Dua kaedah bersalin yang berbeza.. Kebanyakan ibu pasti mengingikan untuk melahirkan secara normal atau semulajadi.. walaubagaimanapun ada juga ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu yang menyebabkan mereka terpaksa melahirkan atau bersalin secara pembedahan Caesarean..
Pembedahan Caesarean adalah pembedahan untuk melahirkan anak melalui potongan yang dibuat pada abdomen dan rahim.. Antara sebab-sebab yang menyebabkan ibu terpaksa bersalin secara ceaser:
- Bayi berada dalam kedudukan songsang
- Proses bersalin yang terlalu lama
- Kadar degupan jantung bayi semakin menurun
- Saluran kelahiran yang sempit
- Masalah kesihatan pada ibu (contohnya, tekanan darah tinggi)
Bila masanya?
Biasanya untuk bakal ibu kali pertama pasti akan berasa cemas dan risau.. Yelah, kita tak pernah rasa sakit nak bersalin.. sekadar mendengar cerita dari orang sekeliling mana sama kan.. Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sudah ingin muncul ke dunia:
- Kontraksi yang menyakitkan
- Keluar ‘tanda’ (pengeluaran lendir berdarah)
- Pemecahan air mentuban (dengan banyak)
- Masalah penghadaman
- Cirit-birit
- Rasa loya & muntah
- Rasa ringan kepala
Anda tidak perlu menunggu kesemua gejala-gejala di atas berlaku sebelum ke hospital atau pusat bersalin. Sebaik sahaja anda dapat merasa sudah hendak bersalin, terus sahaja ke sana. Mungkin terasa memalukan jika didapati anda bukan benar-benar hendak bersalin, tetapi sekurang-kurangnya doktor dapat memeriksa dan memastikan segalanya baik sebelum membenarkan anda pulang untuk menunggu sedikit masa lagi.
Proses Bersalin
Proses bersalin yang sebenarnya berlaku dalam tiga peringkat:
Proses Bersalin
Proses bersalin yang sebenarnya berlaku dalam tiga peringkat:
- Peringkat pertama bersalin dianggap peringkat di antara permulaan proses bersalin dan apabila serviks sudah terbuka sepenuhnya.
- Peringkat kedua merupakan peringkat bersalin yang paling meletihkan kerana ini adalah masa bersalin yang sebenar. Anda perlu membantu bayi keluar dengan meneran ketika kontraksi. Di antara kontraksi-kontraksi, cubalah berehat dan jangan meneran kerana ia cuma akan meletihkan anda. Ia tidak akan menolong bayi keluar dengan lebih cepat!
- Peringkat ketiga terjadi apabila bayi telah keluar. Uri yang telah selesai tugasnya memberi bayi zat makanan dan membekalkan oksigen serta membuang sisa kumuhan dari badan bayi, kini disingkirkan berikutan beberapa kontraksi.
Kadang-kala, dalam peringkat kedua proses bersalin, kelahiran bayi memerlukan bantuan doktor dengan menggunakan alat forseps atau vakum kerana sebab-sebab tertentu seperti penurunan kadar degupan jantung bayi yang berpanjangan atau berulang kali, atau apabila peringkat kedua mengambil masa yang terlalu lama, justeru meletihkan ibu dan bayi.
Kelegaan kesakitan
Anda mungkin merasa terdesak untuk menolak penggunaan sebarang kaedah untuk melegakan kesakitan, bagi mengelakkan daripada dianggap lemah. Ini mungkin akibat kepercayaan bahawa sakit ketika melahirkan anak mesti ditahan oleh ibu tanpa bantuan perubatan. Dengan mengetahui tentang berbagai kaedah melegakan kesakitan, anda boleh membuat keputusan sekarang sama ada hendak menggunakannya atau tidak ketika bersalin. Walaupun anda kini merasa kurang berminat menggunakannya, cubalah juga membuat pilihan sebagai persediaan sekiranya anda terpaksa menggunakannya ketika di bilik bersalin. Memandangkan melahirkan anak merupakan suatu pengalaman yang hebat serta unik, lakukan apa yang patut untuk memberikan diri anda kenangan indah mengenainya.
Terdapat beberapa pilihan kaedah melegakan kesakitan ketika bersalin. Ini hanya merupakan pengenalan yang singkat; anda masih perlu berbincang dengan doktor anda untuk mengenalpasti yang mana paling sesuai untuk diri anda. Setiap kaedah mempunyai kebaikan dan keburukan, dan anda harus mempertimbangkan semuanya serta membuat keputusan sendiri kerana segalanya akan memberi kesan kepada diri anda juga nanti.
- Suntikan ‘opiate’ – Sejenis suntikan ubat pelali yang diberikan pada otot di kawasan punggung
- Penyedutan entonox – Campuran oksigen dan nitrus oksida yang disedut dengan menggunakan topeng muka ketika kontraksi
- Suntikan epidural – Jarum yang berongga dicucuk antara dua ruas tulang belakang ke dalam ruang epidura, dan satu tiub plastik dimasukkan melalui jarum tersebut. Ubat bius dimasukkan melalui tiub itu sepanjang masa bersalin.
Episiotomi
Apabila kepala bayi telah kelihatan, ada risiko perineum (kawasan antara vulva dan rektum) akan koyak. Jika doktor merasa risiko berlakunya koyakan agak tinggi, episiotomi mungkin diperlukan. Ini merupakan potongan yang dibuat pada perineum, setelah diberi bius setempat, untuk mengelakkan kerosakan teruk akibat koyakan yang tidak terkawal. Doktor akan membaiki kawasan tersebut dengan beberapa jahitan selepas kelahiran bayi anda, tanpa mengira sama ada ia terjadi akibat terkoyak ataupun episiotomi. Lazimnya, dengan kelahiran kedua dan seterusnya, episiotomi sudah tidak diperlukan lagi.
Sekiranya anda akan mengalami luka episiotomi..Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tips-tips di sini..
Untuk rasa lebih bertenaga dan cepat sembuh, bolehlah mencuba Set berpantang Shaklee..Boleh hubungi saya di facebook ataupun by phone.. insyaAllah saya akan berikan tips-tips dan konsultasi yang berguna untuk ibu-ibu..