Thursday, November 14, 2013

Asid amino penting untuk tubuh

Apa itu Asid Amino?

Haa.. soalan tu terdetik dalam fikiran saya masa saya minum ESP + Meal shakes pagi tadi.. Yelah, dua-dua produk ni mengandungi Asid Amino.. Penting ke Asid Amino ni, sehingga kita perlu mendapatkannya setiap hari? 

Jawapannya PENTING!

Kerana jika kita tidak mendapat asid amino yang mencukupi dalam diet kita, ia akan menjejaskan tahap kesihatan kita. Apabila ia berkurangan, ia akan mempengaruhi gejala-gejala seperti keresahan, kurang tumpuan, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon..


"Asid amino adalah unit terkecil dari protein dan boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen, dan hidrogen molekul" -  http://ilanmie.blogspot.com

Fungsi Asid Amino
  1. komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi.
  2. Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.


Kumpulan Asid Amino

Asid amino boleh dipecahkan kepada 2 kumpulan; yang perlu dan tidak diperlukan. Istilah "yang perlu" sebenarnya tidak ada apa-apa kaitan dengan kepentingan asid amino, sama ada badan dapat mengeluarkannya atau tidak. Asid amino yang diperlukan tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi kita perlu mendapatkannya melalui makanan. Asid amino yang tidak diperlukan boleh dihasilkan oleh badan jika bahan yang sesuai disediakan..

Asid amino tidak perlu adalah seperti berikut:
  1. Alanin
  2. Arginin
  3. Asparagine
  4. Asid aspartik
  5. Cysteine
  6. Asid glutamik
  7. Glutamin
  8. Glycine
  9. Histidine
  10. Proline
  11. Tyrosine

Asid amino yang perlu:

  1. Isoleucine
  2. Leucine
  3. Lisin
  4. Methionine
  5. Phenylalanine
  6. Serine
  7. Threonine
  8. Tryptophan
  9. Valine

Semua asid amino mempunyai fungsi penting dalam badan. Ia akan bekerja dengan lebih baik jika kita mengambil semua jenis asid amino. Jadi ia amat penting untuk mendapatkan pelbagai protein dalam diet kita. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap. Antara sumber protein lengkap yang mengandungi Asid Amino ialah dari produk tenusu, daging, ikan, ayam dan soya.

Tapi jangan risau, walaupun korang adalah vegetarian, korang masih boleh mendapatkan Asid Amino. Caranya korang boleh cuba makan campuran makanan lain untuk Asid Amino tanpa produk haiwan, antaranya:
  • Kacang (kacang tanah, cashews, badam, pecans, kacang Brazil)
  • Benih (labu, bunga matahari, bijan)
  • Kacang (lima, kacang kuda, Belang-Belang, laut)
  • Seluruh makanan soya (tempe, edamame)
  • Seluruh bijirin (barli, rai, gandum, beras)
  • Sayur-sayuran (jagung, kentang, bawang, cendawan, brokoli)
Sebenarnya tak susah pun nak mendapatkan asid amino yang betul, tapi kesannya sangat banyak.. Badan dan minda kita akan berfungsi pada tahap yang optimum.. Memang terbaiklah!

Tapi dari mana nak mendapatkan hampir semua jenis asid amino ini dalam satu hidangan? Haa.. Inilah yang SPECIAL di Shaklee.. Ada 2 pilihan, samada korang ambil ESP Soy Protein atau Meal Shakes.. 2 - 2 mengandungi Asid Amino yang diperlukan oleh tubuh kita.. Ambil salah satu atau campurkan.. Memang sedap!!! Tak percaya? Kenalah CUBA :)


Pilihan bijak!



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua