Huh.. Lamo gak den tak post kat shelovevitamin.com ni.. Al-maklumlah mood raya masih ada lagi, masing-masing pakat buat open house kan.. termasuklah rumah ayahanda tercinta kat Johor.. Alhamdulillah selesai dengan jayanya.. tambah meriah lagi petang, ada majlis pertunangan adik saya..
Ok..ok.. dah nak melalut jauh ni.. senang cerita, ni nak kongsi petua untuk para bapak-bapak sekalian.. dah nak ada baby ni kenalah ambil tahu sikit-sikit ya.. nanti senang nak menjalankan kewajipan sebagai seorang bapa...
Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa
1 .Biasakan berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nenyak dan
berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk
berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan
beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir.
2 - Kejutan
kasih sayang. Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar
buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat
anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam
pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu
isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali
hadiahkan bunga tanda kasih sayang.
-------->>>> set berpantang untuk Isteri anda
3 - Ringan tulang. Jika
sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda
harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak.
Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau
mengasuh si kecil.
4 - Sedia untuk kotorkan diri. Terimalah
hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan
lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang
sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada
permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.
5 - Dapatkan petua
orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu serba-serbi. Sebagai bapa yang
masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang
yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah
ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal
penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang
diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.
6 - Sediakan
pengasuh. Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan
isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang
sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang
memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.
7.- Belajar
berhadapan dengan tekanan. Bohonglah jika anda tidak tertekan
terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa
henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala
tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat
itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis,
mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga
kesejukan. Belajarlah bersabar!
9 - Kawal nafsu. Sudah namanya
lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bsergelora. Jangan gelojoh dan
akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan
intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong
si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan
kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti
sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus
diutamakan.
10 - Pastikan tabungan mencukupi. Ayah muda perlu
memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat
kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang
demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan
sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan
kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah. Apabila anak-anak
anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah..
-------->>>> ingin menambah pendapatan?
[copy&paste: PICM]
♥ I'm your SHAKLEE Independent Distributor
♥ Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
♥ ID 890281
♥ SMS / Whatsapp +60137704101
♥ Email to sheilamutalib@yahoo.com
♥ Fanpage to SheLoveVitamin