Jom kita kupas apa
perubahannya dan cara nak mengendalikan..Tapi ibu-ibu harus ingat, perubahan
setiap kehamilan tidak sama..
PERUBAHAN FIZIKAL
>> Sistem Penghadaman
Apabila kehamilan semakin berkembang, rahim akan membesar untuk menampung bayi yang sedang membesar, dan abdomen juga akan turut mengembang. Rahim akan meningkat dari kawasan pubik semasa awal kehamilan sehingga ke bawah sangkar rusuk semasa akhir kehamilan. Semasa ia membesar, organ yang lain seperti pundi kencing, ginjal, diafragma dan usus akan ditekan dan menyebabkan fungsi organ tersebut terjejas. Apabila semakin menghampiri waktu kelahiran, abdomen kita akan melendut dan kita dapat merasakan bayi bergerak ke bahagian pinggul. Selalunya ia akan mengakibatkan rasa loya dan sembelit.

LOYA – normal yapi tak semua ibu akan mengalaminya..Biasanya ibu akan
mula rasa loya dari minggu ke-5 berlarutan sehingga ke minggu ke-15.Rasa loya
ni tak menentu tetapi kebanyakkan ibu akan merasa loya pada waktu pagi. Dan ada
ibu-ibu yang alah pada bau seperti minyak goring, wangian dan sebagainya, ada
juga yang tiba-tiba suka bau pelik..Untuk mengatasi loya, cuba makan beberapa
keping biskut kosong pada waktu pagi. Jauhkan diri daripada makanan dan bau
yang akan menyebabkan kita berasa loya.
SEMBELIT - Sembelit
biasanya berlaku dari awal kehamilan sehingga bulan ke-6. Ini kerana semasa
hamil perjalanan usus menjadi
lambat dan mengakibat peningkatan hormon progestron. Banyakkan makan buah dan
sayur berserat dan minum air masak..baik untuk membantu ibu-ibu mengurang dan
menghilangkan sembelit. Kalau dibiarkan mungkin akan menyebabkan buasir dan
kadangkala menyebabkan pendarahan..
>> Payudara
Payudara anda semakin membesar.. ini disebabkan penghasilan kelenjar susu akibat dari aras hormon estrogen dan progesteron yang tinggi.. Bintik-bintik pada areola mula membesar untuk melembab dan melembutkan kulit. Pada minggu keenam belas kehamilan, kawasan mengelilingi puting akan membesar dan menghitam disebabkan oleh pengaliran darah yang meningkat. Saluran darah dalam kulit juga mungkin bengkak dan lebih kelihatan semasa hamil. Apabila semakin hampir nak bersalin, puting anda akan mula mengeluarkan kolostrum. Payudara anda akan berasa lebih ‘penuh’ dan berat akibat daripada perubahan aras hormon dalam badan. Ia juga mungkin berasa lebih lembut dan sensitif sepanjang kehamilan.Sebaiknya pada masa ini, ibu-ibu dinasihatkan agar jaga ia dengan baik.. Pakai coli yang sesuai untuk menampung buah dada anda. Jika tidak, ia akan akan mudah kendur dan menggelebeh..
Anda mungkin akan rasa badan panas dan tidak selesa. Mungkin terdapat
pigmentasi atau bintik bintik pada kulit. Lebam dan nampak hitam sedikit dari
biasa terutama bahagaian wajah dan leher serta perut.
Kesan regangan ini sebenarnya, tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana perubahan hormon dalam badan adalah semulajadi. Pigmentasi sepatutnya akan hilang atau pudar selepas bayi lahir.
>> Bengkak & Penahanan Air
Biasanya di trimester ketiga kehamilan, kita mungkin akan mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tapak kaki. Sel tisu badan akan menyimpan lebih banyak air dan lebih tertumpu pada bahagian bawah badan. Ia jadi lebih buruk lagi apabila kita berdiri terlalu lama atau terdedah kepada cuaca panas. Jari anda juga mungkin akan rasa keras dan bengkak, terutamanya pada waktu pagi.
Untuk kurangkan bengkak, ibu-ibu bolehlah baring sambil meninggikan kaki dan cuba membuat senaman tapak kaki yang ringan.. Yang penting banyakkan minum air masak..Jika bengkak semakin teruk, ia mungkin gejala penyakit pre-eclampsia. Sila rujuk doktor anda ya..

>> Ruam
Ibu hamil mungkin akan mengalami ruam di bahagian bawah payudara atau pangkal paha. Keadaan ini adalah biasa terutamanya dalam cuaca panas dan disebabkan oleh kerengsaan yang diakibatkan oleh peluh kulit yang bersentuhan.
Seeloknya pada masa ini, ibu-ibu dinasihatkan menjaga kebersihan di sekitar kawasan ini.. Pastikan ia sentiasa bersih dan kering untuk elakkan jangkitan kuman dan ruam.. Anda juga dinasihatkan memakai pakaian dari kain kapas yang longgar.

>> Pigmentasi Bertambah
Kesan regangan ini sebenarnya, tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana perubahan hormon dalam badan adalah semulajadi. Pigmentasi sepatutnya akan hilang atau pudar selepas bayi lahir.
Walaubagaimana pun harus di ingat..Tidak semua ibu akan rasa semua
perubahan ini dan kadang-kala juga perubahan ketika hamil anak pertama mungkin
tidak sama ketika hamil anak ke dua atau seterusnya ada.. Itulah misteri kehamilan
yang sungguh istimewa..hanya ibu yang merasainya…
Selain itu, bagi memberikan tenaga semasa
hamil, ibu-ibu digalakkan mengambil nutrisi tambahan seperti Set Hamil
Shaklee..Semestinya ia baik untuk ibu dan anak..
Sheila Mutalib
ID890281