Saturday, March 23, 2013

Susu ibu - Faedah Kepada Ibu

Sebelum ni saya pernah cerita tentang kebaikan susu ibu kepada bayi..kali ni saya nak kongsi kebaikan pada ibu-ibu pulak...




Kembali kepada bentuk badan asal
Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul.

Mengecutkan rahim
Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormon-hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim),
menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.

Melindungi kesihatan
Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.

Menjarakkan kehamilan
Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.

Mudah
Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua