk melakukan sesuatu kerja yang kadang kala ia di luar kemampuan kita.. cuba minta bantuan dari orang sekeliling bagi meringankan beban..

3. Berehat
Walau sesibuk mana pun, kita wajib berehat.. mungkin kita rasa berehat itu membuang masa, tapi sebenarnya dengan berehat walaupun seketika, ia dapat memberikan tenaga jangka masa yang lama..ambil masa 5 minit, pejam mata dan tarik nafas...kita akan lebih lega dan semangat untuk meneruskan kerja.. cubalah..

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan
Pastikan kita meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan..sememangnya ia dapat menolong kita membina pandangan positif  dan menghilangkan segala kerunsingan..


Kawal stress dengan B Complex

B-Complex mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuk 100% biotin dan asid folik. Secara umumnya, B-Complex dapat membantu penghadaman dan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga bagi mengelakkan masalah keletihan dan kelesuan. Ia juga membantu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf yang boleh meredakan sakit kepala, stress, kemurungan dan insomnia..Pengambilan B-Complex boleh mengelakkan stress, dan juga meransang metabolisma untuk menukarkan lebih banyak makanan kepada tenaga = menjaga berat badan. Bagus kan B-Complex!

Ciri-ciri dan fungsi setiap komponen B Complex hasil dr sumber :Ladyungu
Asid Folik – Untuk kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan baik untuk kesihatan kulit.
B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan memori, meningkatkan kecerdasan mental dan meransang peredaran darah.
B2 – Untuk kesihatan mata, katarak, mengelakkan jangkitan lidah dan mulut, mengurangkan risiko anemia dan menukarkan makanan kepada tenaga.
B3 – Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, meransang peredaran darah, merawat pening, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus.
B5 – Meredakan tekanan dan stress, bertindak sebagai penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan luka.
B6 – Baik untuk kesihatan otot, mengatasi masalah kekejangan dan kebas, bertindak sebagai penenang dan mengurangkan senggugut.
B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, meningkatkan selera makan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, meningkatkan keupayaan memori dan seksual, mengelakkan anemia dan keletihan.
Biotin – Membantu B-Complex berfungsi dengan lebih efektif, mencegah rabun, rambut gugur dan beruban, mencegah diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.



Jadi, jangan tunggu lagi.. Cepat dapatkan B Complex.. Kalau tak, memang korang akan stress, stress dan stress lagi...


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua