Monday, October 20, 2014

Bayi saya kecil (SGA)

Assalamualaikum semua... Sihat?
Saya sihat cuma dalam hati ni tengah bergelora... Haa...
Nak tau kenapa?
Jumaat lepas saya ada appointment dengan doktor pakar.. Saya ada masalah baby SGA.. Atau ayat biasanya baby saya kecil.. Kecil dari usia kandungan..
Kalau diikutkan sejarah bersalin dulu, Dania pun kecil 2.45kg je masa bersalin.. Cuma masa setiap kali check up dan scan, Dania nampak besar dalam perut.. Jadi doktor tak nampak masalah baby kecil masa tu...
Tapi untuk mengandung kali ni, doktor scan dan keputusannya baby saya kecil atau ayat doktor SGA... Tapi memang ramai orang sekeliling saya yang kata perut saya nampak kecil... Berbanding masa mengandungkan Dania... Lagi pun memang saya ni kecil pun... So memangtak mustahil kalau anak-anak saya pun kecil.. Hihi...

Apakah tu bayi SGA?
Kebiasaanya bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 3.4 hingga 3.5 kg, tetapi bagi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

Ciri-ciri bayi SGA
Bayi SGA ni bersaiz kecil berbanding usia kehamilan:
  • Berat lahir kurang daripada 10 peratus bagi usia kehamilan (minggu kehamilan).
  • Berat dan saiz bayi ini kecil, kurang dan 90% berat bayi pada usia kehamilan sama.
  • Berat bayi berada lebih daripada0% berat badan di bawah garisan pembesaran bayi dalam kandungan.

Graf tumbesaran bayi

Apakah jenis-jenis bayi SGA?
Bayi SGA:
  • Cukup bulan atau pramatang.
  • Bayi cukup bulan tetapi beratnya kurang daripada 2.5kg.
Jenis-jenis bayi SGA:
  • Setara- pembesaran keseluruhan yang seimbang
  • Tidak setara - contohnya kepala lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh lain.

Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?
Sebab-sebab:
  • Keturunan - ibu bapa yang bersaiz kecil akan melahirkan bayi yang kecil juga
  • Pembesaran kandungan yang terbantut (IUGR).

Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR- Intra Uterine Growth Retardation)?
Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.
Pembesaran bayi SGA

Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?
Faktor risiko seperti berikut :
Faktor Ibu
  • Ibu hamil yang terlalu muda atau ibu yang telah lanjut usia
  • Ibu yang menghidapi tekanan darah tinggi
  • Kandungan gula dalam darah yang tidak terkawal
  • Sakit buah pinggang yang kronik
  • Jangkitan kuman
  • Kekurangan zat makanan
  • Ibu yang merokok
Faktor bayi
  • Kandungan kembar
  • Jangkitan kuman
  • Kecacatan semasa lahir
  • Kromosom yang tidak normal
Faktor Uri (Placenta)
  • Uri yang tercerai daripada rahim sebelum waktunya (abruptio placenta)
  • Uri terletak di bahagian bawah rahim (placenta praveia)
  • Gangguan aliran darah ke uri
Apakah sifat-sifat bayi SGA?
Bayi SGA yang cukup bulan, kelihatan matang tetapi bersaiz kecil dan mungkin mempunyai sifat-sifat berikut:
  • Kelihatan cukup bulan (matang)
  • Kurus, kecil dan kurang tisu lemak
  • Kulit berkedut
  • Keseluruhan badan kemerahan
  • Mengalami gangguan pernafasan
  • Kelihatan lesu disebabkan kekurangan gula dalam darah
Apakah kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh bayi SGA?
  • Komplikasi awal:
    • Hypoglysemia - Kurang gula dalam darah
    • Policytemia - Berlebihan sel darah merah dalam darah
    • Hipotermia-tidak dapat mengekalkan suhu badan
    • Mengalami gangguan pernafasan
    • Jaundis
    • Ketidak seimbangan garam galian dalam darah (electrolyte unbalance)
    • Kebiru-biruan akibat kurang oksigen
    • Tidak stabil semasa kelahiran
  • Komplikasi lewat:
    • Bergantung kepada sebab berlakunya SGA, Contoh - Kes kromosom yang tidak normal seperti Sindrom Edward's boleh menyebabkan risiko kematian pada minggu pertama kelahiran.
  • Sebahagian bayi ini akan membesar seperti bayi biasa manakala sebahagiannya mengalami pembesaran yang lambat.
  • Berisiko mengalami penyakit kronik ketika meningkat dewasa seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.

