Wednesday, July 16, 2014

Peti sejuk / freezer untuk EBM

Assalamualaikum...

Salam Nuzul Quran ~

Walaupun Selangor dan Kuala Lumpur merezabkan hari ni public holiday, tapi saya kena kerja.. Oohh... Sedihnya.. Walaupun begitu saya tetap bekerja dengan penuh dedikasi.. Hihi..

Hari ni saya nak sharing tentang Freezer atau peti sejuk untuk simpan stok EBM.. Al-maklum, sekarang dah bulan 7.. Lagi 4 bulan je lagi saya akan menempuh alam penyusuan susu ibu.. Tak sabarnya.. Dan untuk kali ini saya ingin bersedia lebih awal.. Buat preparation awal!

Oleh kerana pump saya dah ada.. Sekarang saya terfikir nak cari Freezer untuk stok EBM.. Sebelum ni duduk dengan mentua, boleh simpan stok EBM dalam peti sejuk mentua coz 2 pintu.. Yang saya punya masa bujang 1 pintu je.. So, sekarang dah duduk sendiri cuma ada peti sejuk 1 pintu je.. Tu yang kena fikir alternative lain untuk simpan EBM.. Hubby suruh tukar peti sejuk 2 pintu.. Tapi hasil menggoogle blog-blog ibu yang lain, ramai yang simpan dalam deep freezer..

Alasan ibu-ibu beli deep freezer untuk simpan stok EBM:

  1. Alhamdulillah!!!... Stok EBM diorang melimpah ruah sampai freezer 2 pintu pun tak muat, 
  2. Tak perlu bercampur dengan stok-stok makanan seperti ikan, daging, ayam dan apa sajalah yang nak di sumbat dalam peti tu..
  3. Tempoh simpan dalam deep freezer lebih lama iaitu 6 bulan, berbanding freezer 2 pintu hanya 3 bulan..


Dan hasil perbincangan dengan hubby, kami plan untuk beli juga freezer lain.. So sebelum beli kita kena buat survey dulu..


Jenis-jenis Freezer atau peti sejuk untuk EBM

Chest freezer - Bukaan dari atas

Upright freezer - Bukaan dari depan dan ada drawer

Faktor-faktor pemilihan Freezer atau peti sejuk untuk EBM

Setelah membaca beberapa blog ibu-ibu yang lain, ada beberapa faktor yang perlu saya ambilkira dalam membeli deep freezer untuk stok EBM ni.. Iaitu Harga, Saiz dan Penggunaan tenaga elektrik..

Harga: Hasil dari beberapa survey secara online, saya rasa Chest freezer lebih murah berbanding Upright freezer.. Cara mudah saya survey dulu harga kat Lazada.. Harga pun boleh tahan.. Nak pergi kedai elektrik tak berkesempatan lagi..

Saiz: Ruang simpan Chest freezer lebih besar.. Jadi boleh lah simpan stok EBM lagi banyak.. Kalau Upright freezer, ia ada drawer untuk memudahkan kita menyusun stok EBM.. Tapi rasanya tak ada masalah untuk kita susun stok dalam Chest freezer.. Boleh je kita guna creativity sendiri.. Hihi..

Penggunaan tenaga elektrik: Yang ni saya tak berapa pasti coz belum guna lagi kan.. Tapi dari pembacaan Chest freezer lebih jimat berbanding upright freezer. Ini kerana kebolehan untuk mengekalkan suhu sejuk bagi chest freezer adalah lebih baik kerana kedudukan penutupnya di bahagian atas, menyukarkan udara sejuk (lebih berat dari udara panas) untuk keluar dari peti jika dibandingkan dengan jenis upright. Ini sekali gus dapat mengelakkan susu EBM daripada cair dan meningkatkan kualiti susu EBM tersebut.


So, hasil dari survey awalan ni korang rasa mana pilihan yang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi?

Hmm... Sementara ada masa lagi ni, saya akan buat survey berhabis-habisan.. Selain mengumpul bajet untuk beli pilihan hati nanti.. Hihi..

Oklah.. Untuk ibu-ibu yang nak dapatkan Set Penyusuan Susu Ibu, korang boleh dapatkan di sini ye..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin


2 comments:

  1. salam sis,
    jika berminat http://www.mudah.my/vi/29664875.htm
    boleh hubungi saya. sepanjang pemantauan saya elektrik sebulan naik dlm rm10 shj.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. thanx awak.. sy blm beli ni.. tgh survey2 lg.. pape nnt sy contact awk ye..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua