Friday, January 10, 2014

Aqiqah untuk anak

Awal-awal tahun ni terasa ramai pulak tengok kawan-kawan post di facebook dapat baby baru.. Alhamdulillah.. bertambah lagi ummat Nabi saw..  Tetiba teringat pulak kenangan setahun lebih yang lepas.. Dania dilahirkan dan alhamdulillah ada rezeki lebih dapat kami buat aqiqah seekor kambing untuk Dania..


Apa itu Aqiqah?
  • Dari segi bahasa, Aqiqah bemaksud 'memutus'.
  • Dari segi syarak, maksudnya menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ke -7 kelahirannya atau selewat-selewatnya sebelum anak itu baligh.

"Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dan sebagainya) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnya.. Sedangkan anak perempuan memadai diaqiqahkan dengan seekor kambing sahaja.."


Syarat-syarat Aqiqah

1. Umur binatang sembelihan:
  • Unta berumur 5 tahun lebih.
  • Lembu atau kerbau berumur 2 tahun lebih.
  • Kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.. Kibas berumur setahun atau telah bersalin gigi..
2. Binatang sembilahan mestilah sihat dan tidak cacat.

3. Daging Aqiqah dipotong mengikut sendinya dan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan aqiqah itu sebagai "fida" (mempertalikan ikatan antara diri anak dengan Allah SWT)

4. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan.

5. Tidak boleh berkongsi misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengaqiqahkan anak-anak mereka.

6. Sebaiknya beraqiqah dengan kambing, tetapi boleh juga beraqiqah dengan unta, lembu atau kerbau.


Hukum daging Aqiqah

Daging binatang yang disembelih untuk aqiqah adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara-mara terdekat.


Indahnya Aqiqah
  • Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa Muslim baru yang sujud menyembah Allah SWT di dunia.
  • Mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas aqiqah yang dilakukan.
  • Mengukuhkan tali persaudaraan sesama muslim apabila majlis aqiqah dihadiri oleh kaum keluarga, jiran tetangga dan saudara-mara.
  • Sebagai tebusan, anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibubapanya.
  • Menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya.
  • Menjauhkan anak tersebut dari segala bencana dan bahaya.


Sharing from loving...

 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua