Suka tengok bayi baru lahirkan.. rasa comel sangat.. teringat masa mula-mula tengok muka Dania.. ohhh... rindunya saat tu...
Hari ni saya nak kongsikan fakta berkenaan dengan bayi baru lahir.. ni copy dari facebook..
Fakta Bayi Baru Lahir
Bayi baru lahir memang comel dan menggeramkan. Tetapi sejauh mana kita mengenali insan cilik ini semasa baru lahir. Ketahui fakta penting mengenai bayi baru lahir agar anda dapat lebih memahami keperluannya.
1. Saiz otak bayi hanya kira-kira ¼ saiz otak orang dewasa. Kebanyakan bayi dilahirkan mempunyai lebih daripada 100 bilion sel otak yang masih belum dihubungkan antara satu sama lain. Bagaimanapun, otak bayi boleh berfungsi pada kelajuan secepat kilat dan mampu membentuk rangkaian hubungan yang baru di antara sel otaknya pada kadar tiga billion sesaat.
2. Bayi baru lahir tidak ada kepala lutut. Ia tidak terbentuk sehinggalah bayi berusia enam bulan.
3. Bayi menangis tanpa air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia lima minggu.
4. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan daripada tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Waa.. tak sangka kan.. banyak juga perkara yang kita tak tau pasal bayi ni kan.. patut lah cepat je si cilik ni belajarkan.. otaknya laju, deria bau nya kuat.. Ciptaan Allah yang sempurna :)
Sharing from loving!