Baru-baru ni saya dapat mesej dari seorang suami / kaum adam.. dia dah 5 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan anak.. dia beritahu saya, dia dan isteri kerap bersama dan hampir setiap hari.. tapi masih tak melekat.. saya cadangkan dia dan isteri bersama pada waktu subur isteri.. In syaa Allah, peluang untuk hamil lebih tinggi..So, macam mana kita nak tahu waktu subur isteri?
![]() |
credit |
Cara atau ciri-ciri yang boleh menunjukkan kesuburan wanita:
1. Pengiraan mengikut kitaran haid:
Kitaan haid adalah kiraan dari hari first keluar haid hinggalah haid yang seterusnya.. Sekiranya kitaran haid sama dan konsisten, ia di anggap kitaran haid normal.. kiraan setiap wanita adalah tak sama.. ada yang 26, 28 atau 30 hari.. anggaran waktu subur pula biasanya 12 hingga 16 hari ke belakang.. contoh kiraan waktu subur untuk kitaran 30 hari; 30-16 = 14 dan 30-12 = 18.. jadi dalam tempoh 14-18 hari ini, kemungkinan adalah waktu subur kita dan proses ovulasi / pembebasan telur semakin hampir.. sekiranya pasangan nak mendapat zuriat, mereka perlu melakukan hubungan seks sebelum ovulasi ini berlaku..
2. Cecair faraj:
Cara ini adalah cara paling mudah untuk kenalpasti waktu subur kita.. kebiasaannya cecair faraj ini akan dihasilkan sepanjang kitaran haid dan berubah-ubah dari segi kuantiti dan teksturnya.. ia berubah mengikut tahap peningkatan estrogen.. bila waktu subur kita semakin hampir, cecair faraj ni akan menjadi semakin jernih dan lebih banyak dari biasa yang kadang-kadang sampai buat kita tak selesa.. tapi jangan risau.. cecair faraj ni akan berkurang dan kering selepas proses ovulasi berlaku..
3. Suhu badan:
Suhu badan ni perlu di ambil sebaik sahaja kita bangun tidur (sebelum meninggalkan katil).. kita perlu catat suhu badan setiap hari dan lebih bagus kalau kita plot pada graf.. Jika kita mendapati suhu badan kita naik mendadak dari 0.4-1.0 degree, kemungkinan besar kita baru melalui proses ovulasi.. ini kerana apabila telur dilepaskan, tahap progesteron meningkat dan menyebabkan suhu badan juga naik.. Jadi hubungan seks perlu dilakukan sebelum waktu peak suhu ini..
4. Kedudukan pangkal rahim:
Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim.. Kita perlu melakukan sendiri pada setiap hari dengan cara bercangkung dan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina.. Sebelum waktu subur, biasanya pangkal rahim lebih hampir ke bawah dan mudah di sentuh, akan rasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung), laluan agak tertutup.. Pada waktu subur pula, pangkal rahim agak tinggi dan sukar si sentuh, agak lembut (seperti menyentuh bibir), rasa lembap dan agak terbuka..
5. Pemeriksaan urin dan darah:
Kaedah ini paling mudah.. caranya kita menggunakan alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah.. kita boleh buat ujian ovulasi menggunakan air kencing.. sample darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku.. Ujian darah ni perlu dilakukan di makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini..

Salah faham hubungan seks dan waktu subur
Ramai di antara kita yang salah faham dengan waktu subur.. mereka menganggap waktu subur adalah waktu ketika proses ovulasi sedang berlaku.. dan mereka pun melakukan seks pada hari tersebut.. walhal, tahap kesuburan paling tinggi untuk hamil adalah dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi atau 1 hari selepas ovulasi..
Nutrisi tambahan untuk tingkatkan peluang kehamilan di waktu subur
Bila kita dah tahu waktu subur, perlu ke kita ambil vitamin lagi? kan peluang hamil lebih tinggi kalau buat hubungan seks pada waktu subur..
Ya.. memang betul peluang untuk hamil tu tinggi.. tapi kita perlu pastikan juga sperma dan telur yang dihasilkan berkualiti dan sihat.. persekitaran dan persediaan diri juga perlu.. pastikan badan sihat, bertenaga (nak bertarung kan..hehe)...
Jadi kita perlulah mengambil vitamin atau nutrisi tambahan.. dan dalam Shaklee ada beberapa vitamin yang sesuai untuk tingkatkan kejantanan dan kewanitaan masing-masing dengan mengamalkan set suami isteri dan set kesuburan..
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.