Apa aktiviti siang tadi? Al-maklum hari hujung minggu, mesti beraktiviti dengan keluarga kan.. Seronok kan..
Hari ni aktiviti saya memotong kuku Dania.. Kuku tangan dan kuku kaki.. Selalunya potong hari Jumaat, tapi Jumaat hari tu keterlupaan.. Tu yang potong hari ni..
Haa.. Dah terlanjur cerita pasal potong kuku ni.. Kuku kaki ni sangat jarang kita jaga.. Yelah, bukan orang tengok sangat pun kaki kita.. Kita kan pakai kasut.. Haa.. ni lah silap kita.. walaupun orang tak nampak kuku kaki kita, kita masih perlu lagi jaga kuku kaki kita supaya kuku kaki kita cantik dan sihat..
Biasanya kuku kaki kita boleh rosak disebabkan oleh kekeringan, pemakaian kasut yang tak bersesuaian dan juga memakai stokin yang kotor.. Antara masalah kuku kaki yang sering dihadapi ialah cagu.. Jadi, untuk mengelakkan dari masalah kuku kaki ni, jom kita cuba beberapa tips ni...
Tips menjaga kuku kaki
1. Rendam kaki di dalam air herba 'Comfrey' untuk kuku cagu
Cagu ni kalau dah terkena, memang sakit dan nak sembuh mengambil masa yang agak lama. Penyebab cagu ini terjadi kerana pemakaian kasut yang tidak sesuai, kecederaan kaki, jangkitan atau disebabkan genetik. Tapi korang jangan risau! Korang boleh gunakan akar herba 'Comfrey' untuk mengubatinya.
Isi satu bekas kecil lain dengan 1/2 gelen air suam, dan 1/2 auns akar herba 'Comfrey'. Rendam kaki korang selama 20 minit, dan kemudian gunakan tisu atau kapas di bawah kuku untuk memastikan ia tak mencengkam kulit..
Mana nak dapat akar herba 'Comfrey' ni?.. Korang boleh mendapatkan akar herba 'Comfrey' di kedai-kedai kesihatan yang berdekatan dengan rumah korang.. Tapi kalau masih tak baik juga, mungkin korang perlu jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya..
2. Rendam kuku jari kaki yang rapuh di dalam minyak bijan
Minyak bijan ni berfungsi untuk mengukuhkan dan melindungi kuku kaki kita.. Caranya panaskan minyak bijan sedikit atau tambahkan sedikit minyak zaitun dan rendam kaki korang selama 10 minit..
3. Hilangkan kotoran pengilat kuku kaki dengan ubat pembersih gigi palsu
Petua ni khusus untuk orang yang gemar mengkalerkan kuku kaki.. Kalau pengilat kuku tu mencacatkan kuku kaki korang, cuba letakkan satu tablet pembersih gigi palsu dalam satu bekas dengan air suam dan rendam kuku kaki korang. Cecair ini akan membantu untuk membuang kotoran , dan jika kotoran tu masih tak hilang, korang boleh menyental menggunakan berus..
4. Potong kuku kaki secara lurus
Salah satu cara untuk mengelakkan kuku kaki cagu, jangkitan kuku dan kuku tumbuh bengkok dan menyakitkan adalah dengan memastikan korang memotong kuku kaki secara lurus. Apabila kuku dipotong lurus, bahagian tepi kuku jari kaki sama sekali tidak akan mempunyai peluang untuk mencengkam ke dalam kulit.
5. Amalkan asid lemak Omega-6 dan biotin untuk kuku kaki yang sihat
Asid lemak omega-6 sangat bermanfaat untuk kekuatan kuku jari kaki.. Biotin pula penting dalam mencerna asid lemak dan membantu pertumbuhan sel.. Cara mudah saya nak dapatkan kedua-dua vitamin ni ialah dari Omega Guard dan B Complex..
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

good info.tq
ReplyDeletewelcome.. boleh try petua2 ni...
ReplyDelete