Bagaimanakah cara mengendalikan bayi SGA?
Rawatan khas mengikut keadaan berdasarkan dan keperluan bayi tetapi kebanyakan bayi ini memerlukan:
  • Pengawasan kadar gula dalam darah
  • Penyusuan yang awal dan kerap kali
Sebahagian bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad bayi (Neonatal) untuk:
  • Pemberian susu berkalori tinggi melalui tiub
  • Air dektros melalui intravena
  • Bantuan pernafasan
  • Pertukaran darah
  • Rawatan fototerapi untuk jaundis

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan SGA?
Penjagaan semasa mengandung sangat penting :
  • Awasi kesihatan ibu
  • Rawat ibu bermasalah seperti tekanan darah tinggi
  • Pantau pertumbuhan janin dalam kandungan
  • Periksa uri bagi mengesan keluar biasaan
  • Kesan kecacatan pada janin
  • Rancang kelahiran yang selamat


OK.. Hasil dari pembacaan saya dan pengalaman melahirkan Dania, saya rasa faktor bayi SGA ni disebabkan keturunan.. Yelah, suami dan saya 2-2 comel belaka.. Masa melahirkan Dania pun berat Dania cuma 2.45kg.. Alhamdulillah.. Tak ada masalah pun masa tu.. Dan harapan saya untuk proses kelahiran kali ini pun tak ada masalah dan saya dapat bersalin secara normal... Aamin...
Doakan saya ye...






 I'm your SHAKLEE Independent Distributor
 Noor Sheila A.Mutalib a.k.a Sheila Mutalib
 ID 890281
 SMS / Whatsapp +60137704101
 Email to sheilamutalib@yahoo.com
 Fanpage to SheLoveVitamin

8 comments:

  1. ohh baru puteri tahu tentang bayi SGA ni..thanks berkongsi dan puteri doakan semuanya dipermudahkan utk Sheila ye :)

    ReplyDelete
  2. thank puteri.. harap2tak ada masalah... 29hb ni dah kena admit...

    ReplyDelete
  3. anak sy pun SGA..2.25KG AT 39 W 5 D..sy pun harap anak sy normal..cuma berat masa sbln hri tu baru 3.25kg..harap utk 2 bln ni meningkat la lg..dania mcmane ok da brp taun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania ok je.. tapi memang size comel2 je la.. hehe.. dah memang baka comel.. Dania dah 2tahun berat 12kg je..

      Actly sheila dah selamat bersalin.. baby 2.13kg je.. Tak ape la comel.. Senang keluar.. tak yah push-push...

      Delete
  4. Dania ok je.. tapi memang size comel2 je la.. hehe.. dah memang baka comel.. Dania dah 2tahun berat 12kg je..

    Actly sheila dah selamat bersalin.. baby 2.13kg je.. Tak ape la comel.. Senang keluar.. tak yah push-push...

    ReplyDelete
  5. O ye ke tahniah ye sheila..fzah pun hrp baby fzah ok..smgt skit dgr cite sheila..rungsing sbb first baby kan..tp dia ok..harap berat dia brtmbh lg nnt..dania dah bole bckp eh..thanks sheila reply..moga ank2 kita jd ank yg bijak soleh dn solehah: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheila doakan fiza dan baby sihat & selamat.. InsyaAllah tak ada masalah..
      Dania ni dah bercakap da.. Dr umur dia setahun.. Jalan dgn cakap sekali..

      Delete
  6. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihan vitamin untuk semua