Tuesday, October 7, 2014

Senarai keperluan untuk menyambut kelahiran anak kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ni hari ke-3 kita menyambut Aidiladha.. Atau lebih biasa orang panggil Raya Haji atau Raya Korban.. Ada yang buat korban ke tahun ni? Saya sekeluarga Alhamdulillah, dah berjaya membuat korban 2 tahun lepas.. 

OK lah.. Saya straight pada post title saya ye...

Pada yang tak tahu, sekarang ni saya sedang mengandung buat kali kedua.. Alhamdulillah.. Dan sekarang dah 34 minggu.. Anggaran due date 12 Nov ni.. So, sekarang saya dah mula menyediakan keperluan nak sambut baby yang bakal lahir ni..


Apa yang perlu untuk menyambut kelahiran anak kedua?

Sebenarnya tak ada banyak beza pun keperluan di antara anak pertama, kedua atau ke berapa pun.. Semuanya memang perlu.. Cuma ada sesetengah barang yang kita tak perlu beli lagi.. Sebabnya boleh recycle masa anak yang pertama..

Contohnya napkin/bedung, barut, baju, topi, sarung tangan dan kaki, kelambu... Semua ni Alhamdulillah elok lagi.. So, saya dah siap keluarkan dari rak untuk dicuci..

So, apa yang perlu untuk menyambut kelahiran anak kedua?

Saya dah buat senarai dari bulan lepas.. tapi baru semalam dapat beli.. Antara barang yang ada dalam senarai saya:

  1. Tuala mandi
  2. Baju baru (Saya beli 4 pasang je.. Nak juga bagi baju baru kat dia)
  3. Sarung tangan dan kaki (Yang ni saya tambah 2 set je)
  4. Minyak telon
  5. Pampers newborn

Ha.. Tak banyak pun.. Semua yang kat atas tu saya dah beli.. Cuma pampers je belum.. Sebab saya nak beli kat Lazada.. Saya dah buat survey, harga kat Lazada murah banyak tau.. So baik beli online je.. Berjimat mana yang boleh jimat..

Wee Wee Drypers Diaper New Born 64 ~ MURAH!!!



Kalau korang nak beli dari Lazada pun boleh.. Beli je kat sini.. Setakat hari ni (masa aku tulis post ni), harga Pampers Drypers Newborn 64keping cuma RM 99.00 untuk 4 pack.. Boleh juga survey untuk pampers jenama lain.. Oleh kerana saya ni memang pengguna Drypers, saya rasa harga pampers Drypers di Lazada ni boleh dikategorikan murah.. Dengan FREE delivery dan juga boleh Cash On Delivery (COD), saya rasa berbaloi beli di Lazada tau.. Promote baik punya... :)

Ok lah.. Kalau korang tengah cari Set Pantang ke Set Menyusu ke, boleh hubungi saya ye.. InsyaAllah saya cuba bantu..


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua