Assalamualaikum...
Sihat ibu semua? Harapnya semua sihat.. Actually sekarang saya di hospital, sedang bertarung untuk melahirkan seorang lagi hamba Allah..
Baru saja 10minit yang lepas saya dimasukkan ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran ni.. Kalau ada yang tak taw lagi, saya ada masalah bayi SGA.. Iaitu saiz bayi lebih kecil dari usia yang sepatutnya.. Korang boleh baca lebih detail lagi berkenaan bayi SGA kat sini ye...
Oleh kerana doktor tak nak mengambil risiko, jadi saya perlu bersalin secara induce.. Ramai yang kata tak ada masalah bayi kecil sebab saya dan suami pun bersaiz comel..hihi.. Tapi doktor dah sarankan saya bersalin awal, terpaksalah saya terima.. Doktor lebih pakar dalam bidang ni..
Apa itu bersalin secara INDUCE / INDUCE LABOR?
Ia adalah satu proses bagi mempercepatkan kelahiran atau bersalin.. Ibu akan diberi ubat iaitu Pitoxin atau Oxytosin untuk membantu merangsang bukaan dan mempercepatkan kontraksi..
Kenapa perlu induce?
Untuk kes-kes bersalin secara paksa atau induce ada beberapa punca lain.. Antaranya seperti saya, bayi SGA..
Lain-lain punca terpaksa bersalin secara induce:
- Apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan (overdue)
- Darah tinggi
- Pendarahan faraj yang tidak diketahui punca
- Kencing manis
- Telah pecah air ketuban
- Bayi yang terbantut tumbesaran
Sakit ke bersalin secara Induced?
Dari hasil menggoogle pengalaman ibu-ibu lain yang pernah merasai bersalin secara induced ni, rata-rata mengatakan sakit.. Sakit sangat ke?
Haa.. Itu saya akan ceritakan nanti.. Pengalaman saya bersalin secara induced..
Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin dan belum tau set berpantang apa nak di amalkan nanti, boleh dapatkan Set Pantang Shaklee.. Set pantang ni sesuai untuk apa jua cara korang bersalin samada normal ataupun ceaser.. Boleh juga diteruskan untuk menyusu juga.. Memang tak rugi..
![]() |
Set Pantang - Vitalea + B Complex + Vitamin C + Zinc Complex |
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.