Tuesday, September 10, 2013

Punca-punca kulit berkedut


"Muda lagi, tapi kulit dah berkedut-kedut.. "

Mesti risau kan kalau ada orang yang cakap macam tu kat kita. Sebenarnya apa punca kulit kita berkedut? Tua? Bukan sepenuhnya sebab tua.. Ada gak yang muda lagi pun dah berkedut.. Macam situasi tadi la kan..

Korang tahu apa yang menjadi punca dan faktor utama yang menyebabkan kulit kita berkedut? Golongan wanita terutamanya sentiasa sibuk membeli pelbagai kosmetik dan membuat rawatan wajah untuk mencegah kedutan tetapi tidak tahu apa punca sebenar kulit kita cepat berkedut. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan korang punca-punca yang menyebabkan kulit kita cepat berkedut; 

Produk kosmetik
Selalu kita fikir produk kosmetik akan membuat wajah kita kelihatan cantik dan baik, bukan? Tapi cuba fikir ye, kerana kosmetik juga boleh menjadi punca utama kedutan pada kulit. Ia adalah kerana kosmetik mempunyai bahan kimia berbahaya yang menyebabkan ia berkedut dalam tempoh tertentu

Malah produk kosmetik organik juga boleh menyebabkan kemudaratan kepada kulit kita. Apa yang terbaik adalah untuk kita tidak bersolek jika ia tidak perlu. 
Orang kata natural beauty la konon..hehe.. Atau boleh gunakan produk semulajadi untuk menyerlahkan kecantikan kita. 

Terdedah kepada cahaya matahari 
Tahukah korang yang sinaran matahari boleh merosakkan kulit anda dan menyebabkan berlakunya kedutan. Pendedahan cahaya matahari yang terlalu banyak menyebabkan garis-garis halir di sekitar mata dan bibir. Oleh itu, saya nasihatkan korang untuk memakai pelindung matahari setiap kali melangkah keluar di cahaya matahari untuk mencegah kedutan. 

Merokok 
Merokok sememangnya tidak sihat. Dan golongan wanita yang merokok pula akan lebih cenderung untuk mendapat kedutan di muka. Merokok akan menyebabkan bekalan darah berkurangan di dalam badan jadi ia akan menyebabkan garis-garis halus dan kedutan di sekeliling mata dan bibir. Cara terbaik adalah berhenti dari merokok. 

Penuaan 
Penuaan dan kedutan memang selalunya seiringan. Faktor peningkatan usia mempengaruhi tahap kelembapan dan keanjalan kulit. Selain itu, collagen dalam tubuh kita juga semakin berkurang. Collagen adalah sejenis protein yang menyumbang 75% kekuatan untuk kulit yang sihat. Tapi semakin meningkat usia paras collagen juga akan berkurang. Pengurangan collagen ini menjadi punca tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut.

Kafein 
Kedutan pada kulit juga boleh berlaku jika anda mengambil minuman berkafein atau teh berlebihan.



Walau macammana pun, semua orang sebenarnya pasti akan merasai kemerosotan ini. Cuma perbezaannya cepat atau Yang paling kita takut bila tua sebelum usia. Maksudnya belum tua tapi kulit kita dah berkedut-kedut.. Huh.. memang mimpi ngeri tu. Tapi jangan risau. Zaman sekarang dah ada Vivix dan Collagen powder. Ni lah produk anti penuaan Shaklee yang paling hot gitu... In syaa Allah, boleh membantu kita dalam mengatasi masalah penuaan dan kedutan ni..Khasiatnya bukan sekadar untuk kulit, malah kesihatan dalaman juga.. Kalau korang nak rasa cantik luar dan dalam, boleh dapatkan kat sini ye.. Boleh juga PM saya dulu ketat-ketat.. nanti boleh dapat harga yang hebat-hebat!!!



 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua