Kenapa?
- Saya tak alami alahan yang teruk masa mengandung.. Opsss... saya terkena gatal dan kudis kat tangan dan kaki, tapi lepas bersalin terus tak ada..
- Di beri kekuatan sampai saya boleh berkebun lagi kat belakang rumah.
- Tak mengidam yang pelik-pelik..(yeke tak ada?? entah-entah en.suami, pening kepala layan ngidam i)
- Construction masa bersalin pun tak adalah lama sangat..
- Bersalin secara normal..
- Bersalin waktu pagi.. so, cepat-cepat nak keluar hospital petang tu juga.. tak payah bermalam kat hospital.. yeah!!!
- Masa berpantang pun saya tak ada masalah..
Tapi ada juga ibu-ibu yang mengandung yang menghadapi masalah semasa mengandung dan bersalin.. Antaranya ada beberapa penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung.. Kita perlu tahu lebih awal tanda-tandanya, agar dapat mencegah atau merawat dan elakkan dari berlaku perkara yang lebih teruk.. Suami pun kena tahu ye!!!
1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Tanda-tanda:
- Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90 mmHg. dengan/tanpa
- Oedema (bengkak)
- Air kencing mengandungi albumin.
- Pertambahan berat badan yang berlebihan.
Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia)
Tanda-tanda “Impending Eclampsia” (akan mendapat sawan):
- Loya-loya/muntah
- Sakit sudu hati (epigastric pain)
- Penglihatan menjadi kabur
- Pening kepala yang berterusan
2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational Diabetes)
Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:
- Air kencing mengandungi gula
- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
- Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes
- Anda pernah menghidap diabetes semasa mengandung yang lalu
- Obes (berat badan lebih dari 80kg)
- Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari 3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
- Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)
- Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.
3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%.
Tanda-tanda:
- Pucat
- Letih
4. Pendarahan semasa mengandung
Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:
- Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)
- Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta) samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera.
- Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj
Tanda-tanda:
- Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan tiba-tiba.
- Pucat dan letih
- Sakit perut yang berterusan
Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan secara tiba-tiba, denyutan nadi menjadi cepat dan tekanan darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan meninggal dunia jika lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.
5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:
- sakit semasa kencing
- demam
- sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
- Gatal dikemaluan
- Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk
6. Penyakit perubatan, termasuk Lelah (asthma), Penyakit Jantung, Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.
Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit-penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlu mendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segala arahan yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.
7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin.
Tanda-tanda:
- Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500 ml).
- Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.
- Tekanan darah menjadi rendah
- Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.
Walaupun ada sesetengah penyakit yang sukar dirawat, kita boleh mengambil langkah pencegahan iaitu:
- Ibu mengandung perlu jaga kesihatan dan pemakanan ketika hamil..
- Kalau boleh elakkanlah makanan yang tak berkhasiat macam fastfood, air gas dan macam-macam lah..
- Jangan merokok, mengambil dadah atau apa saja bahan kimia yang boleh membahayakan ibu dan kandungan..
- Kena buat rutin rawatan setiap bulan mengikut nasihat doktor.. kalau doktor kata datang tiap-tiap minggu, kena datang..
- Rujuk doktor kalau ada rasa kelainan atau kebimbangan pada kesihatan ibu dan kandungan..
- Pengambilan nutrisi tambahan seperti asid folic pun penting.. Untuk lebih lengkap, boleh dapatkan set ibu mengandung Shaklee..
Oleh itu, amat-amat penting ibu dan suami tahu tanda-tanda penyakit ini semasa mengandung.. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi rawatan yang terbaik untuk ibu dan baby..
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.