Monday, November 10, 2014

#Resepi - Pes TomYam HomeMade

Assalamualaikum...

Hmm.. Dah hari ke sebelas saya berpantang ni.. Lamanya nak tunggu lagi 29 hari..

Sepanjang tempoh berpantang ni, aktiviti harian saya asyik menggoogle je.. Blogwalking la.. Scroll facebook la.. Hihi.. Semuanya aktiviti guna jari jemari.. Dan yang paling kerap saya google adalah RESEPI.. Tu yang terwujud post berkenaan resepi ni..

Walaupun saya ni tak berapa pandai memasak, tapi bukan bererti saya tak suka masak.. Saya suka memasak.. Cuma rasa masakan tu kena check dengan juri khas saya.. Kadang TERsedap.. Kadang TERkurang sedap.. Al-maklum masih dalam proses belajar..

Dan untuk segmen #REREPI ni, saya nak berkongsi resepi-resepi yang menarik perhatian saya.. Saya nak paste kat sini untuk rujukan saya akan datang.. Senang nanti bila-bila saya nak buat.. Nanti bolehlah saya show post kat sini bila dah buat..

Untuk permulaan ni, saya copy dari group kat Facebook; Resepi Ringkas Tapi Sedap (RRTS).. Ahli dalam group ni semua baik hati.. Rajin sangat sharing resepi yang diorang dah buat.. So, saya pun ambillah peluang share kat sini..


Pes TomYam HomeMade

Pes TomYam Homemade

Bahan-bahannya:
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Halia - sebesar ibu jari
  • Udang kering - 3 sudu besar
  • Belacan
  • Serai - Lebih kurang 5 batang
  • Lengkuas - sebesar ibu jari
  • Daun limau purut - 7 helai
  • Air untuk blend
  • Minyak (untuk tumis)

Caranya:

Blend jer kesemua bahan-bahan diatas.. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di blend tadi.. Selepas tu, masukkan air asam jawa.. Tunggu sehingga pecah minyak.. Dan siap..

Korang boleh simpan dalam bekas dan disejukbekukan.. Bila nak masak Tom Yam, just keluarkan dari peti ais.. Dah boleh masak tomyam kegemaran semua.. Lepas ni tak payah dah beli pes-pes TomYam yang kat kedai tu.. Kita buat sendiri je..

Kalau ada yang dah pernah buat, bolehlah tinggalkan comment ye.. Nak tau gak hasil air tangan korang...

Selamat mencuba!



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua