Monday, December 2, 2013

4 Cara Diet Ketika Di Pejabat

Waa.. dah masuk bulan Disember ye.. Macam mana semangat kerja? Makin bersemangat atau dah hilang semangat?? Opss...Harap-harap tak hilang lah ye.. Walaupun dah hujung tahun kita kena tetap bersemangat ye.. 

Ok.. straight to the point.. hari ni saya nak share tips yang ada kaitan dengan aktiviti kita kat pejabat.. Tadaaa... 4 Cara Berdiet Ketika Di Pejabat...

Sesuai sangat topik ni dengan hari ni.. Hari Isnin, biasalah kan mesti banyak kerja yang perlu di settlekan.. dah semestinyalah korang akan terpaksa mengadap komputer berjam-jam.. Ada yang sampai naik krem tengkok. pinggang dan jari ni.. Yelah, khusyuk sangat buat kerja.. Sampaikan ada yang nak makan, nak kencing pun tak sempat.. Betul, tak?

Ha, mesti ada dia antara korang tengah berdiet kan.. Rasa-rasanya, boleh ke nak berdiet kalau waktu makan kite tak teratur? Susah kan.. Tapi korang  jangan sedih, jom cuba 4 tips yang saya nak bagi ni.. insyaa Allah. ada hasilnya..


1. Minum banyak air


Air ni memang wajib ye.. Kalau nak berdiet memang sangat digalakkan minum air masak yang banyak.. Nak senang, letakkan botol air putih atas meja kita..Letak sebelah komputer kita, biar kita sentiasa nampak air dan minum.. Pastikan juga kita minum air putih yang mencukupi setiap hari..

Teman setia saya!


2. Jaga waktu makan


Waktu makan juga perlu konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari. Ataupun dalam lingkungan 30 minit sebelum hingga 30 selepas jam 1 petang..

Pilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori tau!

Kalau boleh, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi terpaksa kita UBAH jika nak "maintain" langsing.

So lepas ni kenalah kosongkan meja daripada sebarang jenis makanan ye..


3. Bergerak sekali-sekala

Jangan jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk korang tidak bergerak. Mata  pun tahu letih tau.

Jadi, sekali sekala kita perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh kita lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa..


# Ni yang saya suka.. oleh kerana kerja di nursery, memang kelebihan kat saya untuk mencuci mata menengok-nengok bunga-bungaan.. memang rasa fresh..


4. Cari kawan yang ada matlamat serupa

Biasanya kalau buat seorang diri, kita takkan bertahan lama. Semangat mesti cepat je down. Lebih-lebih lagi kalau ramai yang memperlekehkan usaha murni kita ni..

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan kita. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat..

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila dia kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan dia. Begitu jugalah sebaliknya..




So, jom praktikkan 4 tips ni.. Kalau masih rasa payah nak berdiet ni, boleh top up dengan suplement Shaklee.. Diet sihat dengan vitamin semulajadi.. 

Dapatkannya dari saya...



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com

 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua