Hari ke-26 saya berpantang.. Adush... Saya masih berhutang lagi 1 post tentang Pengalaman bersalin secara Induce.. Bukan tak nak share, tapi masih lagi dalam proses draft.. Tengah mengolah-olah ayat lagi.. Hihi.. InsyaAllah, siap je karangan saya nanti, korang dah boleh baca ye..
Untuk hari ni, saya nak berkongsi cerita tentang Jaundice atau Kuning Bayi..
Kalau diikutkan sejarah bersalin anak pertama, Dania pun mengalami jaundis.. Tapi tak lah teruk sampai kena tahan wad.. Masa tu memang banyak petua yang emak dan mentua bagi untuk turunkan bacaan jaundis atau kuning Dania..
Apa itu Jaundice?
Jaundice bukan di kategorikan sebagai penyakit. Ia adalah simptom warna kuning yang terjadi pada bayi baru lahir disebabkan oleh peningkatan kadar Bilirubin dalam darah. Bagi mengurangkan Jaundice, Bilirubin ini akan di proses dalam hati dan seterusnya keluar melalui air kencing dan najis.
Kebiasaannya, bayi akan kelihatan kuning di bahagian muka, mata, badan dan seterusnya kaki.
Jenis-jenis Jaundice
Walaupun Jaundice ini normal dan akan terjadi pada semua bayi, tetapi ia perlu dikawal supaya tak menjadi semakin teruk. Terdapat 2 jenis Jaundice atau Kuning bayi.
Fisiologi Jaundice
Jaundice yang sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundice akan mula terjadi selepas 48jam dan akan mula berkurangan pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundice jenis Fisiologi ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan hati yang masih belum cukup matang.
Patologi Jaundice
Jaundice ini agak merbahaya. Ia mula terjadi dalam masa 2 hari selepas lahir. Ia disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah secara berlebihan akibat dari:
- Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak (kebiasaannya terjadi apabila ibu mempunyai Darah O) - Saya Darah O
- Bayi mengalami G6PD.
- Jangkitan kuman pada bayi (bayi kelihatan lemah dan perlu rawatan di hospital)
Tips Cara Turunkan Bacaan Jaundis atau Kuning Bayi
Susu ibu - Ini adalah nasihat yang paling utama akan diberikan pada ibu-ibu yang mempunyai bayi jaundice. Susu ibu semestinya penyelesaian terbaik kerana khasiat yang ada dalam susu ibu itu. Sebaiknya kerapkan penyusuan iaitu setiap 1 - 2 jam. Selalunya bila bayi itu jaundice, dia akan tidur lebih lama. Jadi kita perlu mengejutkan bayi. Penyusuan yang kerap ini untuk menggalakkan bayi kencing dan berak, supaya Bilirubin dapat dikeluarkan.
Jemur atau meletakkan bayi jaundice pada tempat-tempat yang terang. Biasanya bayi akan di kenakan cahaya matahari pagi sekitar 8.30 - 9.30 pagi. Cara ini selalunya tak digalakkan oleh doktor.
Susu kambing - Ia akan diberikan pada ibu dan sedikit pada bayi. Petua dari peniaga susu kambing semasa suami saya beli susu kambing hari tu, titiskan susu kambing sejuk ke mata bayi.
Anggur hitam - Petua ni saya tak amalkan sebab suami saya tak jumpa anggur hitam ni. Dari hasil google-ing, anggur hitam ni akan di perah dan airnya diberikan pada bayi.
Air basuhan beras - Petua ni mentua saya yang ajar. Caranya mandikan bayi dengan air basuhan beras. Keberkesanannya mungkin bergantung pada bayi masing-masing. Bayi saya tak memberikan kesan positif.
Pengambilan herba - Herba yang saya maksudkan ni bukan jamu tapi Alfalfa. Memang kebanyakkan SID tak menggalakkan ibu mengambil Alfalfa sekiranya bayi jaundice, tapi saya ada terbaca perkongsian salah seorang SID yang amalkan Alfalfa dan jaundice semakin turun. Ada juga yang amalkan pengambilan Alfalfa di hujung-hujung kehamilan dan kesannya bayi mereka tak mengalami jaundice yang teruk.
Pengalaman saya - Pada awalnya, saya memang tak berani untuk ambil Alfalfa. Tapi memikirkan tak sanggup tengok Medina diambil darah je, saya cuba ambil sebiji Alfalfa.. Alhamdulillah, positive.. Bacaan jaundice turun. Esoknya saya ambil 2 biji Alfalfa sehinggalah jaundice nya kurang..
Apa berlaku sekiranya Jaundice tak dikawal dan semakin teruk?
Walaupun jaundice ni tak merbahaya, tetapi sekiranya tak dikawal atau di pantau, bayi akan berisiko untuk mendapat jaundice yang lebih teruk. Tindakan awal perlu di ambil bagi memastikan rawatan yang bersesuaian dan mengurangkan komplikasi.
Bacaan normal Bilirubin adalah dibawah 10 mg/dL.
Sekiranya bacaan Bilirubin adalah melebihi 10 mg/dL, bayi perlu di bawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk memantau bacaan Bilirubin dan di samping itu penyusuan susu ibu perlu di berikan lebih kerap untuk membantu mengurangkan Bilirubin.
Sekiranya kadar bacaan Bilirubin meningkat sehingga 20 mg/dL, bayi tersebut perlu mendapat rawatan di hospital.
Rawatan yang digunakan untuk bayi jaundice di tahap merbahaya (melebihi 20 mg/dL):
Rawatan fototerapi - bayi akan di letakkan di bawah cahaya biru.
Pertukaran darah - Ia adalah pilihan terakhir bagi menghindari kerosakan otak.
![]() |
Alfalfa (330 biji) |
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Salam kenal shiela..
ReplyDeleteSalam kenal.. jemput terokai blog saya.. :)
Delete