Pernah tak korang rasa simpton-simpton ni; letih/lesu,
gangguan pencernaan , kemurungan, kolesterol tinggi, alergi atau sensitive
terhadap bahan kimia, hormon tak seimbang , jerawat atau pening?.. Jika
jawapan korang lebih dari satu, berhati-hati ya.. ini maknanya hati korang ada
masalah kesihatan dan perlu di detox..
Hati sangat penting!
Hati merupakan antara organ penting dan terbesar di dalam
tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Biasanya, serangan jantung
akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat
pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu
membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN
dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki..
![]() |
| Gambaran hati sihat dan hati sakit |
Fungsi hati manusia
1. Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk
dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk
pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small
globule) Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K
dan membantu mengasimilasikan kalsium Hempedu juga menukarkan Beta Karotena
kepada Vitamin A.
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam
usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal
metabolism protein. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan
bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah,
alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan
ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk
mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah
pinggang yang betul.
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam
bentuk yang lebih aktif.. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh
menyebabkan hipotiroidisme.. Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari
kromium dan glutation.. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula
dalam darah dengan betul.. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai
glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk
tenaga.. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.
4. Penting untuk metabolisme Lemak
Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan
gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan
ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan
berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut
ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
"Ada pelihara ikan dalam Akuarium? Apa akan jadi kalau penapis/filter tak berfungsi? Mestilah air akan kotor.. Bila air kotor, kesihatan ikan akan terganggu.."
Macam tulah cara hati bekerja di dalam tubuh kita.. Bila
kita tak menjaga kesihatan dan kebersihan hati, ia akan mempengaruhi seluruh
kesihatan tubuh badan kita.. Kita akan mudah sakit.. Jadi jika kita nak sihat
selalu, kesihatan hati kita tak boleh abaikan.
Bagaimana nak jaga kesihatan hati?
Cukup dengan mengambil DTX Complex Shaklee sebiji sehari sebelum
tidur.. In syaa Allah dapat mengembalikan fungsi hati..
Keistimewaan DTX Complex:
- Memberi perlindungan kepada hati.
- Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.
- Membekalkan Antioksidan yang menyahtoksikkan hati.
- Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
- Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati.
- Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh.
- Membantu pesakit hepatitis.
Jadi tunggu apalagi, pengambilan sebiji DTX Complex Shaklee sebagai vitamin harian.. Korang mampu menjaga kesihatan fungsi hati.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
