Sunday, April 14, 2013

Cara posisi meneran yang tepat

Kepada ibu2 mengandung yang dah nak BERSALIN TU JOM BACA PESANAN INI :)

Teguran dan nasihat seorang doktor bersalin..jangan gelak ya kerana kata-kata panas doktor ini..


Cara posisi meneran yang tepat:

1.Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu nanti macam mana baby nak keluar? Geram betul kalau patient buat begitu.

2.Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya pada masa yang sama buka kelengkang anda. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.

3.Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.

4.Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?....(Jangan korang pandang ke atas tangan letak dibahu pulak..hehe...gurau jek...)

5.Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?

6.Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit...(Teringat masa bersalin hari tu, dengar ada orang menjerit-jerit nak bersalin..nasib baik masa tu tengah jahit..kalau tengah meneran gak, boleh terbantut baby nak keluar..rosakkan suasana je..)

7.Jangan angkat punggung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti...(Rasanya kalau angkat punggung, boleh menyebabkan koyak rabak..nanti banyak pulak jahitan..takutnya...)

8.Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

9.Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau nurse/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik...

10.Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang...



Bila dengar tangisan si kecil, hilang rasa sakit bersalin


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com

 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua