Dalam usaha kita nak menjayakan penyusuan susu ibu ini, sememangnya cara kita menyusu juga penting.. Sekiranya kita menyusu dalam posisi yang salah boleh mengakibatkan ibu rasa sakit dan baby tak puas, dan akhirnya ibu akan rasa patah semangat untuk memberikan susu ibu.. Oh tidak, ini tak boleh berlaku ya.. Biasanya posisi dan cara meletakkan baby ke payudara datang secara semulajadi tetapi ada juga ibu dan baby yang perlukan masa dan latihan..
Pilih posisi yang selesa.
Posisi menyusu yang betul akan membuatkan ibu dan baby rasa selesa.. Badan baby haruslah rapat ke ibu dan muka baby bertentangan dengan payudara.. Belakang badan ibu juga perlulah tegak, jangan membongkok.. Boleh gunakan bantal untuk bersandar kalau perlu.

Posisi dakapan
Posisi yang klasik dan menjadi favorite kebanyakkan ibu.. Ia membolehkan perut ibu dan baby bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu.
- Kepala baby berehat dalam dakapan ibu.
- Sokong belakang badan dan punggung baby.
- Lengan baby perlu berada di bahagian sisinya.
Posisi 'Football Hold'
Posisi ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan / ceasarean, memiliki payudara yang besar, menyusukan baby pra-matang atau baby yang sangat kecil atau menyusukan anak kembar pada waktu serentak..Posisi ini saya pernah guna semasa puting saya luka.. Kurang sikit rasa pedih luka..- Sokong kepala baby dengan tangan.
- Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan ibu.
Posisi baringPosisi ini adalah posisi pertama saya.. pertama kali menyusukan Dhaniyah selepas bersalin.. posisi ini selalunya ibu pilih jika terlalu penat atau pada waktu malam (time tidur)..
- Sokong kepala ibu dengan lengan atau bantal untuk meninggikan kedudukan kepala, kalau tidak ibu akan rasa tak selesa.
- Sokong baby dengan lengan atas.

Beralih payudara
Jika boleh penyusuan susu ibu perlu diberikan dari kedua-dua belah payudara.. ini adalah untuk mengelakkan payudara besar sebelah.. Susukan baby pada sebelah payudara sehingga baby berhenti menghisap.. Angkat baby, sendawakannya dan alihkan baby ke payudara sebelah dan teruskan menyusukan sehingga baby kenyang.. Untuk penyusuan sererusnya, mulakan payudara yang terasa sarat dengan susu dulu..

Sendawakan baby
Setiap kali selepas penyusuan, baby perlulah di sendawakan.. Kadang-kadang baby akan termuntah susu, jadi sediakan tuala.. Cara sendawakan baby dengan meletakkan baby di bahu dan tepuk/gosok belakang baby perlahan-lahan.
Untuk lebih mudah difahami, ibu-ibu boleh tengok video Cara Penyusuan Susu Ibu ini.. Semoga ibu semua akan lebih bersemangat lagi untuk menyusukan baby dengan susu ibu.. Susu ibu makanan terbaik untuk si kecil..
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.