Suka tak makan oat?Saya suka sangat.. lagi-lagi dah try 1 resepi oat ni.. bukan saya je suka, Dania pun suka tau.. opss.. resepi ni saya share kejap lagi.. sekarang ni saya nak share khasiatnya dulu..
Khasiat OAT
Oat ni ada banyak khasiatnya taw.. Ia salah satu makanan yang tinggi kandungan seratnya.. ini yang membuatkan kita akan rasa kenyang lebih lama apabila dah makan oat..hasil dari meng-google, ramai yang bersetuju Oat adalah rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.
- Mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
- Membantu menentang penyakit terutama jantung.
- Karbohidrat yang tinggi membuatkan kita akan rasa kenyang lebih lama 4-6 jam... Sangat sesuai untuk para pendiet sekalian..
- Membantu menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah.
- Serat yang sangat larut.. Sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit dan buang air tak lawas.
Okei.. sekarang saya nak share resepi oat sedap.. sesuai sangat untuk kita berikan pada anak-anak..
![]() |
| Resepi Oat Sedap |
Resepi Oat sedap
- Oleh kerana saya menggunakan oat quickcook , so ia kenalah dimasak ye..
- Sediakan periuk comel.. Masukkan 3-5 sudu oat dan secawan air..biarkan masak ye..
- Masukan gula dan garam secukup rasa..
- Make sure kena kacau selalu.. kalau tak hangus pulak..
- Bila oat dah kembang semua, dah boleh matikan api dan hidang...
- Bagi oat suam-suam sejuk.. sambil tu buat air susu chocolate macam Oligo, Vico, Dutch lady or apa-apa yang coklat..sebabnya budak-budakkan suka coklat.. Saya campurkan sesudu #Mealshakes.. untuk tambahkan lagi nutrient dalam oat tu..
- Bila oat dah sejuk, tambahkan dengan segenggam koko crunch.. Gaul sebati..
- Tuangkan susu coklat tadi.. tapi tak perlu banyak-banyak.. kalau Dania, dia tak suka terlampau lembik, tu susunya tak banyak..
- Tadaaa.. oat sedap dah siap..
Dania habis sepinggan tau.. ingat buat lebih nak share sekali.. tapi habis licin Dania kerjakan.. al-maklum sedap..
![]() |
| Dania ni memang suka makan sendiri.. Tak suka di suap.. |
"Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan..." - Utusan.com.my
Sharing from loving!

