Friday, November 8, 2013

Mengapa pelan diet anda GAGAL?

Kebanyakan dari kita yang hendak mengurangkan berat badan biasanya mempunyai Pelan Diet tersendiri. Ada yang control makan, ada yang tak makan nasi sampai berhari dan berbulan-bulan.. Kalau timbang berat memang turun, tapi betul ke Pelan Diet kita?
Sebenarnya masih ramai yang sering melakukan kesilapan dalam berdiet.. Mereka lebih gemar dengan program diet segera ni. Memang ada yang berjaya dengan cara ini, tapi selalunya ia tak bertahan lama.. Selepas itu, berat badan kembali seperti asal..
Inilah kesan yang dinamakan DIET YOYO.. Kesilapan dalam mengamalkan diet seperti ini selalunya memberikan kesan negatif untuk masa depan.. Apakata, sebelum kita nak teruskan berdiet dengan cara ini, lebih baik kita check dulu sebab munasabah pelan diet atau cara pemakanan kita ini GAGAL..

Mengapa pelan diet anda GAGAL? 

1) Melakukan diet ‘kelaparan’
Masalah yang berlaku di sini ialah apabila kita kurang makan. Bila kita kurang makan, ia akan menghadkan penggunaan kalori.. Ini akan menyebabkan metabolisma korang menjadi lemah atau perlahan.. Diet cara ini bukannya membuang lemak, tapi apa yang berlaku, jisim otot kita menjadi lemah dan berkurangan. Jadi yang hilang berat tu cumalah otot kita sahaja. Bila kita start makan semula, yang bertambah cumalah lemak. Di sini kita perlu tahu, otot sangat penting untuk menguatkan metabolisme yang mampu membakar lemak.
"Sebagai panduan utama, JANGAN mengambil kalori kurang 50 peratus daripada keperluan kalori seharian (DCR) kita untuk mengurangkan berat. Contohnya, jika DCR korang 2,400 kcal, jangan makan kurang daripada 1,200 kcal. Apa yang penting, kita harus makan kerap dengan jumlah sederhana untuk mengawal nafsu.."



2) Terlalu ekstrem terhadap diet

Makanan lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak akan membantutkan nafsu makan.. Akibatnya, berat badan menjadi susut. Bagi saya, biarlah diet kita itu mempunyai konsep give and take. Tak semua pilihan pemakanan itu perlu sempurna. Contohnya, kalau dari Isnin hingga Jumaat kita dah berjaya menjaga diet dengan betul dan penuh disiplin, tak salah kalau kita memberi bonus pada diri sendiri ketika hujung minggu.. Tapi kualiti dan kalori makanan yang diambil masih perlu di kawal... Kemudian, mulakan semula pelan diet pada Isnin berikutnya.


3) Cuma makan tiga hidangan sehari atau meninggalkan waktu makan.

Tiga hidangan sebenarnya tak cukup untuk mengawal nafsu makan dan tak dapat meningkatkan metabolisme. Paling kurang, makan lima kali sehari.. Tak kiralah sama ada kita nak mengurang, mengekal atau menambahkan berat badan. Sebenarnya tak ada masalah pun kalau kita nak makan pada waktu malam, selagi bajet keperluan kalori seharian korang mencukupi.

Lagi satu, jangan meninggalkan mana-mana waktu makan terutamanya sarapan. Ia memang merugikan! Sarapan itu penting untuk mencetus metabolisme harian kita. Seeloknya jangan tunggu sampai di pejabat baru hendak makan.. Sekurang-kurangnya makanlah sarapan pada awal pagi untuk memastikan pembakaran kalori..


4) Gagal mengawal nafsu makan 

Cabaran paling besar adalah kawalan nafsu makan. Ia salah satu sebab pelan diet gagal diamalkan secara berterusan.. Kawal jumlah kalori pemakanan kita ibarat mengawal kewangan harian. Pastikan kita makan dengan kerap dan makan hidangan yang berkualiti serta cukup khasiatnya. Selain itu, kita harus tahu kuantiti makanan yang diambil seperti makan nasi hanya segenggam atau roti dua keping.


5) Kurang melakukan aktiviti riadah atau senaman

Walaupun senaman tak wajib dalam usaha menurunkan berat badan, tapi ia sebenarnya memberikan semangat untuk kita menyempurnakan lagi program diet kita.. Kita bukan saja dapat berat badan yang ideal, badan kita pun akan cerdas dan cergas.. Pengurusan berat badan bukan hanya sekadar penyerapan kalori melalui makanan, tetapi juga melalui senaman.


6) Melakukan diet jangka masa pendek

Apabila mendengar perkataan diet, ramai menganggap ia sebagai suatu program pendek yang mungkin mengambil masa hanya 12 minggu, tapi persepsi itu salah.. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet adalah amalan pemakanan. Oleh itu, pastikan korang mengamalkan diet dengan betul dan bukan untuk jangka masa pendek sebaliknya sepanjang hayat.



BerDIET dengan Cinch


Cinch adalah salah satu cara menurunkan berat badan dengan PROTEIN.. Kandungan dalam Cinch diperkaya dengan Leucine dan ianya dirumus khas untuk membantu memecahkan kitaran DIET YOYO.

Kenapa protein?

  • Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori.
  • Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot.
  • Membantu tubuh untuk memelihara jisim otot, pada masa yang sama membakar lemak.

Jadi, apa kata korang cuba Diet Protein ni.. Untuk kesan lebih HEBAT gandingkan bersama Herblax/ Alfalfa + Lecithin dan boleh juga diambil bersama ESP Soy Protein Isolate Powder.






*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua