Silap tu.. Sebenarnya dalam masalah kesuburan, ia akan memerlukan kerjasama antara suami isteri iaitu suami juga perlu sama-sama menjalani pemeriksaan kesuburan, makan vitamin untuk subur dan cuba pelbagai petua juga untuk tingkatkan kesuburan.. Kesuburan suami juga penting untuk menghasilkan zuriat..
"Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.
Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.. - Harian Metro"
Kesuburan Lelaki
Kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu hormon, sperma dan alat sulit.. Sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi lelaki juga mesti mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma..
Punca Masalah Sperma kurang
- Lewat usia , Umur melebihi 35 atau lebih tua
- Kegunaan alkohol, rokok dan dadah.
- Terdapat unsur genetik yang tidak normal.
- Berat badan yang berlebihan atau kekurangan berat badan.
- Mempunyai jangkitan kuman menyebabkan salur testis tersumbat.
- Terdedah kepada bahan toksin dan radiasi yang berlebihan.
- Ketidakseimbangan hormon.
- Memakai seluar yang terlalu ketat
- Mempunyai vasektomi sebelum itu.
- Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
- Mempunyai penyakit termasuk pertumbuhan tumor dan penyakit kronik.
- Sedang menjalani rawatan perubatan seperti pembedahan atau radiasi untuk kanser.
- Mengambil ubat-ubatan tertentu.
- Berbasikal bagi tempoh yang lama, terutama di kerusi yang keras
Tips untuk menghasilkan sperma sihat
- Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)
- Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan
- Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma
- Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma
- Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari
- Pakai seluar dalam longgar
Pemakanan sihat untuk kesuburan lelaki
Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan
Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah
CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur.
![]() |
Set lengkap untuk lelaki |
Jom hadiahkan pada suami tercinta.. kalau yang dalam perancangan nak kahwin, boleh juga jadikan set hantaran.. special dan sihat.. mana tahu rezeki bunting pelamin..hehe... Meh ler PM saya ;)
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.