Saturday, September 14, 2013

Perkongsian ikhlas dari seorang ibu

Jangan pandang ringan pengambilan vitamin dan check up anda setiap bulan.. memang semua ni qada' dan qadar dari-Nya.. Tapi sebagai manusia kita perlu berusaha untuk mencegah dan merawatnya...

Waallahualam...
*****************************




Salam, disini sy nak share something. Mungkin boleh dijadikan iktibar kepada bakal mommies yg sedang preggy baby 1st.

Since dapat tau mengandung, excited nya macam biasalah.. Beli susu, beli jus delima, kurma, kismis & etc.. Biasalah, ibu muda.. Lepas kawen terus dpt rezki pulak tu.. Masuk bulan kedua, sy perasan sy alah pada susu. Setiap kali minum susu, sy pening... Begitulah ubat2 klinik.. Mesti kepala berpusing2.. Jadi.. Sy stop TANPA ikhtiar lain.. Walhal terdapat pelbagai vitamin di pasaran yg mungkin sy boleh makan, tapi sikap malas dan ambil ringan sy.. Sy fikir.. Orang dulu2 punnn tak makan vitamin. Sihat jugak anak mereka.

Kesilapan kedua sy, sy tak suka ke klinik kerajaan. Semua sedia maklum, majoriti nurse KK kebanyakannya mesti garang dan bermulut lepas..dan disebabkan sentiasa ramai ibu mengandung, terpsaksa tunggu hingga berjam.. Sy nekad untuk checkup di swasta.. Walaupun scan setiap bulan dan doktor ada detect yg berkemungkinan baby sy IUGR/SGA, tapi memandangkan sy di Klinik Swasta.. Tak ada rujukan pakar dilakukan. Sehingga lah ke trimester terakhir, sy pergi ke hospital, kerana kurang gerakan baby & ada lelehan keluar dari faraj.. Doktor check tiada bukaan tetapi ketuban kurang.. Terus refer specialist. Pakar nasihat, yg baby sy sgt berisiko krn ketuban semakin kering dan baby sy dah lemah disebabkan terlalu kecil. Dengan rasa bersalah sebab tak makan vitamin, tak minum susu.. Sy merelakan diri di induce. Sakitnya....Allah je yg tahu..

Terus terang sy katakan, melahirkan baby kecil..adalah sangat mudah. Dengan sekali teran je.. Bayi sy selamat keluar dan terus menagis

Namun, tak habis disitu.. Bayi sy ditahan di wad kerana terlalu kecil & jaundice.. Hanya air mata menemani melihatkan bayi kecik tu, dipenuhi wayar dan dicucuk sana dan sini.. Lebih memilukan, sy balik kerumah tanpa baby disisi.. Sy menyesal kerana tak makan vitamin, dan mengamalkan makanan sihat, yg menanggung sakit adalah bayi sy.. Betul, org dulu2 tak makan ubat.. Sihat jugak. Mmg diakui, anak sy sihat, cuma terlalu kecil ketika dilahirkan, dan terpaksa ditahan diwad tanpa saya, setiap hari dicucuk untuk ambil darah, tidur dalam inkubator di bawah lampu biru tanpa baju..Sy menyesal..

InsyaAllah, jika Allah memberi rezeki anak kedua, sy takkan sesekali mensia2kan peluang tersebut dan menyeksa bayi sy lagi.

Itulah perkongsian ikhlas dari sy. Harap dijadikan ikhtibar.

Sekarang bayi sy sudah 2 bulan dengan berat 4kg. Alhamdulillah, sihat tubuh badan, dan sgt cerdik orangnya.. 



                                              *****************************


Kita perlu ambil pengajaran dari luahan ibu ni.. Memang kadang-kadang kita rasa terbeban.. Yelah, kena makan vitamin itu la, ini lah.. lepas tu, check up setiap bulan lagi.. semakin hampir nak bersalin lagi kerap pula kena buat check up.. Kenapa perlu kita buat semua ni? Untuk kesihatan ibu dan baby la.. So, cuba berusaha beri yang terbaik untuk anak kita.. Itu harta kita dari Allah.. Kita perlu menjaganya dari dalam kandungan lagi...






 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua